Dari hari ke hari aku rasa dunia ni makin pelik. Iyelah dari satu kes ke satu kes berlarutan dan ia seolah-olah kembali ke masa lampau di mana orang tidak lagi suka berpakaian. Kalau berpakaian pun ia seperti 'telanjang'. hurm... aku bukan nak busy body tapi kerana kehidupan ini ada yang ber'hak' maka aku secara tak langsung terpanggil tuk tarbiah diri aku sendiri. Semua ini kerana aku juga sama seperti mereka yang tak akan terlepas dari sukaratulmaut... kalau kita tak berpesan-pesan masa sekarang takut nanti akan dibangkitkan pada hari akhirat.
Majlis hari jadi yang diadakan mewajibkan tema. Kalau tak ikut tema tak boleh hadir majis tu? Semata-mata kena ikut tema, agama dan maruah diketepikan. Alahai........ apa nak kata lagi? Bak kata Ustaz Azhar Idrus, ada kalangan artis ni terdiri daripada golongan yang jahil. Kalau dia tak jahil dia tak akan ikut sembarangan. Tapi ni apa cerita ek?
Tapi paper hari ni je baru nak kecoh pasal aktres ni. Sebelum ni pun dia ada pakai skirt pendek gak, masa hadiri AF8 dulu bersama seorang lagi artis... alahai .... (tak reti nak cakap pe)
Maafkan aku kepada peminat-peminat 'Rozita Che Wan' kerana aku bagi pendapat aku tentang artis ni. Kalau korang peminat setia dia, apa kata kita bagi saranan supaya dia jaga penampilan dia. Kalau dia tak nak ikut gak pakat berdoa supaya dia kembali ke jalan yang terang. Insya-Allah... kalau maki hamun pun tak selesai masalah jugak sebabnya jika hati dah hitam tak boleh dicat hitam lagi. Mesti dibasuh dengan 'doa' kerana hanya Allah sahaja yang boleh mengubah dan memberi hidayah padanya.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)