Pada pagi itu Haris memegang kasar pipi Ayu yang diikat pada sebatang pokok. Bahang matahari mula terasa membakar kulit maka menambahkan lagi kehangatan hati Haris yang membara itu. Lagi bengang hati Haris bila memandang wajah Ayob yang seperti orang gila aje. Memang bangang kau ni Yob! Maki Haris dalam hatinya.
“Anang! Sini kejap.”
Anang yang berada di dekat khemah terus meluru ke arah Haris. Di tangannya terdapat sebilah parang. Dia baru sahaja hendak memotong daging kijang yang diburu pada awal pagi tadi dengan beberapa orang kunco-kunconya.
Apabila sudah berada dekat dengan Haris dia terus mengerling tajam ke arah Ayob. Bosan dengan lelaki tu yang nampak macam tak berotak. Setelah membunuh orang yang tak berdosa. Kerja orang tak betul! Bisik hati Anang pula setelah merasakan kebodohan terlampau yang ditunjukkan Ayob pada malam itu. Dah gila buat cara gila tersengih-sengih macam orang bodoh nak mampus ni apa hal?! Hati Anang membedil lagi.
“Ada apa bhai?”
“Parang kau tajam tak?” Tanya Haris setelah melihat parang itu di tangan Anang.
Anang memandang pelik pada Haris. Untuk apa ditanya tentang parang itu sedangkan parang itu baru sahaja dibuat sebelih kijang. Sudah tentu tajam. Bayangkan leher kijang tu dipotong dengan lembut sahaja dah terputus. Betapa tajamnya parang itu hendak dikhabarkan.
“Aku nak kerat bedebah ni punya barang.” Jawab Haris tersenyum sinis.
Ayob yang terikat dekat dengan Ayu merenung tajam ke arah mereka berdua. Haris dan Anang langsung tak hairan. Sudah terikat kemas tak boleh buat apa. Janji Haris dapat balas dendam. Geram sangat dengan sikap Ayob yang bodoh tu. Dari tadi Ayob diam sahaja tak bergerak. Kalau kena potong pun tak fikir pun kut. Orang tak waras macam Ayob tu dah tak ada perasaan.
“Buat sate pun aku tak layan la bhai. Sekurang-kurangnya kita potong habis satu badan seperti yang dia buat dekat mamat pemburu haram dalam gua tu.” Cadang Anang sambil menakil sebatang dahan pokok yang tumbang tu.
“Jack!” Panggil Haris kepada salah seorang anggota kumpulan itu. Haris menoleh memanggil si kawan tu yang tak menyahut panggilan tersebut. Anang dan Haris berpandangan. Lantas Haris dan Anang melangkah bersama mendekati Jack. Setibanya di hadapan Jack, Haris dan Anang angkat kening dan bercekak pinggang.
“What the hell bhai? Kau memalukan aku, dalam hutan sibuk study!” Marah Anang lalu merampas buku yang sedang dibaca oleh si kawan tu. Terpisat-pisat jadinya.
“Cinta Seindah Pelangi, penulis Hang Lebat!”Anang membaca pada kulit buku itu. “Hoi!!! Kau baca novel time-time macam ni? Mana ada orang lelaki gangster baca novel cintan camni bhai? Tak sangka aku kau ni karat! Shit!” Anang mencampakkan buku itu. Anang memarahi anggotanya.
“Rileks bro. Dia nak rasa kehebatan cinta. Dia tak tahu cinta tu menyakitkan.” Jawab Haris melarang Anang terus memarahi lelaki bernama Jack berkulit gelap tu. “Kau pergi sungai ambil air.” Suruh Haris lalu Jack menurut.
“Apa kita nak buat dengan bedebah tu Man?”
“Kita bunuh.” Bersahaja jawab Haris.
“Kill them?”
“Yes bro. Nak simpan buat apa. Member aku tu dah tak waras. Dia dah tak betul lagi.” Ujar Haris menguatkan nadanya.
Ayob yang mendengarnya terbuntang biji mata. Bunuh... takut jadinya. Bertambah risau dan berpeluh-peluh Ayob yang tertambat pada pokok.
“Tak syok bhai... kita biarkan dorang mati perlahan-lahan.” Kata Anang pula.
“Okey, bagi mereka makan. Lapar dah tu, air liur pun dah meleleh.” Sindir Haris lalu melangkah masuk ke dalam khemah. Anang terus mendapatkan buah mangga untuk diberi makan kepada Ayob dan Ayu.
“Makan!” Paksa Anang.
