Entri Terkini :

Setia Untuknya - 22

TANGISAN tiada berlagu. Runtuhnya kesabaran dek luka yang berpanjangan menyapu derita di bumi khayalan membawa sejuta keresahan. Abey diratap koma yang panjang. Ayu menanti dengan penuh debaran. Sudah seminggu Abey di katil hospital maka sebab itu membuatkan hati Ayu bertambah bimbang. Makan tidak lalu dan segalanya tidak tenang. Sungguh meruntun hatinya ketika manatap wajah sepi itu. Oleh sebab tidak mahu terus bersedih hati maka Ayu mengambil keputusan untuk beralih tempat. Dia mahu mencari satu ruang untuk dia menarik nafas.
Amran dikhabarkan akan hal itu dari seseorang maka kemunculan Amran di hospital tidak diketahui oleh Ayu maka bertembunglah mereka berdua di dalam lif. Terkejut Ayu melihat wajah suaminya tercegat di hadapan mata sewaktu mahu melangkah keluar dari lif. Kebetulan pula Amran baru hendak masuk. Mereka berdua terkesima. Mungkin gara-gara Ayu tidak menyangka bahawa Amran akan datang. Tidak langsung terlintas di fikirannya untuk memberitahu keadaan Abey. Dia tahu Amran bencikan Abey. Namun, Ayu tidak pasti sama ada masih terbuka lagikah pintu kemaafan Amran terhadap Abey yang kini terlantar koma.
“Awak buat apa dekat sini?” Pertanyaan itu wujud di hujung bibir Ayu yang tercengang.
“Cari awak.” Jawab Ayu.
“Macam mana awak tahu saya ada dekat sini?” Kepala Ayu dihempap persoalan. Entah bagaimana suaminya boleh wujud di sini. Semata-mata cari aku? Ayu hairan.
“Tak perlulah awak buat muka hairan dekat saya. Dekat mana awak berada saya pasti tahu.”
“Oh… jadi awak pasang spy la ye. Tak sangka awak tak percayakan isteri awak sendiri.” Jawab Ayu sambil membetulkan kedudukan tas tangannya.
Amran nampak tenang. Wajah itu sungguh tampan dan terpesona apabila gadis melihatnya tetapi dia kini hak milik Ayu. Mungkin pada namanya sahaja bergelar suami orang tetapi dasarnya dia belum sepenuhnya menjadi suami kepada Ayu. Semua itu terjadi gara-gara tuntutan nafsunya belum berbalas. Amran tidak menitikberatkan soal nafkah batin itu selagi Ayu belum merelakannya. Pada pandangan Ayu, Amran seorang yang gelojoh tetapi sejak detik perubahan yang drastik, Amran jelas jauh berbeza.
Ayu mengetap bibirnya dan terus melangkah keluar dari lif. Dia berjalan mendapatkan kereta. Amran ikut langkah Ayu. Ayu seolah-olah mahu mengelak namun Amaran tidak akan membiarkan Ay uterus begitu. Ayu mesti bercakap jujur. Ayu hendaklah berlaku adil pada diri sendiri dan tidak perlu berpura-pura cinta jikalau hati masih lagi sakit. Tangan Ayu ditarik lembut dan serta merta langkahnya terhenti.
“Awak tak nak makan tengah hari dengan saya?”
“Awak pergi makand engan spy awak. Saya tahu orang yang awak upah ada dekat sini tapi saya tak pasti siapa orangnya. Mungkin doktor, mungkin jururawat. Awak dengan mama saya sama aje, suka upah orang untuk mengintip saya. Saya boleh jaga diri saya sendiri.” Tutur Ayu bengang dengan tindakan Amran mengupah orang untuk mengintip kedudukannya.
“Mana sama. Mama awak tu perempuan, saya ni lelaki. Dah tentu saya upah orang. Tapi semua tu saya lakukan untuk memastikan keselamatan isteri saya terjamin. Saya sayang awak Ayu…” Bicara Amran selembut sutera. Suara yang meniti di bibir Amran semakin lama semakin mendalam. Menusuk kalbu Ayu. Betul ke? Ayu hairan. Aku tak akan jatuh cinta padanya biarpun sejuta kebaikan dia lakukan terhadap aku. Detik hatinya tidak mahu mengalah.
