Entri Terkini :

Setia Untuknya - 24

Dato` Hamidi memanggil Chad supaya datang makan malam bersama. Chad tidak dapat menolak permintaan itu gara-gara Elya turut memaksanya supaya bertandang ke rumah agam dan mewah itu. Chad sebenarnya tidak senang berhadapan dengan Dato` Hamidi disebabkan ayah mertuanya itu seringkali bertanyakan kedudukan keluarganya. Elya sudah jadi isterinya maka tidak perlu lagi  Dato` Hamidi masuk campur dalam urusan rumah tangganya.
Elya berada di sebelah Chad masih tersenyum manis sejak di berada di dalam kereta lagi senyuman itu tidak lekang di bibir. Apabila ditanya maka Elya mendiamkan diri sahaja. Senyuman mengejek agaknya, fikir Chad.  Barangkali juga Elya bahagia apabila Chad berada di rumah itu dan makan bersama dengan Dato` Hamidi yang turut ditemani Datin Aini.
Datin Aini pula memandang Chad yang agak kurang berselera. Chad hanya menguis sahaja makanan di hadapannya. Gara-gara Chad menunjukkan respon yang kurang menyenangkan maka Datin Aini yang berambut seperti sarang tabuan itu menjeling sekilas dan memandnag semula kea rah Chad. Datin Aini memang tidak berkenan langsung bermenantukan lelaki yang berperangai seperti Chad. Apa boleh buat suaminya sudah berkenan pula. Semua itu disebabkan Chad seorang yang pernah bekerja di syarikat Zumika Holding.
Prestasi kerja Chad sungguh baik sekali dan apa yang membuatkan Zumika Holding umpama patah sayapnya adalah selepas ketiadaan Chad. Bukannya kehilangan Chad di syarikat itu mendatangkan kerugian tetapi dengan adanya Chad maka segala urusan kerja dapat diselesaikan tepat pada waktunya. Chad seorang yang berkaliber dan mempunyai tumpuan kerja seratus peratus.
“Kenapa tak makan? Tak sedap ke?” Tanya Datin Aini lantas Chad memandang wajah ibu mertuanya lalu menggeleng perlahan. “Kalau kurang sedap maafkan mama okey, hari ni mama nak kenalkan orang gaji baru rumah ni. Dia yang masakan semua ni.” Datin Aini melanjutkan kata-katanya.
Elya juga menunjukkan respon terkejut. Orang gaji baru lagi? Bisik hatinya. Datin Aini selalu bertukar orang gaji sahaja. Mana tidaknya, orang gaji yang terdahulu tidak tahan dengan sikap terlalu perintah oleh majikan. Bukan setakat itu, jika ada yang tidak kena pasti dimarahi tanpa belas kasihan. Orang gaji dari Medan Indonesia cabut lari ikut cowok gara-gara tidak tahan. Yang paling baru pun dari Thailand, langsung tak pandai cakap Melayu. Sempat bertahan dua bulan sahaja kemudian cabut lari juga. Sekarang entah siapa pula yang diambil jadi pembantu rumah agam yang mewah ini.
Rumah yang sangat indah bertempat di atas bukit. Jadi, permandangan yang sangat indah pada waktu pagi dan petang dapat diamati dari balkoni. Rumah ini dilengkapi dengan kolam renang serta bilik senaman. Bukan setakat itu sahaja, susun atur serta lanskap juga memainkan peranan penting bagi menampakkan keindahan. Seni bina yang sangat menganggumkan. Ciri-ciri rumah seorang juwatan. Kos rumah ini sudah tentu mahal dan mampu dimiliki oleh golongan bangsawan.
“Eisya…” Panggil Datin Aini. Chad buat muka biasa sahaja tetapi riak wajah itu berubah apabila kelibat itu mula melangkah mendekati meja makan. Eisya menguntumkan senyuman. Hidung mancung yang dimiliki Eisya sungguh menggoda.
“Ya Datin.” Ujar Eisya menantikan arahan seterusnya.
Datin Aini memandang Eisya sekelisa lalu memandang Chad dan Elya sambil menguntum senyuman. Jarang sekali Datin Aini senyum nampak ikhlas seperti itu.
