Alhamdulillah, semenjak dua menjak ni ranking alexa blog ini dah mula meningkat. Sebelum ni rangking ke 3 juta dan kini dah mencapai rangking 2 juta. Satu perkembangan yang baik dan syabas untuk anda serta ribuan terima kasih kepada pengunjung yang tidak jemu-jemu membaca artikel di sini. Tidak lupa khusunya follower blog aku yangs emakin lama semakin menyengat dan memberi semangat baru untuk aku terus berkarya. Aku sekadar menulis di pinggiran hanya menumpang ilmu dan berkongsi ilmu milik yang Esa memberikan sedikit ruang dan waktu untuk kita belajar dan memanafaatkan ilmu yang diberikan ke jalan yang lebih diredhai-Nya.
Satu hari ni aku tak update blog dan baru sekarang aku update kerana nak maklumkan dekat korang bahawa blog aku ni hidup dengan adanya korang. Serius aku cakap dekat korang bahawa blog ni aku jadikan sebagai tempat untuk aku bercerita dan memberitahu korang tentang sesuatu yang boleh kita sama-sama hargai. Sesungguhnya pemberian / anugerah daripada ILAHI tidak ternilai harganya. Sama-samalah kita membentuk satu komuniti yang membawa kita semua ke arah kebaikan. Insya-Allah...
Blog aku sekadar menduduki tempat ke 12,231 dalam ranking blogger di Malaysia. Setara la dengan perkembangan blog aku yang biasa-biasa je. Namun aku bersyukur kerana diberikan fikiran dan ilmu untuk sama-sama kita berkongsi. Ada ruang aku akan update. Gitu la ceritanya aku melibatkan diri dalam dunia blog ni dan banyak lagi aku perlu belajar dari blogger2 yang memiliki follower ribu-ribu... huhuhu.
Agak-agak siapalah follower aku yang ke 400 ni ye? Maklum la blog aku ni slow sikit nak dapat follower. hiks, lagipun niat aku berblogging bukan nak mengejar follower yang banyak memandangkan artikel aku ni entah apa-apa kan? Namun begitu dengan adanya follower kita lebih bersedia dan bersemangat untuk melakukan sesuatu penulisan agar ia lebih cemerlang dan berkualiti. (DEMAM)
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)