“Bangangnya kau ni. Macam mana aku nak makan kau ikat aku dekat sini.” Marah Ayob menjegilkan biji mata.
“Kalau kau nak makan, kau cubalah dengan cara apa sekalipun untuk dapatkan buah ni.” Anang letak buah mangga tu atas tunggul. Ayu pulak mengerling. Kemudian Anang biarkan mereka di situ dan mendapatkan Haris yang berada di dalam khemah.
“Man, kau nak buat apa dengan pedang tu.” Tanya Anang sebaik sahaja memerhatikan Haris sibuk menilik pedang samurai itu.
‘Zrap!’ Pedang itu terus ayunkan atas kepada Anang. Terputus rambut kerinting si Anang tu sedikit. Terbuntang mata Anang dan berderau darahnya. Rambut kerinting bak maggi.
Anang kaku setelah berhadapan dengan tindakan Haris sebentar tadi. Tergamam jadinya. Sungguh tak ada perasaan langsung si Haris ni apabila berbuat sedemikian.
“Gila ke?” Marah Anang.
“Huh! Tajam gila pedang ni. Lebih tajam dari parang kau tu Anang.” Haris senyum sumbing.
‘Bargh’ bunyi pistol dihempas atas kotak. Anang merenung tajam ke dalam mata Haris.
“Pistol lagi bagus la bhai.”
‘Bargh!’ lagi satu dihempas ke atas kotak.
“Shutgun!” Jawab Haris.
Terkejut Anang setelah melihat senjata api itu.
“Mana kau dapat tu?” Anang bertanya kehairanan walaupun dia tahu siapa yang punya.
“Pandai kau nak sorok dari aku sial! Banyak gila senjata kau simpang dekat situ.” Haris merenung tajam. Tak berkalih mata mereka berdua merenung antara satu sama lain.
‘Bargh!’ lagi dihempaskan.
“Bom tangan?!” Anang nampak bom tangan pula diletakkan oleh Haris. Nampaknya Anang terlalu banyak rahsia. Hurm... Haris berkerut dahi pula setelah Anang nampak serba salah.
“Jadi?” Haris berjongket bahu.
“Okey-okey. Aku merancang nak rompak bank.” Kata Anang mengakui tujuan.
“Jangan nak kata kau insaf, sial! Kalau macam ni sampai bila pun kita terus diburu.” Haris bingkas bangun dan berdiri bercekak pinggang seraya mendegus.
“Kita biarkan mereka mati dulu.”
“Kalau kita yang mati dulu macam mana?” Haris mahu Anang berfikir.
“Erm.”
“Okey, kita selesaikan mereka dulu.” Beritahu Haris. Sebenarnya Haris sengaja mengugut mahu membunuh Ayu dan Ayob. Semua tu demi mencungkil rahsia tetapi Ayu lebih kemas memegang rahsia sukar membongkarkannya siapa dalang di sebalik semua ni. Ayob pula hanya boneka perasaan yang menjadi hamba pada rasa truma.
Haris mahu melangkah keluar dari khemah dengan perasaan yang kurang senang. Sungguh dia tertekan memandangkan siapa dalang sebenar belum dikenal pasti. Semua ini benar-benar mengelirukannya. Haris ibarat mangsa yang berada di tengah-tengah antara puak yang bertelagah. Geng Tiger dan Geng Naga.
Saat dia keluar dari khemah itu, alangkah terkejutnya mereka. Sesuatu yang luar jangkaan telahpun berlaku, terbuntang mata Haris dan Anang. Masing-masing terkedu.
***
Bunyi air dari bilik mandi terus mencurah-curah. Shafika hanya memandang sahaja ke dalam tab mandi yang sudah penuh dengan air. Dia merenung bayang wajahnya di dalam air itu yang beralun. Dia terkurung lama di dalamnya kerana tidak tahu apa lagi yang harus dia lakukan selepas ini. Kenapa aku ada dengan dia? Siapa dia? Shafika tertanya-tanya sendiri.
“Hoi! Kau tak mandi lagi ke? Berapa kau nak duduk dalam tu?” Terkejut Shafika apabila terdengar suara Bro Kay dari luar. Lelaki tu meminta dirinya mandi. Tapi, sampai sekarang badannya belum dijentik air.
Pintu dibuka semula. Lelaki tu terpacak di hadapannya. Bro Kay... erm, Shafika terkelu seketika. Bro Kay menunggu di situ. Wajah lelaki tu sekali pandang memang bengis tetapi bila dipandang lama rupa-rupaya di sebalik kebengisan itu tersimpul berjuta kemanisan dikala lelaki itu tersenyum seketika.