“Mama kenalkan, ni orang gaji baru rumah ni, namanya Eisya yang mula bekerja semalam lagi. Eisya… kenalkan ni satu-satunya anak tunggal perempuan saya namanya Elya dan yang tu pulak menantu kesayangan keluarga ni, Aqil.” Datin Aini beria-ia memperkenalkan orang gaji barunya. Chad masih terbeliak biji mata memandang Eisya. Dia memang mengenali perempuan itu.
“Hai.” Chad dan Elya menjawab serentak. Mustahil dia tak kenal aku? Chad bertanya dalam hatinya setelah melihat wajah Eisya seperti tiada apa-apa perasaan.
Elya pula sudah perasan akan perubahan riak wajah Chad lalu mencubit paha suaminya itu. Chad akhirnya terseringai setelah cubitan umpama semut api itu hinggap pada paha. Terasa pedih tambah pula kuku Elya disimpan agak panjang dan ia diwarnakan. Chad pandang Elya. Eisya dari suduty itu memerhatikan gelagat mereka berdua bersama Datin Aini serta Dato` Hamidi. Cuma Dato` Hamidi dalam dianya itu memikirkan sesuatu. Mungkin yang lain tidak mengerti tetapi bagi Dato` Hamidi, dia memandang dari sudut lain. Berfikir dari dimensi yang sukar diramalkan.
“Asal orang mana?” Elya memandang dan bertanya pada Eisya.
“Okey, rasanya lepas dinner kita bertanya. Sekarang kita habiskan makanan ni dulu.” Tiba-tiba Dato` Hamidi mencelah. Datin Aini menjeling sahaja kea rah suaminya. Ada sesuatu yang menjadi rahasia agaknya sehinggakan kening Datin Aini terangkat. Elya yang duduk berhadapan dengan Datin Aini memandang antara satu sama lain. Berjongket bahu pula Elya apabila pandangan bertembung sekali lagi dengan mamanya itu. Tidak faham dengan sikap papanya pula yang menghalang pertanyaanya.
Eisya yang berdiri hanya statik di situ menanti arahan seterusnya. Dia mesti patuh pada tugas yang disandangnya sekarang. Chad ketika ini pula mengetap bibir sambil membalik-balikkan sudu di tangan. Otaknya masih tertumpu pada satu sudut. Eisya buat apa di sini? Kenapa jadi orang gaji pula? Persoalan itu bersarang di benaknya.
“Menantu awak macam tak selera tengok makanan tu.”
“Sila jamu selera dulu ya Datin. Saya masih ada tugas dekat belakang.” Eisya mencelah.
“Marilah dinner sekali dengan kami?” Pertanyaan itu terpacul dari mulut Chad menyebabkan sekali lagi paha Chad dicubit Elya.
“Gatal ya?” Omel Elya perlahan.
“Huh!” Kedengaran suara Chad sedikit merengus.


Hal di meja makan tadi masih belum reda. Elya sengaja menemui Eisya di dapur. Dia duduk di tepi singki sambil memerhatikan Eisya sibuk membasuh. Gelagat Eisya itu membuatkan Elya mengumam geram. Dia berada dekat dengan singki bersebelahan dengan orang gaji itu pun boleh dibuat tak layan je. Eisya memang buat tidak nampak lagipun dia sedang sibuk.
Elya terus menolak tombol paip air itu. Air terus berhenti dari mengalir. Eisya memandang ke kiri sambil memerhatikan Elya terus bersilang tangan. Riak wajah yang nampak tidak berpuas hati terpamer pada wajah isteri Aqil Akasyah.
“Apa tujuan you jadi orang gaji dalam rumah ni?” Elya terus meberikan soalan maut kepada Eisya yang berdiri itu sesudah terpaksa berhenti membasuh. Eisya mengelap tangannya menggunakan kain yang berada dekat dengan singki itu.
“Cari duit.”
“Bukan itu maksud I. I tak rasa you layak jadi orang gaji dalam rumah ni.” Laju Elya memintas ucapan Eisya.
“Jadi untuk apa puan tanya saya macam tu?”
“Untuk kepastian.”
“Jadi?” Tanya Eisya pula.