“Awak jangan nak loyar buruk pula dengan saya.” Jeling Ayu tajam.
“Baiklah… kalaua wak tak nak saya loyar buruk, jom makan tengah hari dengan saya.” Ajak Amran sekali lagi.
Cara Amran itu seolah-olah mahu memikat hati Ayu. Entah dari mana petua yang dia dapat untuk melembutkan hati wanita yang egois seperti Ayu. Keegoan yang nampak canggung. Amran faham benar sifat dan sikap Ayu. Kalau dipaksa mungkin susah, dipaksa secara lembut pula mungkin bertuah. Membuah hasil… kemungkinan besar umpan mengena.
“Saya tak lapar.” Begitu pula jawapan Ayu lalu meneruskan langkahnya. Sekali lagi Amran memaut lengan Ayu.
“Boleh tak awak jangan pegang tangan saya?”
“Ia halal bagi saya.” Perlahan-lahan Amran lepaskan.
“Oh… sekarang ni awak nak bercakap soal halal dan haram? Macamlah saya tak tahu perangai sebenar awak.”
“Awak hanya tahu menilai masa silam saya tetapi awak tak pandai meramalkan masa hadapan. Seseorang yang baik belum tentu baik sepenuhnya. Seseorang yang jahat pula belum tentu dia jahat sepenuhnya. Awak mungkin dah hadam kejahatan saya dalam kepala awak tu sampai setiap kebaikan orang lain awak tak boleh nampak.”
“Mengungkit?”
“Tak.”
“Kalau tak mengungkit itu apa namanya? Sudahlah Am… saya dah penat dan perlukan rehat.”
“Saya temankan.”
No way!” Tingkah Ayu dan melangkah laju. “Saya tak suka lelaki yang kononnya berlagak baik semata-mata nak memancing hati perempuan seperti saya. Dan saya tak suka lelaki yang suka ekori saya dan tak mempercayai isterinya sendiri. Say ajuga bencikan lelaki yang suka berfoya-foya dengan perempuan lain di belakang isterinya sendiri. Saya juga tak akan berikan peluang kedua pada lelaki yang pernah sakitkan hati saya. Selama ni saya anggap awak tak lebih daripada sepupu saya sendiri biarpun awak bergelar suami saya.” Laju tutur Ayu ketika melangkah. Dia tahu Amran mendengar ucapan itu kerana Amran juga turut melangkah selaju Ayu.
“Tapi pelung kedua untuk perubahan. Saya nak jadi seorang lelaki yang memahami awak.”
“Sampai bila-bila pun awak tak akan memahami perempuan. Awak hanya mengampil kesempatan di atas setiap kelemahan perempuan.” Hujan Ayu menjegilkan biji mata. Terasa bosan pula melayan Amran yang tidak mahu mengalah. Dari sudut pandangan Ayu, Amran amat menyakitkan hati walhal sedia mklum walaupun perubahan yangdilakukan sememangnya mengambil masa yang terlalau lama. “Orang akan sentiasa nampak keburukan awak walaupun awak lakukan sejuta kebaikan kerana keburukan yang awak lakukan meninggalkan kesan yang mendalam. Awak faham tak?” Ayu melanjutkan kata-katanya.
“Tapi…” Tiba-tiba Amran menerima panggilan daripada Puan Rosila.
“Huh!” Ayu merengus. Malas nak menunggu. Tidak fasa-fasal dia terpaksa membebel panjang agar Amran mengerti maksudnya.
“Sekejap, ada call.” Pesan Amran. “Ya ma… saya ada di Kuala Lumpur ni.”
“Dah jumpa?” Tanya Puan Rosila di hujung talian.
“ Ya, dah jumpa pun. Ada dekat sebelah ni.”
“Boleh umi cakap dengan Ayu sekejap?”
“Sekejap.” Amran terus menghulurkan telefon bimbitnya. Ayu mengecilkan biji matanya. “Umi saya nak cakap dengan awak.” Beritahu Amran mengharapkan Ayu menunaikan permintaan itu.
Isy dia ni! Bebel Ayu di hati seraya mencapai telefon itu.
“Assalamualaikum umi,” begitu canggung untuk memanggil makciknya dengan panggilan umi namun Ayu terpaksa.
