... terkedu melihat gelagat insan zaman sekarang. Tiada pedoman dan pegangan hidup yang baik. Sungguh tidak termampu lidah ini mengungkapkan kekesalan namun hati hanya mendoakan agar wanita ini terus mendapat rahmat Allah. Aku tak tahu la kenapa terdapat anak sekejam itu? Aku juga ingatkan pada diri aku juga supaya jangan jadi anak durhaka.
Runtun hati aku melihat tangisan si ibu yang dahagakan kasih sayang dan perhatian anak. Sedih mengenangkan hari tua mereka yang terbiar. Di masa kita kanak-kanak dia belai kita... dia berikan kita makan dan pakai. Walaupun dalam kesusahan orang tua membanting tulang empat kerat nak bagi anak-anaknya makan tapi bila dah besar apa anaknya dah buat? Nak basuh berak kencing mak yang dah sakit tua pun dorang tak larat. Nanti kalau dorang dah tua pulak anak-anak dorang wat macam tu lak dekat dia baru dia tahu rasa tapi yang paling azab adalah seksa dari ALLAH di hari pembalasan kelak. Tunggulah...
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)