Elya mengorak langkah menuju ke tepi peti sejuk pula. Ekor mata Eisya pula mengikuti langkah Elya itu. Anak Dato` Hamidi itu mengubah kedudukan dari tepi singki beralih pula ke tepi peti sejuk itu bagi meredakan sedikit perasaan. Namun semua itu tidak dapat mengubah tanggapan Elya terhadap Eisya.
“I tengok mata you bukan main galak lagi perhatikan husband I. You jangan cuba-cuba tackle dia.” Bidas Elya membuatkan mata Eisya membulatkan biji mata.
“Puan, saya datang sini tak berniat untuk rampas suami puan. Untuk pengetahuan Puan Elya, mama puan meminta saya jadi orang gaji sementara di rumah ni. Jadi apa masalah puan? Jika puan tak suka saya boleh berhenti kerja dekat sini.” Eisya lantang menyatakan kebenaran.
“Oh, jadi you nak gunakan kesempatan tu?”
“Kesempatan apa pula ni?”
“Untuk menarik perhatian Aqil!”
“Lebih baik puan berhenti bercakap dari terus membuat fitnah.” Balas Eisya lalu bergerak ke tempat pisau diletakkan. Terkejut Elya melihat Eisya memegang pisau.
“Apa ni?”
“Nak cuci pisau.” Jawab Eisya. Elya terus melepaskan nafas lega. Takut juga dia melihat gelagat Eisya sebentar tadi. Pisau itu diletakkan ke dalam singki untuk dicuci. “Tak perlulah puan berburuk sangka terhadap saya kerana saya langsung tak berkenan pada suami puan tu. Buat apa saya jadi perampas suami orang.” Eisya melanjutkan kata-katanya. Hampir rebah Elya menghadapai situasi sebentar tadi.
Elya terus melangkah untuk meninggalkan ruang dapur dan dia sempat berpesan kepada Eisya akan kesan jika dia berpuas sedemikian. Sekiranya Eisya berani mengubah sesuatu ini bermakna Eisya sengaja menempah tiket kehancuran.
“You kena ingat status you dalam rumah ni. You just maid!” Tegas Elya lalu melangkah keluar.
Ada aku kisah ke? Eisya membedil kata-kata itu dalam hatinya sahaja. Eisya dah biasa berhadapan dengan perempuan seperti itu. Sememangnya kehadiran Eisya ke dalam rumah itu mengundang curiga sesiapa sahaja.


Ayu masih tergamam di atas tindakan Amran di hospital pada petang tadi. Bukan itu sahaja, kata-kata Elya juga ketika berjumpa di Tasik Titiwangsa juga membuatkan hatinya tidak senang. Ugutan demi ugatan di terimanya dari perempuan itu.
Tidak lena Ayu dibuatnya. Mengiring ke kanan tidak kena, mengiring ke kiri juga tidak kena. Dia mengeluh berat dan terus bangun dari perbaringan. Apa aku nak buat sekarang? Tanyanya dalam hati.
“I rasa you ni dah meroyan.” Ujar Elya ketika bertentang mata di tasik itu. Ayu terpaksa berjumpa juga dengan perempuan itu pada petang tadi.
“Rasanya kau yang meroyan. Kau dah dapat Chad kenapa kau masih nak ganggu aku?”
“Selagi you tak hapuskan perasaan cinta you pada dia, selagi itu I takkan biarkan you senang.”
“Actually kau cintakan Amran, right? Rasanya lebih baik kalau kau mengaku. Anak dalam kandungan kau tu anak kau dan Amran kan? Aku nak kepastian je. Kalau benar aku dengan dia sanggup berpisah. Aku sanggup hadapi apa sahaja asalkan aku tak hidup dalam tipu daya orang lain.” Ayu sedikit sangsi.
“I dah beritahu you anak dalam perut I ni memang anak dia. Dia tak nak bertanggungjawab di atas apa yang dia lakukan ke atas I.” Jawab Elya berubah riak menjadi sedih.
