Aku nak cerita serba sedikit mengenai Virus Win32/Sality. Virus jenis ini banyak menyerang sistem komputer anda. Tanpa antivirus yang berkesan, virus ini akan merebak dengan cepat ke dalam sistem komputer anda. Win32/Sality begitu sebati dengan Windows XP kerana operasi Windows XP sangat lemah tanpa security yang mantap. Cara ia disebarkan dengan begitu mudah adalah melalui pendrive. Ia mudah dijangkiti sekiranya anda tidak scan pendrive tersebut terlebih dahulu. Adakalanya pendrive yang dilengkapi sistem autoplay akan menjejaskan fungi scan. Tetapi jika anda bersedia lebih awal yakni anda tidak membenarkan autoplay di access ke komputer dengan 'cancel' kerana ia lebih baik daripada anda menekan butang 'close'.
Terdapat banyak software untuk scan pendrive secara automatik sebaik sahaja pendrive dicucuk masuk ke USB port komputer anda. Di antaranya adalah freeware USB Disk Security. Ia mampu menghapuskan virus autorun.inf di dalam pendrive dari menjangkiti komputer anda. Tapi awas, sekiranya anda terus membuka pendrive itu maka USB Disk Security ini tidak lagi mampu remove virus autorun tersebut kerana ia sudah beroperasi secara terus ke sistem komputer biarpun anda menggunakan Unlocker untuk mendelete file yang sedia running. Selain itu anda juga boleh menggunakan software Trojan Remover yang akan membaikpulihkan registry sistem komputer.
Sebenarnya Virus Win32/Sality ini seringkali menganggu program file. Sistem file juga turut terancam maka file utama yang akan diserang oleh virus jenis ini adalah program file antivirus itu sendiri. Jadi secara tak langsung installer exe akan didetectnya sebagai virus. Tapi kebiasaanya installer yang belum diinstall tidak semua terhapus melainkan antivirus anda menjadi GILA setelah ditakluki oleh virus ini. Bila dan membiak virus ini, maka antivirus yang lemah tidak dapat berfungsi dengan baik dan jika anda ingin uninstall dan kemudian ingin install semula antivirus maka agak sukar. Malah sesetengah installer lain juga turut terhalang daripada diinstall ke komputer anda. Ini sangat menyulitkan anda maka ada yang terpaksa hantar ke kedai untuk format semula kerana komputer dah jadi berat dengan taklukkan virus ini.
Harus diingat, jika anda hendak format maka segala partiton mesti dihapuskan dan bina semula partition yang baru agar saki baki virus jenis ini terhapus. Kalau anda hendak backup sekalipun pasti backup ke dalam hard disk lain atau ke dalam external hard disk.
Bagi yang mereka yang tidak membuat keputusan untuk format semula pc maka anda boleh membuat cubaan clean sistem file komputer anda dengan menggunakan,
Win32/Sality Remover 1.2.0.616 - daripada AVG
Download software tersebut dan kemudian cuba install. Dan apabila anda aktifkan software tersebut maka ia akan berfungsi selepas anda reboot komputer anda. Jika komputer anda mempunyai banyak program file maka anda terpaksa menunngu masa yang lama untuk segala file discan dan dicleankan, namun itu lebih elok daripada anda tidak berusaha langsung untuk merawat penyakit yang berjangkit pada komputer anda.
p/s : aku masih newbie, kalau silap harap sedia ditegur)
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)