Puan Rosila menjawab salam yang dihulurkan seraya melepaskan keluhan halus. Ayu mendengar keluhan itu menjengah ke cuping teoinganya.
“Kenapa umi?”
“Kenapa dah lama tak jenguk umi?”
“Oh, umi saya ada urusan sikit dekat Kuala Lumpur ni.”
“Itu umi tahu tapi kenapa Am tak ikut sekali semasa hari Ayu mula-mula ke Kuala Lumpur?” Tanya Puan Rosila dan membuatkan Ayu pula segera menoleh ke arah Amran. Timbul rasa tidak puas hati setelah mengenangkan kata-kata Amran sebelum dia bertolak ke situ. Lama Ayu memandang Amran dan saat itu Amran terus menjongket bahu dengan kening terangkat gara-gara hairan terhadap cara Ayu memandang.
Biasalah jika sudah tidak berpuas hati maka tenungan Ayu menjadi lain macam sahaja. Amran membalas renungan mata Ayu tetapi Ayu cepat-cepat melarikan matanya setelah Amran mengenyit mata pula. Gatal! Maki Ayu dalam hati. Sejurus kemudian Ayu menyambung semula perbualan dengan Puan Rosila apabila terhenti beberapa detik. Tanpa mereka berdua sedar, ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka berdua.


CHAD bergegas turun dari anak tangga demi anak tangga untuk keluar melawat Abey di hospital. Dia mengambil cuti rehat pada hari ini dan peluang ini diambil untuk melawat kawan yang terlantar sakit. Dia memandang ke kiri sekilas meninjau kelibat Elya masih ada di sofa atau pun tidak. Tadi Elya tiada di dalam bilik. Kaki Syad masih melangkah dan kini tiba di jubin lantai bawah.
“You nak ke mana tu?” Terdengar suara Elya dari belakang sedang melangkah keluar dari dapur.
Chad menoleh bersama tubuhnya. Dia merenung Elya yang sedang memakai apron. Tidak pernah Chad melihat Elya memakai apron sebelum ni.
“Nak keluar.”
“Keluar ke mana? I sedang sediakan breakfast untuk you,” ujar Elya memuncungkan bibirnya dan masih terus malangkah mendekati Chad yang bergaya dengan kameja-t lengan pendek berkolar serta berseluar jeans biru gelap. Rambut pula disisih rapi. Di tangan Elya masih memegang sudip. Menggoreng sesuatu di atas dapur agaknya.
“Saya tak ada selera nak sarapan.”
“I pun nak ikut you keluar boleh ke?”
“Tak boleh. Hari ni kau duduk rumah je. Buat apa kau nak ikut saya, Elya?” Sejak mereka berumah tangga begitulah cara pertuturan Chad terhadap Elya. Belum ada sebarang perubahan untuk berlembut. Bagi Chad, kelembutan untuk Elya sudah tiada lagi. Chad meneruskan langkahnya tetapi tangan Chad ditarik oleh Elya.
“You nak pergi mana?”
“Jangan sibuk boleh tak?”
“I ni isteri you. I berhak nak tahu ke mana you pergi.”
“Ni hukum mana pulak yang awak pakai ni? Seorang isteri macam awakni tak perlu ambil tahu ke mana saya nak pergi pun. Tambah pula antara awak dan asaya kahwin bukan atas dasar suka sama suka tetapi secara paksa. Jujur saya cakap, saya memang tak sukakan perkahwinan ni.” Ucap Chad tanpa berfikir panjang.
Terbuntang mata Elya mendengar kata-kata Chad. Hati perempuan mana yang tidak tersentuh mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Chad sendiri. Elya sedar terlalu banyak kesilapan yang dilakukannya dulu. Dia menyesalinya tetapi sesalan itu seolah-olah tidak bermakna bagi Chad.
Hidung Chad terbau sesuatu. Dia menghidu beberapa kali kiri dan ke kanan lantas menoleh semula kepada Elya. Dahinya berkerut-kerut kehairanan. Elya pula tunduk hampa melayani fikirannya sendiri.
“Saya bau benda hangit.” Beritahu Chad.