“Dingin sangat ke sampai badan kau pun tak basah?” Tanya Bro Kay.
“Tak Bro Kay, air tu tak dingin.” Jawab Shafika lalu melangkah keluar dari bilik mandi tu.
“Habis kenapa kau tak mandi? Cepat mandi aku tunggu dekat luar. Kita kena pergi dari sini.” Pesan Bro Kay.
“Tapi kenapa?”
“Kan aku dah pesan semalam, jangan banyak soal.” Balas Bro Kay menahan marah. Melihat wajah Bro Kay yang dah berkerut tu Shafika jadi takut. Dia bimbang jika tangan dan kakinya diikat lagi. Kesan ikatan itu masih terasa sakit. Mana Shafika nak lari, semua pintu ada grill. Grrr...
Pagi rasa tak aman, perut pula berkeroncong. Sekitar jam lapan pagi itu Shafika diminta bersiap sementara Bro Kay terus melangkah ke luar dari bilik itu menunggu Shafika keluar.
Selama lima belas minit masa diambil Shafika setelah masuk semula ke bilik mandi itu dan dia terus membasahkan tubuhnya. Badannya kembali segar dan otaknya pula terasa lapang dengan melupakan seketika masalah yang melanda. Usai itu Shafika telah dipesan supaya menukar pakaian. Pakaian yang tak senonoh tu ditukarkan. Almari dibuka lalu dibelek-beleknya segala pakaian yang terdapat di dalamnya.
Tidak lama kemudia Shafika keluar dari bilik itu. Sekali lagi dia terkejut. Bro Kay berdiri betul-betul di hadapan pintu. Terpacak Bro Kay di situ sambil melihat dirinya yang sedia memakai pakaian yang anggun.
“Cantik.”
“Ye?” Shafika melihat baju yang dipakainya.
“Cantik jugak baju tuan rumah ni.” Kata Bro Kay sambil menghisap rokok. Pantas memuji kecantikan Shafika yang kelihatan begitu anggun.
“What?”
Bro Kay terus menarik nafas dalam-dalam kemudian dilepaskan perlahan-lahan. Wajah Shafika ditenung lama. Shafika cemas dengan pandangan sebegitu. Dada Shafika masih berdebar dengan kejadian malam tadi. Itulah persoalannya maka Shafika tidak peduli sama ada Bro Kay mahu memarahinya lagi. Dia ingin tahu.
“Malam tadi kenapa?”
“Aku yang patut tanya kau. Kenapa kau sanggup gadai nyawa kau semata-mata cari aku?” Tanya Bro Kay.
Bibir Shafika bergerak-gerak namun lidahnya pula mengeras. Langsung tiada kata-kata yang dapat diucapkan untuk menjawab pertanyaan itu. Apa yang dia fikirkan adalah sekarang ni rumah itu milik siapa dan sekarang dia berada di dalamnya.
“Kenapa kau diam? Tak reti nak jawab ke atau aku kena sekolahkan kau supaya soalan aku tadi boleh dijawab?” Bro Kay melanjutkan kata-katanya.
“Jadi ni bukan rumah Bro Kay...” Perlahan soalan Shafika lantas berpaling. Kesal dengan tindakan itu Shafika terus melangkah turun. Bro Kay menurut di belakang.
“Kau jangan cuba-cuba nak lari. Kalau kau berani jugak bermakna kau merelakan untuk mati.” Bro Kay terus menarik tangan Shafika.
“Don’t touch me!” Marah Shafika.
“Wo... wo... Kau marah bila aku sentuh kau ya. Yang kau tergedik-gedik semalam apa kes? Sekarang nak berlagak suci ke? Wei perempuan, kau dengar sini baik-baik...” Bro Kay mencerlung mata dan direnung Shafika dalam-dalam. Ketika ini mereka terhenti melangkah di anak tangga. Shafika tersentak setelah pergelangan tangannya dipegang kemas. Sakit rasanya. “Aku masih ingat lagi lima tahun lepas, kau cari Intan kan? Sekarang ni orang yang sama dah bunuh Intan tu akan bunuh kau pulak, faham?!” Jerkah Bro Kay yang langsung tidak tenang. Shafika terus terperanjat kerana Bro Kay bertukar garang.
Sedaya upaya Shafika menyentap semula tangannya tetapi tanpa disangka pegangan itu terlepas mengakibatkan dirinya mula terhuyung-hayang hampir terjatuh dari anak tangga itu. Sepantas kilat Bro Kay segera menyambut. Pandangan mereka berdua bertaut.
p/s : ....
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)