Dia kata anak tu anak Amran? Aku tak tahu mana yang betul mana yang salah. Ayu tidak tahu mana satukah jawapan yang pasti. Ayu duduk di kerusi sambil merenung jauh. Tiba-tiba pintu bilik hotelnya diketuk. Dia segera bangun dan mengintai dari lubang, dia ternampak Amran di luar. Huh! Ayu merengus sambil membuka pintu.
“Awak nak apa?”
For you.” Amran menghadapkan sesuatu di hadapan mata Ayu setelah ia disembunyikan di belakang tubuhnya. Sekuntum bunga ros merah diberikan kepada Ayu namun Ayu tidak menyambutnya.
“For what?”
“Tanda cinta saya pada awak.”
“Am… kan saya dah cakap, sampai bila-bila pun saya takkan cintakan awak.”
“Awak mesti terima bunga ni kerana saya tahu awak akan jatuh cinta dengan saya.”
“Gila ke apa awak ni?” Tempelak Ayu lalu menutup pintu bilik hotelnya tapi Amran cepat menahan daripa pintu itu tertutup sepenuhnya. Ayu merengus geram kerana tidak dapat tutup pintu tu. Dah lewat malam tetapi Amran sibuk menganggu. Sepatutnya lelaki itu sudha pulang ke Johor.
Malam itu jelas terasa hangat biarpun bilik tidur ada penghawa dingin. Panas dari dalam sehingga merimaskan Ayu. Amran tidak pernah berputus asa dalam memujuk Ayu. Kadangkala cara Amran itu membuatkan jantung Ayu seringkali berdetak laju. Ayu sendiri tidak pasti apakah rasa itu benar-benar terhasil dari getaran rasa sayang. Oh tak mungkin! Cepat Ayu menepis.
Hairan sungguh. Dulu Amran nakal gila-gila. Hati busuk! Laju Ayu memaki Amran dalam hati tetapi sekarang ni lain macam je, Ayu meramal sendiri. Sudahlah selalu sakitkan hati sekarang ni pun ada lagi sipi-sipi rasa itu. Sampai bila? Ayu tidak tahu.
“Jangan halang saya.” Ayu tidak mahu tangan Amran sibuk menghalang pintu daripada ditutup.
“Tak ada benda yang dapat hala hati saya dari terus memiliki awak Ayu. Saya ni suami awak…” Lembut Amran menutur bicara di hadapan Ayu sambil bunga ros masih ditangan. Ayu langsung tidak memperdulikan ucapan itu malah mencerlung biji matanya. Dia bosan dengan cara Amran. Tambah lagi tindakan Amran dahulu.
Pujuklah sejuta kali pun Am, aku takkan terpedaya. Detik hati Ayu yang nekad tidak akan sesekali menyemai benih cinta bersama Amran. Parut dekat buku lalinya masih lagi ketara meskipun itu cerita lama. Bukan senang untuk dia melupakan insiden yang mencemaskan itu. Amran lelaki gila! Sampai bila-bila pun kau memang gila Am! Bentak hatinya lagi tidak putus-putus memaki Amran dalam hatinya. Makian demi makian terbina agar kebencian dapat menjarakkan dirinya dengan Amran.
Bukan mudah untuk Ayu melenyapkan fobia terhadap kereta dan sekarang dia mula menepis sedikti demi sedikit agar rasa itu terhakis dari lubuknya. Ayu masih ingat pesan Abey, jika dia tidak memadamkan rasa itu maka tiada siapa lagi yang mampu melenyapkan fobia kemalangan itu.
Amran… kau tidak pernah mengerti aku Am. Sehingga ke hari ini kau masih kejar aku. Kau masih mengharapkan cinta aku. Biarpun sejuta harapan kau lemparkan, meskipun seluas lautan janji-janji kau taburkan tapi tidak akan sesekali aku mundur melangkah dalam mengintai cinta sejatiku. Percayalah bahawa kau tidak akan mampu memiliki hati ini. Biskk hati Ayu ketika menundukan wajah hampanya.
“Ayu, berilah saya peluang. Saya akan buat awak bahagia.” Tutur Amran dalam usaha meyakinkan Ayu.
“Tolong Am, awak dah berjanji sampai ketikanya nanti awak akan lepaskan saya.” Balas Ayu memandang Amran.