“What?!” Elya seperti tersedar dari mimpi. Dia terkejut dan terus ternganga mulut setelah mendengar kata-kata Chad itu. Bari dia ingat, tadi dia sedang goreng telur. Cepat-cepat dia meluru ke dapur semula.
“Macam mana awak memasak? Tak pernah-pernah saya tengok awak memasak. Kalau macam ni cara awak, terbakar rumah ni nanti.”
“I cuba masak untuk you, tapi…”
“Tapi apa? Tak perlulah awak bersusah payah nak tambat hati saya. Hati saya bukan untuk awak. Saya terima awak dalam hidup saya pun disebabkan anak dalam kandungan tu. Awak kena ingat, sampai bila-bila pun saya tak akan sentuh awak.” Ujar Chad penuh kecewa di atas perkahwinan ini.
“Aqil… please, jangan buat I macam ni. I cuba jadi isteri yang baik untuk you, berilah I peluang.” Ucap Elya separuh sebak sambil mengelap wajahnya yang dah berasap hitam. Elya sungguh comot. Sangka Elya, bila dia berusaha untuk berubah, Chad akan memaafkannya tetapi ternyata tidak. Chad terus bersikap dingin.
“Wajah awak dah comot. Jangan lupa bersihkan diri. Dan telur tu, awak makanlah sampai habis ya.” Pesan Chad berbaur sinis.
“Tolonglah I.”
“Tolong?” Chad ketawa. “Kalau tolong ketawa je no hal.” Chad melanjutkan bicara tetapi ketawa tak hilang.
“Ketawa macam orang gila je.” Tempelak Elya menjeling.
“Eh… yang gila awak je. Saya normal okey.”
“Seriously normal?”
“Itu awak fikir sendiri.”
“Hurm…” Jawab Elya sambil letak sudip dalam kuali. Telur dah jadi hitam. Memang tak bokeh dimakan. Suruh Chad, minta dimakan sahaja. Mampu ke I nak layan telur macam ni? Detik hati Elya penuh kesal.
“Awak tak reti nak masak lebih baik jangan masak. Tapi, kalau betul-betul nak masak pergi ambil kelas memasak. Itulah ruginya jadi perempuan moden macam awak ni… nak masak pun tak reti. Telur dah jadi macam arang.”
“Selama ni Ayu reti masak la ye?”
“Jadi, awak cemburukan Ayu? Awak pun tahu saya lebih kenal dia dulu berbanding awak. Jadi jangan kaitkan dia dalam masalah kita ni.” Chad mengingatkan Elya berkenaan hubungan itu.
“Apa yang bagus sangat tentang dia tu?”
“Banyak bagusnya. Tak perlulah awak nak tahu. Awak dengan dia jauh berbeza.” Lantang Chad memuji Ayu di hadapan Elya biarpun Ayu sudah bergelar isteri Amran.
“Ah!” Elya merengus.
“Tak perlu nak tunjuk perasaan depan saya Elya.”
“So?”
“So… apa yangs aya nak buat saya punya suka.”
How about contract? Jangan nak langgar apa yang termantut dalam perjanjian kita.” Elya mengingatkan Chad berkenaan kontrak yang dipersetujui sebelum ini di mana Chad tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan sesuatu tanpa persetujuan Elya. Maka Elya akan dikuatkuasakan perjanjian itu. Chad tidak boleh bertindak sesuka hati. Elya tersenyum sinis.
“Oh, nak jadi ketua rumah tangga… baiklah…” Chad mula mendekati Elya. Sekarang dia berdiri betul-betul di hadapan Elya bertentang mata. Chad sengaja merapatkan wajahnya dekat dengan wajah ELya. Hidung mereka hampir tersentuh.
“Awak boleh buntingkan saya?” Soalan berbaur sindirian mula meniti di bibir Chad. Tersentap Elya mendengar kata-kata itu. “Orang lelaki je yang mampu buat awak jadi macam tu, jadi mana maruah awak sebagai seorang perempuan? Begitu mudah awak hadiah tubuh awak pada lelaki yang belum jadi suami awak. Ingat Elya, walaupun saya sekarang ni dah suami paksaan awak, tetapi saya masih punyai hati perut. Kalau tidak dah lama saya tinggalkan awak walaupun awak telah banyak mengecewakan saya. Sebenarnya awak hanya bertuankan nafsu.” Chad berbicara penuh sinis dan terlalu pedas untuk ditelan bulat-bulat oleh Elya.
