Entri Terkini :

Jika kamu kawan yang baik


Bercakap mengenai kawan, sudah pasti ia adalah kenalan yang ada bersama kita untuk membantu. Tapi berapa kerat sahaja yang akan berpindah nama daripada kawan kepada rakan? Mungkin dia berjaya menawan 99% hati kawan yang ada tetapi 1% itu mungkin termangu menanti perhatian. Ini bermakna dia masih belum kental untuk memperoleh markah 100% kerana manusia diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan. Yang menjadi faktor kelemahan adalah keegoan dan sikap meninggi diri kononnya dialah kawan yang paling baik dilafazkan dengan lidah semata-mata. Namun, dari segi perbuatan jauh berbeza bagaikan jauh panggang dari api.

Untuk menerapkan nilai murni cukup mudah, kenali maksud apa itu kawan dan janganlah hanya tergoda dengan istilah kawan 'I nak kawan dengan you," dan yang paling kerap didengar. "I ikhlas nak kawan dengan you." Seperti yang sudah diterangkan tentang makna keikhlasan sebelum ini. Ikhlas tidak perlu dilafazkan nanti jadi riak.

Bagaimana untuk kita yakinkan dia bahawa kita adalah kawan yang baik? Sebenarnya tidak perlu anda berkata sedemikian dan cukuplah dengan tingkah laku dan perbuatan anda akan mencerminkan anda seorang kawan yang baik. Kata-kata tidak memainkan peranan penting untuk menyatakan kamulah kawan yang baik kerana kawan yang baik tidak akan sesekali menyatakan dialah yang terbaik namun sebaliknya dia mencuba untuk jadi yang terbaik. Kata-kata bagaikan pedang, silap bicara maka hati mudah terguris. Apabila pangkat seorang kawan mula tinggi maka ia digelar sahabat. Sahabat adalah tunjang kesefahaman dan sikap toleransi sedia wujud setelah memahami konsep hati ke hati.

AWAS! Jangan memberikan 100% kepercayaan kepada kenalan baru dan anda mungkin berhadapan dengan risiko keaiban. Apabila anda bercerita mengenai diri anda kepada seorang kawan melebihi batas maka anda pasti akan menjengkelkan mereka maka mulakan perkenalan dengan lebih berhati-hati. Langkah ini adalah untuk memastikan anda tidak terlalu emosi. Kerana dalam proses pengenalan, hati diletakkan di tempat yang paling tinggi. Jika hati terguris maka ia akan menjejaskan perhubungan. Tanyalah pakar kaunseling anda, apakah langkah dan cara terbaik untuk menanggani masalah sosial? Adakah ada penyelesaian yang terbaik selain daripada sikap berhati-hati? Dan yang pastinya jangan tanamkan terlalu banyak sikap prasangka dan prajusdis di awal perkenalan. Bukan untuk mengajar anda menipu ataupun bersikap hipokrik tetapi di situ kita akan terapkan nilai kejujuran dan batas kejujuran itu sendiri.

Dewasa ini, kejujuran sering disalah erti. Apabila anda bersikap jujur menceritakan sesuatu maka anda akan dituduh meraih simpati dan jika anda mengambil alternatif untuk mendiamkan diri maka anda pasti dituduh menyombongkan diri. Di sini kita sudah dapat melihat bahawa hidup ini tidak adil. Jadi ini merupakan salah satu daripada kelompak orang yang bermasalah dalam perhubungan. Untuk hidup menjadi adil adalah dengan membalasnya semula? Atau kita perlu membinasakah kawan yang telah melukai hati kita? Di sinilah anda akan membuktikan bahawa anda kawan yang baik dengan bersikap pemaaf dan bukan seorang yang  pendendam maka inilah ciri-ciri anda merupakan seorang kawan yang baik.

Jika kamu seorang kawan yang baik, kamu akan menegur kesilapan kawan kamu dengan apa jua cara sekalipun kerana anda mempunyai sifat kasihan padanya. Kasihan jangan pada hati anda sahaja tapi bantulah dengan lisan terhadapnya yakni menunjukkan di manakah silapnya. Sekiranya dia juga merupakan kawan yang baik kepada kamu maka dia akan menerima teguran itu dan berusaha merubahnya. Seandainya berlaku sebaliknya maka anda perlu mendapatkan khidmat 'guaman iman' anda, "Adakah aku perlu teruskan perhubungan ini?" Jika anda seorang yang tiada hati perut maka anda akan tinggalkan kawan anda dalam keadaan terpakai-kapai tanpa perlabuhan. Nescaya anda juga akan menerima nasib yang sama di masa akan datang.

Hidup ini sebenarnya adalah suatu keadilan. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Oleh yang demikian kita jangan takut apabila dikhianati oleh kawan kerana ALLAH telah membina dua pintu, satu pintu ke Syurga, satu lagi pintu ke Neraka. Jadi, pilihan ada di tangan kita.


p/s : Ini adalah serba sedikit ulasan aku untuk erti kawan kepada kawan. Bila kita berkawan jangan separuh jalan, jika kita ditinggalkan maka janganlah hati kita dibutakan maka lihatlah hikmah disebalik apa yang berlaku maka jadikanlah pedoman dan tauladan... Insya-Allah akan mendapat keberkatan. Aku turut berpesan pada diri aku juga, belajarlah untuk menghargai kawan yang baik.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.