Bagi mereka yang gemarkan penggunaan laptop yang kini hangat di pasaran, tidak kira dari pelbagai jenis dan jenama, korang harus ingat bahawa laptop perlu dijaga dengan baik kerana komponen atau hardware yang terdapat di dalam laptop yang dipanggil sistem board beroperasi sebagai nadi utama itu amat sensitif khususnya pada bahagian hard disk.
Laptop bukanlah sesuatu yang tahan lasak. Ia tidak sehebat orang bermain skateboard yang boleh melompat sana dan sini. Laptop/netbook/ebook/ atau segala bentuk peranti sedemikian terlalu manja. Oleh yang demikian korang kena berhati-hati kerana pernah berlaku beberapa kes seperti kebakaran.
Peringatan : Jangan Tinggalkan Laptop Di Atas Katil, Bantal Dan Lain-Lain..
Mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.
Langkah pertama
Semasa menggunakan laptop, pastikan korang tidak meletakkan laptop korang atas tilam dan sebagainya (pada sesuatu yang lembut dan permukaan yang tidak rata).
Kedua :
Lebih bagus kalau korang guna cooler fan. Ini bagi membantu mengudaraan bahagian dalaman. Aku syorkan korang pakai cooler yang terhembus ke bahagian dalam supaya ia mudah sejuk. Walaupun ada yang bertiup ke bahagian bawah bagi menyedut udara dari dalam supaya keluar, jelas sistem pengudaraan biarlah kemas. Tapi ia bergantung pada jenis laptop yang korang pakai. Janganlah kedekut sangat pi beli cooler yang kecil. Belilah yang berkualiti demi menjaga laptop anda tu. Laptop harga ribu-ribu boleh beli, takkan la cooler puluhan ringgit yang bagus tu sayang nak beli. Kalau laptop hangit...?? huh!
Ketiga :
Kalau korang guna laptop dalam jangka waktu yang lama, lebih baik tanggalkan bateri dan jangan biarkan bateri terpasang bersama dengan direct current (charger) kerana takut nanti lama kelamaan bateri korang kong. Bila dah kong memang tak sedap lah nak guna pada waktu kecederaan. SIkit-sikit low, sikit-sikit low battery walaupun dah cas lama.
Tips terakhir - Rajin-rajinlah service laptop tu. Kalau reti buka, korang buka dan bersihkan apa yang patut dekat dalam tu kerana, jika habuk terlalu banyak, maka ia akan menganggu sistem board anda. Kadangkala keyboard tidak berfungi dengan baik, ada sahaja butang yang tidak aktif.
Itu sahajalah daripada aku yang masih newbie dalam bidang ini. Kalau ada salah silap harap ditegur... wokey, bersama kita berkongsi ilmu. Insya-Allah.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)