Wajah Amran berubah riak. Wajah itu kelihatan hampa. Ayu akan pegang janji Amran itu. Amran berjanji akan lepaskan Ayu setelah Elya melahirkan anak di dalam kandungan. Itulah yang dinanti-nantikan Amran.
Mendengar kata-kata Ayu, Amran terdiam. Perlahan-lahan tangan itu dijatuhkan dari pintu. Ay uterus menutup pintu dan bersandar di belakang. Amran juga tersandar pada pintu itu. Seorang di dalam dan seorang di luar. Pintu menjadi penghalang mereka berdua.
“Malam ni juga saya balik Johor. Tapi saya tetap tunggu awak di rumah. Saya tunggu sehingga awak kembali ke pangkuan saya. Saya sedar saya banyak salah dekat awak. Saya berjanji tidak akan menyakiti hati awak lagi. Tolonglah Ayu… tolonglah…” Amran merayu seperti budak kecil yang dahagakan kasih sayang. Benar-benar jiwa lelaki Amran tergugat. Sungguh dia tidak menduga bahawa air mata lelaki yang hampa itu akhirnya menitis. Sejuta kekesalan bertandang. Gugurnya air mata itu demi sebuah cinta. Demi kenangan yang tercipta penuh dugaan. Demia teguhnya kasih seorang seorang suami. “Saya nak jadi suami yang baik untuk awak…” Tutur Amran sebak.
Ayu mendengar bicara itu. Tanpa kata balas, Ayu juga turut menitiskan air mata. Mereka tidak saling tahu bahawa masing-masing meleleh air mata gara-gara sebak bersarang di dada. Ayu menutup mulutnya dan teresak-esak menangis. Dia tidak tahu mana arahnya lagi. Mana jalannya patut dia lalui.
“Saya mencintai awak kerana Allah…” Suara Amran kedengaran lagi. Semakin laju air mata Ayu merembes setelah mendengarnya.
Kaki Ayu melangkah laju meninggalkan pintu dan merebahkan tubuh di atas tilam. Air mata setia menemani Ayu. Kenapa kau jauh berbeza, Am… Ayu kaliru.
Malam menjadi dingin, sedingin hati Ayu yang berubah pasang surutnya. Entah di mana penghujung cinta, entah di mana pula jawapannya. Sungguh pedih hatinya mengatasi keluhuran cintanya sendiri. Kecewanya aku, bisik hatinya lagi dan lagi.
“Ayu, saya akan balik Johor. Awak dengar tak?” Suara Amran masih kedengaran.
“Balik la!” Balas Ayu.
“Saya balik ni.”
“Saya tak peduli!” Bentak Ayu.
Akhirnya Ayu membiarkan Amran pulang. Beberapa minit selepas itu, dia segera bangun dan meluru ke pintu semula. Dikuak pintu itu llalu mata Ayu liar mengintai kelibat Amran. Yang jelas Amran sudah beredar. Dia menoleh kiri dan ke kanan. Hampa. Amran benar-benar hendak pulang ke Johor. Dia mula menapak keluar dari bilik itu tetapi dia terpijak sekuntum bunga ros merah di jubin lantai hotel itu. Dialihkan semula kakinya dan dia mencapai bunga itu dan ditilik. Patah rantingnya akibat terpijak. Ayu tidak tahu bunga itu ditinggalkan di situ.
Pada kuntuman bunga itu terselit sekeping kad. Oleh sebab dia ingin tahu apa yang tertulis di situ maka Ayu membuka kad tersebut. Di baca baris demi baris ayat itu dan sungguh dia tidak menyangka bahawa Amran seorang lelaki yang sentimental. Benarkah ni? Ayu sendiri hairan.

Cinta saya pada awak tidak akan pernah lenyap – Suami sementaramu, Amran.

Hampir saja rebah Ayu setelah membaca ucapan yang tertulis di situ. Jantungnya berdetak laju. Dia terus tercari-cari kelibat Amran. Dia tergesa-gesa melangkah untuk mendapatkan Amran. Akhirnya langkah itu sampai ke tempat parkir kereta lalu dia mengintai kenderaan Amran. Yang jelas kereta Amran tiada di situ. Peluh membasahi tubuhnya gara-gara berlari mengejar waktu dengan harapan Amran belum memulakan perjalanan.
