... Aku suka makan burger itu pun kalau tak ada selera nak makan nasi. Burger pada waktu malam terasa sangat lazat. Tapi aku nak cerita sikit la kan berkenaan burger ni. Apa yang korang perasan? Maksud aku bukan semua peniaga burger buat macam yang aku nak cerita ni tetapi ada segelintir peniaga burger tak basuh telur ayam. Tak cuci dulu telur tu sebelum dipecahkan ke atas kuali tu. Pada yang order burger special tu mesti ada telur. Dekat kampung aku ni letak telur tak tau la dekat kampung korang pulak macam mane. Pegang telur yang tak disucikan terlebih dahulu bermakna ia adalah najis. Seperti post aku tak lama dulu berkenaan roti canai tu pun pasal telur jugak. Yang burger ni pun berkenaan telur.
(sekadar penyeri laman)
Selepas aku tengok dia cuci telur hanya menggunakan satu bekas kecil sahaja dan air itu tak mengalir la kiranya. Dah namanya dicuci menggunakan mangkuk. Rendam dan gosok-gosok dalam tu. Berapa banyak telur dah dibasuh menggunakan air yang sama sahaja. Dan lepas tu pulak diletakkan semula ke tempat bekas telur tu. Sini panggil sarang telur (huhuhuhu) Adakah telur berkenaan suci daripada najis?
Akud ahmula rasa loya anak tekak nak makan burger yang dibuat oleh peniaga berkenaan. Aku dah nampak perkara tu berlaku depan mata jadi aku sekadar bertanya, "Bersih ke dibasuh hanya dalam mangkuk macam tu je?" Tanya aku. Aku dah nampak riak wajah dia dah berubah. Tapi aku tetap tanya lagi kerana aku nak tahu apa jawapannya. Dia tak jawab, lepas tu aku tanya lagi. "Kenapa basuh telur tu?" Wajah dia dah merah. Aku bukan nak kasi dia angin tapi aku nak dia jawab. Aku nak tahu jawapannya. Untuk apa dia basuh telur tu kalau diletakkan semula ke tempat yang sama? Dan dia tetap tak jawab. So aku tak tahu dah nak kata apa lagi selain mengatakan bahawa telur berkenaan masih lagi najis. Alahai.... aku bercakap berkenaan peniaga burger yang beragama Islam yang dibeli juga oleh pembeli yang beragama Islam. - sekadar luahan mencari yang halal dan bersih (suci)