Darah yang mengalir dalam tubuh Elya semakin laju. Kata-kata Chad sekarang semakin berbisa. Semburan itu tepat terkena pada dirinya. Terlalu bebal untuk diterima dan terlalu kebal untuk dirempuh dengan kesabaran yang kian menghilang.
Elya terdiam.
Chad berundur selangkah sambil menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan sebagai isyarat supaya Elya jangan pernah bertindak sesuatu yang boleh mendatangkan keburukan. Terkedu Elya melihat keadaan ini. Dia cuba menilai sesuatu yang diluar jangkaan namun terbatas.
“Aqil… I…”
“Saya tahu, awak buat semua tu sebab awak terlalu kecewa dengan saya. Tapi awak patut berfikir lebih jauh. Jangan mudah percayakan lelaki yang hanya mahu mengambil kesempatan ke atas diri awak. Awak ada rupa Elya, awak ada segala-galanya. Papa awak bukan orang sembarangan… awak kena jaga ama baik keluarga awak. Demi mempertahankan maruah keluarga Dato` Hamidi maka saya setuju kahwin dengan awak. Lambat laun papa awak akan tahu juga bahawa bayi dalam perut awak tu bukan anak saya.” Tutur Chad perlahan. Dia cuba memberikan kesempatan pada hatinya untuk memaafkan Elya tetapi setiap tindakan Elya itu amat menyakitkan hati. Chad menyanjungi wanita tetapi wanita seperti Elya meranapkan impiannya untuk melihat keindahan wanita terjaga dan dibelai dengan nilai yang benar-benar bersih.
Bukan Chad mahu mempertikaikan hal dan kebebasan isterinya itu tetapi… kalau boleh dia mahu Elya benar-benar menginsafi di atas setiap keterlanjuran itu. Cara dan penampilan mestilah kena pada tempatnya. Mesti pada batas dan hukum serta perlu selari dengan ketetapan syarak.
Kali ini Chad mungkin mengalah, bagaimana esok? Semua itu belum pasti kerana hati Chad bakal berubah bila-bila masa sahaja. Elya sepatutnya memahami diri Chad. Mereka sudah lama kenal. Chad pula pernah bekerja di Zumika Holding. Chad tahu selok belok perniagaan di sana. Elya juga perlu arif mengenai apa yang Chad suka dan tidak suka.
Soal perkahwinan itu, ia bukan perkara yang boleh dipermainkan. Ini melibatkan soal hati dan perasaan. Kenapa Elya masih tidak faham berkenaan hati Chad? Mungkin segalanya didesak oleh kebuntuan. Saat itu Elya tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan sehinggalah timbul rancangan untuk perangkap Chad. Akan tetapi Chad lebih pantas mengetahui agenda Elya lantas mereka berbincang. Chad bukan seorang yang kejam atau seorang lelaki yang tidak bertimbang rasa. Semalam, ketika Chad pulang ke rumah. Dia masih boleh bercakap dengan Elya meskipun Elya pernah menyakiti hatinya. Jika Chad seorang yang tidak mengerti, sudah pasti dia buat tidak tahu sahaja.
Tentang semalam juga, dia pulang lambat, tidak pula dia melenting gara-gara pintu lambat dibuka. Chad sedar dia bagaikan menumpang di rumah itu. Seandainya diikutkan hati, dia mahu tinggal di Appartment Seri sahaja. Tetapi ada perkara lain pula menjengah dalam fikiran Chad waktu itu, ia berkenaan Nora. Nora masih berpura-pura baik di hadapannya biarpun Abey telah menceritakan segala-galanya sebelum insiden itu berlaku. Pening kepala Chad menghadapi situasi ini.
Elya di hadapan berwajah muram tiba-tiba. Matanya layu memandang Chad. Dia inginkan serpihan harapan bercantum kembali. Dia berkehendakkan Chad kembali ke dalam dakapan cintanya. Dia cukup sedar akan kesalahan itu, namun manakah yang keruh itu bertukar bening dengan pantas? Itulah perkara yang sering menunjal benaknya. Chad memandang pula kelopak mata itu yang berair. Kedua-dua belah tangan Chad memegang pipi itu. Didingakkan agar mereka bertentang mata. Sebenarnya Chad kalah pada titisan air mata. Chad masih lemah pada kesyahduan yang dipersembahkan Elya.