Bunga ros masih tetap berada dalam genggaman. Ia masih lagi mekar meskipun rantingnya patah. Dia melangkah perlahan bersama perasaan hampir setelah memusingkan tubuh 360 darjah mencari kelibat Amran namun sia-sia.
“Apa yang aku dah buat ni?” Tanya Ayu sendiri. “Erh!” Ayu terperanjat apabila tangannya dipaut dari tepi disebalik tiang. Pergelangan tangan Ayu dipegang lembut.
Ayu menoleh laju dan dia terpisat-pisat setelah terpandang wajah itu. Wajah terkejut Ayu masih jelas terpamer. Darahnya kembali mengalir laju. Nafasnya juga begitu.
“Saya dah agak, awak akan cari saya.” Amran tersenyum.
“Huh!” Ayu merengus sambil menyentap semula tangannya.
“Jangan nak perasan. Nah!” Ayu terus memberikan semula bunga itu dengan menapakkan bunga itu pada dada Amran. Amran menyambut spontan. “Saya cuma nak pulang bunga tu aje.” Ayu masih egois lalu berpaling tubuh untuk balik ke bilik.


Seperti biasa Chad sibuk dengan tugasannya. Kerja itu diselesaikan dengan penuh dedikasi. Sebagai seorang yang berjawatan tinggi di sebuah syarikat maka dia mesti rasional dalam setiap perkara. Dia mesti berfikiran positif dari setiap sudut namun ada perkara yang segar berlegar dalam tempurung kepalanya yakni nama Eisya. Entah bagaimana gadis itu muncul semula dalam hidupnya.
Dia bersanadar rapat pada kerusi selepas fail yang dibelak tadi akhirnya ditutup. Dia merenung jauh dan memandang kosong pada siling. Muncungnya bibirnya digerak-gerakkan dan sesekali dia mengeluh dan juga menggeleng perlahan. Keadaan itu tidak terbiar lama kerana alat interkom akhirnya bersuara.
“Ada orang nak berjumpa dengan Encik Aqil.” Beritahu setiausahanya.
“Siapa?” Tanya Chad pada Ain.
“Cik Nora.” Beritahu Ain.
Nora? Chad terfikir. Tiada angin tiada ribut, Nora muncul. Sudah lama Nora tidak menghubungi Chad kenapa baru sekarang gadis itu muncul semula? Chad bingung sendiri.
“Suruh dia masuk.”
Usai itu pintu pejabat Chad terkuak. Muncul Nora tersenyum manis tampil bersemuka dengan Chad. Persoalan demi persoalan berlegar dalam kepala Chad. Bahkan persoalan itu sarat dengan pencarian jawapan. Nora dengan gaya sopan dan santun mula mengorak langkah dan kini dia berdiri di hadapan Chad.
“Assalamualaikum bang.” Nora menghulurkan salam lantas dipelawa duduk oleh Chad. Kerusi itu ditarik perlahan maka punggung Nora melabuh perlahan. Tersipu-sipu malu. Barangkali masih terimbas tragedi di dalam lif.  Tapi apa boleh buat, lelaki yang berada di hadapan Nora sudah bergelar suami orang.
“Ada apa Nora datang jumpa abang?”
“Sebennrnya saya ada perkara nak bincang dengan abang.”
I know, sebab tu Nora ada dekat sini kan?” Chad meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas meja. Nora pula tunduk seketika dan riak wajah itu berubah setelah diangkat semula.
“Saya nak minta maaf.” Kata Nora bersama nafas dan nada sedih. Apa yang menyebabkan Nora ingin meninta maaf? Rasanya tiada apa yang perlu dimaafkan kerana Chad tahu perkara yang lama itu sudah dilupakan. Bagi Chad ia tidak mendatangkan apa-apa kesan kerana dia menganggap perlara itu tidak disengajakan oleh Nora.
Di awal pagi yang hening itu Nora datang ke pejabat Chad semata-mata ingin memohon maaf. Chad mula curiga,  adakah Nora tidak bekerja datang ke pejabatnya seawal pagi begini? Zumika Holding masih memerlukan khidmat Nora.
