Entri Terkini :

Novelis : Faizal Yusup - Bukan Maksum

Bukan Maksum mengisahkan kehidupan seorang pemuda warak bernama Azman yang mempunyai konflik keluarga telah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Di sana, bermulalah kehidupan yang mencabar keimanannya. Sebagai seorang muslim dia diuji dengan pelbagai dugaan namun dia tabah menghadapinya dengan reda.

Kemunculan Zila yang merupakan gadis liar telah mengembalikan kebahagiaannya. Namun kebahagiaan itu tidak berkekalan apabila Zila meninggalkannya dan kembali ke dunia lamanya. Azman telah gagal membawa Zila kembali ke pangkal jalan. Azman reda dengan ketentuan Ilahi. Semasa hayatnya, Azman berusaha untuk menjadi insan mulia yang berbakti kepada masyarakat. Dia telah menubuhkan satu yayasan untuk membantu insan-insan yang kurang bernasib baik.

Namun begitu, di sebalik sifatnya yang suka membantu, Azman sebenarnya menyimpan satu rahsia hidup yang sangat besar yang tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali Zila. Dia juga berusaha mencari Zila semula setelah sekian lama berpisah. Adakah dia berjaya menemui Zila dan apakah yang menjadi rahsia hidupnya itu? Dan apakah pula yang menjadi rahsia kesabarannya selama ini? Ikutilah kesudahannya dalam novel Bukan Maksum hasil karya Faizal Yusup ini.

Judul : Bukan Maksum
Tebal : 504 m/s.
Penulis : Faizal Yusup
Terbitan : Ilmu Publication
Harga : RM25.90


************

p/s : Melihat dari tajuk dan sinopsisnya sangat mengujakan. Teringin untuk memiliki senaskah novel ini dan ingin mengetahui lebih lanjut al-kisah yang cuba disampaikan oleh novelis tersebut. Kepada rakan-rakan yang ingin dapatkan buku ini, sila dapatkan di pasaran dengan SEGERA!

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.