“Jangan bazirkan air mata awak Elya. Kita berdua pun dah jadi suami isteri. Tak perlu awak bimbangkan lagi.” Chad bersuara lembut dalam memujuk. Masih ada sekelumit simpati untuk Elya biarpun kebenaran memang pahit untuk ditelan. Cuma… Chad masih keliru terhadap jalan yang dipilihnya.
Air mata yang berkolam di tubir mata akhirnya gugur juga. Elya menangis di hadapan Chad. Elya sebak setelah mendengar bedilan kata-kata Chad awal-awal tadi. Ia benar-benar menyegat hati. Sungguh berbisa. Elya terus mendakap tubuh Chad seerat-eratnya seperti tidak mahu berpisah dengan Chad. Biarlah seumur hidupnya diabadikan untuk Chad bagaikan sang pari-pari yang terbang menatapi keindahan alam. Elya mahu merasakan semua itu.
Chad serba salah sama ada mahu membalas dakapan itu atau pun tidak. Dia masih terkesima. Itulah kali pertama seorang perempuan bergelar isteri mendakapnya. Chad akhirnya menbalas dakapan itu dalam keadaan terpaksa.
“I tak nak kehilangan you Aqil. Dalam hidup I sekarang I cuma ada you je dan sekiranya papa I dapat tahu bahawa anak ini bukan anak I bersama you, mungkin I akan mati dibunuh oleh papa. I tak nak…” Elya merayu dalam tangisan dan air mata itu terus mengalir laju sehingga membasahi baju Chad. Elya sungguh tidak mahu hal sedemikian itu akan terjadi. Dia takut Dato` Hamidi mengamuk.
Elya terus menolak perlahan tubuh Chad dan berganjak sedikit. Dia merasakan Chad tidak suka dia berbuat begitu meskipun dia benar-benar dahagakan kasih sayang dari lelaki yang bernama Aqil Akasyah. Sungguhpun sekeping hati yang terluka mengharapkan belas kasihan namun masih terjentik bahawa dia masih dibenci oleh Chad. Sekiranya dapat dipadamkan api kebencian dalam diri Chad, maka dialah orang yang paling beruntung.
Chad mengusap wajah Elya yang comot. Air mata Elya juga disekanya. Air mata yang berlinangan itu masih belum kering. Ia terus mengalir laju. Pandangaan mereka bertaut. Elya mahu meniti harapan dalam perjalanan mencari sinar kebahagiaan. Dia mahu hidup bahagia bersama Chad dan lain pula bagi Chad. Chad masih menyimpan perasaan pada Ayu biarpun dia selemah lelaki yang langsung tiada usaha merebut cinta. Kini Ayu terlepas ke tangan Amran. Rayuan Elya pula seolah-olah mampu menggugat egois Chad. Apa yang membuat Elya jadi macam ni? Chad tertanya dalam hati. Sesungguhnya Chad tidak mampu menelaah perubahan Elya itu.


TIADA tempat lain lagi untuk disandarkan harapan melainkan kepada Allah sahaja tempat hamba-hamba-Nya meminta. Pada hamparan sejadah Ayu bersujud dan rukuk mengabdikan diri. Usai selsai solatnya, dia memohon kemapunan dan hidayah serta petunjuk ke jalan yang benar, ke jalan yang diredhai maka tangan ditadah dengan penuh keinsafan. Kini dia meminta pada Tuhan yang Maha Berkuasa. Sesunggunya Allah Maha Mendengar. Dalam doanya, dia meminta agar diterangi jalan hidupnya, diberi keberkatan dan dilimpahi rahmat. Dalam doanya juga menyebut akan nama Isabella Taiyuddin agar lekas sembuh. Dalam kusyuk berdoa pada ketika itu, manik-manik halus berguguran. Itulah tangisan sebuah harapan.
Tangisan harapan itu adalah daripada kenyataan yang dilalui kini. Dan semalam terdapat sesuatu yang mendekatkan dirinya pada kebenaran. Malam tadi dia bermimpi buruk. Mimpi Abey perig buat selama-lamanya. Dia terjaga dari lena dan segera mengambil wuduk. Sungguh itu adalah mimpi buruk.