“Atas sebab apa?”
Nora diam apabila ditanya.
Chad menanti jawapan namun kebisuan Nora menggelapkan situasi. Ada sesuatu yang dipendam Nora. Mungkin ia sukar diluahkan.
“Sebenarnya saya datang nak temuduga.”
“Temu duga?”
Nora mengangguk.
“Tapi bukan abang orang sepatutnya Nora berjumpa.” Chad angkat kening.
“Saya dibuang kerja.” Beritahu Nora.
“Eh? Kenapa?” Chad agak terkejut.
Nora mempamerkan kesedihan. Sungguh Chad tidak menduga bahawa Nora menerima nasib malang. Dibuang kerja dari Zumika Holding. Berkenaan alasan, tidak pula Nora nyatakan.
Sungguh menghairankan. Apa sebenarnya yang berlaku? Chad menggeleng perlahan dan dia cuba memujuk Nora supaya menceritakan hal yang sebenar.
“Puan Elya pecat saya.”
What?” Sungguh Chad terkejut tatkala nama Elya meniti di bibir Nora. Chad terdiam tatkala memandang wajah sugul Nora apabila dibuang kerja. Elya tidak patut buat begitu. Ia menunjukan sikap tidak profesional.
“Kenapa dia boleh buat macam tu?”
“Saya tak tahu bang. Tidak adil rasanya dia buat macam tu.”
“Dato` Hamidi tahu tentang perkara ni?”
Nora terus menggeleng menidakan pertanyaan itu.
“Jadi dia pandai-pandai sendiri?”
Nora mengangguk.
Sah! Elya dah buang tabiat. Isterinya itu sudah bertindak keterlaluan. Mana boleh buang pekerja sesuka hati. Mentang-menang Elya anak CEO Zumika Holding, maka senang-senang dia nak pecat sesiapa sahaja yang dia suka. Chad tidak boleh membiarkan Elya bertindak begitu. Namun… setelah difikirkan lagi, siapa dia dalam Zumika Holding? Dia bekas pekerja di situ. Chad tidak tahu apa masalah Elya tu. Tidak pernah sunyi dari melakukan sesuatu perkara yang tidak terjangka.
“Ramai pekerja bawahan seperti saya dimarahi. Saya tak faham dengan Puan Elya tu.” Ujar Nora menjadikan Chad sebagai tempat mengadu.
“Okey tak apa. Macam ni je la, nanti bila abang balik rumah, abang akan bincangkan dengan dia. Nora jangan bertindak apa-apa.” Pesan Chad dan terus bangun dari duduknya. Kot dicapai dan disarungkan. Nora memerhati gelagat Chad itu.
“Abang nak ke mana?”
“Abang nak pergi melawat kawan abang dekat hospital.” Beritahu Chad. Jawapan itu membuatkan kening Nora terangkat.
“Melawat siapa?”
“Takkan Nora tak tahu?”
“Oh… Kak Bella? Dia belum sedar lagi ke dari koma?” Nora berpura-pura mengambil berat sedangkan dia sudah sedia maklum akan hal itu. Abey sudah seminggu koma.
“Abang tak tahu. Erm Nora nak ikut?”
Perlu ke aku ikut? Nora bertanya dalam hati. Kak Bella bukan main rapat dengan Abang Chad! Siap ikut pergi Johor semata-mata nak jodohkan Abang Chad dengan Ayu. Isy! Bosannya aku… Tapi tak sangka pulak Elya dapat kahwin dengan Abang Chad. Menyesal aku tak halang awal-awal. Detik hati Nora lagi.
“Nak ikut ke tak?” Sekali lagi Chad bertanya.
“Boleh juga.” Nora bersetuju. Nora bangun dari duduknya untuk ikut Chad ke hospital. Entah macam mana kakinya tersadung pada kerusi menyebabkan dia jatuh tergolek. Malunya dia tersilap langkah. Cepat-cepat Chad menghulurkan bantuan. Pipi Nora dah kemerahan. Jatuh itu bukan dibuat-buat maka secara automatik perasaan malu terbit. Namun ada untungnya bagi Nora kerana masih diambil berat oleh Chad.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.