Oleh sebab itu pada hari ini dia tidak putus-putus meminta daripada Allah semoga selamatkan Abey. Dia belum bersedia menerima kehilangan. Tambah lagi seorang sahabat yang baik untuknya. Tiba-tiba Ayu dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitnya. Cepat-cepat dia bangun dari hamparan sejadah usai mengaminkan doanya itu. Dia bangun tatkala telekung masih dipakai. Dicapainya telefon yang berada di atas meja. Ayu teragak-agak untuk menjawab panggilan itu tetapi dia mesti juga menjawabnya untuk mengetahui tujuan si pemanggil.
“Hello Puan Ayuni Najwa, kita berdua mesti berjumpa.”
Ayu tertanya-tanya tujuan sebenar. Walau bagaimanapun dia mesti juga berjumpa. Maka diaturkan masa dan ketikanya. Ayu menyiapkan dirinya dan tidak berapa lama selepas itu pintu bilik hotel bersebelahan dengannya diketuk.
Lama Ayu menunggu di luar bilik hotel 533 tetapi batang hidung penghuni bilik itu belum muncul lagi. Tiba-tiba dia telihat kelibat seseorang keluar dari bilik hotel tidak jauh daripada Ayu. Sebaik sahaja melihat orang itu, Ayu cuba bersembunyi sedikit. Lelaki berkepala botak bermisai lebat.
“Encik Taufik?” Ayu terfikir berkenaan Encik Taufik, bekas majikannya dulu yang gatal dan miang itu. Kalau diikutkan hati mahu sahaja disaman orang tua tidak sedar diri itu tetapi pintu kemaafan masih lagi terbuka Cuma dia tidak tahu sampai bila pintu itu akan terus terbuka sedangkan Ayu sudah mula fobia. “Ah, pedulilah… ini kan hotel sesiapa sahaja boleh datang menginap di sini.” Desis Ayu sendiri.
“Eh, awak buat apa celah tu?” Tanpa diduga, Amran muncul di muka pintu bilik 533.
“Tak ada apa-apa saja je.” Balas Ayu. Dia masih ingat lagi kata-kata Amran dulu. Sekiranya terdapat mana-mana lelaki yang cuba mengambil kesempatan ke atas diri Ayu, pasti orang itu akan menerima padah. Sekarang Ayu masih pegang kata-kata itu. Sudah pasti fikiran itu terarah pada tindakan biadap Encik Taufik ketika dahulu ke atas dirinya.
“Pelik la awak ni, kenapa awak tak bagi kita tinggal sebilik?”
“Awak lupa? Depan family. Sini tak ada family awak dan family saya, so?” Ayu berjongket bahu supaya Amran tahu jawapannya.
“Bagimana kalau ada spy mama awak dan jika perkara ni bocor macam mana?”
“Dahlah… cepat bersiap. Tadi kata nak pergi melawat Abey.” Suruh Ayu tidak mahu tunggu lama. Tiba-tiba Amran menarik tangan Ayu untuk dibawa masuk ke dalam bilik. Ayu terkejut dengan tindakan Amran.
“Apa awak buat ni?!” Rengus Ayu.
“Tunggu dalam bilik ni jela. Saya tak sampai hati nak biarkan isteri kesayangan saya menunggu suaminya dekat luar bilik. Kalau kena culik bagaimana?”
“Tak ada siapa pun nak culik saya.” Balas Ayu dengan penuh yakin sambil menyilangkan tangannya menandakan dia tidak berpuas hati dengan cara Amran tadi.
“Siapa kata?” Amran terus bertanya.
“Baru tadi saya yang kata.”
“Ya, tapi saya tak nak Chad yang datang dan culik awak daripada saya.” Tutur Amran lembut sambil merenung ke dalam mata Ayu.
Ayu terdiam. Mulutnya terkunci seperti digam dengan gam gajah. Hatinya tersentuh dengan kata-kata itu. Tidak sangka bahawa Amran beria-ia mempertahankannya sedangkan tempoh untuk mereka bergelar suami isteri hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi.

p/s : Tolong tinggalkan sedikit komen dekat bawah ni okey. thanks :)

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.