Sejak akhir-akhir ini fikiran aku benar-benar kusut. Kusut memikirkan hal yang perlu aku lakukan. Tanggungjawab aku dan apa yang wajib aku lakukan untuk hari-hari berikutnya. Paling tidak aku memerlukan sedikit waktu untuk tenangkan fikiran namun terasa payah dan lemah untuk aku melangkah dalam ruang yang sempit. Kekangan waktu aku untuk berlayar di lautan imgainasi terlalu singat. Apabila penat bekerja maka otak aku mula letih. Tiada idea untuk aku menyambung kisah yang terbengkalai. Bukan setakat itu sahaja, aku jadi bingung tatkala karya yang aku hasilkan kini melalui proses suntingan.
Sebenarnya aku sukar melakukannya, tetapi aku mesti lakukannya juga kerana demi sebuah pengalaman. Ya Allah, ia terlalu sulit untuk aku siapkan seperti mana alasan yang aku berikan tadi. Itulah faktor penyebab kenapa aku sering kelewatan. Banyak faktor lain menjadikan aku terus lemah. Aku tidak berpengalaman dan aku terlalu daif ilmu. Sekiranya idea yang mapan adalah miliku maka hasilnya pasti memuaskan namun ia sekadar angan-angan dan ilusi semata-mata. Tatkala harapan bersinar, tiba-tiba ada aral melintang. Maka itulah menjadikan semangat aku tiba-tiba hilang. Bahkan aku seolah-olah tidak diberikan suntikan semangat dari orang-orang tertentu. Aku sendiri kena meyakinkan diri aku walaupun tanpa sokongan. Begitu menyedihkan sekali...
"Kau harus yakin. Kau mampu lakukan. Buat yang terbaik." Aku dahagakan semua ini. Kata-kata yang kuidamkan terpacul dari bait indah insan yang bergelar sahabat, rakan, taulan tapi ia bagaikan halimunan yang tidak kelihatan sampai bila-bila. Itulah kata-kata pemangkin semangat juang, jika tiada maka hampa.
Sesudah aku sampai ke tempat kerja, perkara pertama yang aku lakukan adalah menarik nafas dalam-dalam agar aku lebih tenang, namun apabila masuk sahaja ke dunia maya, aku hilang arah atau lebih tepat lagi aku ketandusan idea. Sekiranya terdapat waktu lapang pasti aku cuba menulis. Menyambung cerita yang belum sudah. Tapi jari-jemari tetap kaku di keybord sambil anak mata tertancap pada skrin. "Apa aku nak taip ni?" Itulah kata-kataku. Selepas sebaris ayat, aku padam. Kadang-kadang tak sampai sebaris ayat sudah aku hapuskan. "Argh!" tension rasanya. Akhirnya tak menaip jadinya.
"Kau kenapa?" Norul bertanya padaku kerana dia melihat aku seperti orang yang sudah gila sahaja menggosok kelapa laju-laju.
Norul rakan sekerja aku. Dia tak tahu aku suka menaip cerita. Di Zumika Maju Enterprise kami bekerja. Kompeni kecil je. Aku dan dia je bekerja. huh! bos kadang-kadang je datang tengok keadaan. Kalau dia datang aku buatlah kerja aku semula. Yang pasti aku bukan curi tulang. Aku tak suka curi tulang tapi tulang aje yang aku selalu dapat, isi daging aku tak pernah dapat. Kalau tak ada kerja maka aku menulis. Tapi setiap kali aku nak menulis pasti ada halangan.
"Tak ada apa-apa la. Kau buat la kerja kau tu. Jangan sibuk hal aku." Balas aku yang agak bereng setelah diganggu oleh Norul.
"Masalahnya kau tu jerit-jerit. Sungguh menganggu konsentrasi aku tau tak?" Balas Norul di sebalik dinding pemisah di antara mejanya dan meja aku.
Aku terus bangun dan mendekati mejanya. Lantas aku memandang lama wajahnya itu sehingga rasa ternggelam pula riak wajah yang dipandang. Semakin lama semakin kelabu. Aku rasa macam nak pitam aje ni. Aku kelip mata dan Alhamdulillah, rasa pitam tak menyerang secara langsung tetapi secara beransur-ansur.
"Norul, kau boleh tolong aku tak?" Tanya aku padanya. Dia berkerut dahi kerana selama ni aku tak pernah meminta pertolongannya. Tak kiralah dari segi kewangan atau pun apa-apa sahaja melainkan urusan kerja di pejabat ni.
"Aih... lain aje bunyinya."
Sebenarnya aku resah. Aku takut ditertawakan kerana Norul tak pernah tahu aku suka menulis cerita dalam blog. Padahal aku selalu nampak dia buka blog aku. Apa yang dibacanya pun aku tak tahu. Aku tak tahu cerita yang mana dia follow kerana aku tak pernah beritahu dia bahawa tu adalah blog aku. Dia pun tak tahu yang blog itu aku punya malah facebook aku pun dia tak kenal. Itulah yang jadi masalah bagi aku.
Kepala aku kata jangan, hati kata kena mintak tolong juga kerana aku tak mampu lakukannya sendiri. Norul membetulkan tudung yang dipakainya. Dia bangun dan kemudian duduk semula bagi keselesaan duduknya. Aku masih berdiri. Ah! apa aku nak buat ni? Karya aku mesti dihantar jugapada hujung bulan Januari ni. Kalau aku tak dapat siapkan bagaimana? Mungkin aku tiada peluang lain lagi atau aku perlu bertenang dan cuba mencari peluang kedua? Pertanyaan itu menghentam otak aku. Terasa seperti ditusuk sembilu, aduh aduh pedihnya.
"Aku nak mintak tolong ni, boleh tak?"
"Apa dia?" soalnya dengan bulu matanya yang lentik tu terkerdip-kerdip.
"Mintak tolong baca karya aku."
"Karya?" Norul angkat kening. "Karya kau? Laptop dan aksesori komputer tu ke? Aku bukan juruteknik. Kau juruteknik dekat sini takkan tak tahu buat pulak. Aku ni mana la reti repair komputer, dah dapat jadi kerani dekat sini pun dah kira baik." Membebel Norul ni macam makcik aku aje.
Aku hanya mampu mengeluh. Dia tak faham rupanya. Iyalah, aku ni juruteknik komputer aje. Manalah boleh buat benda lain. Keluh hatiku sendiri lantas aku kembali semula ke meja aku dekat bahagian belakang tu. Aku termanggu sendiri sambil pasang lagu kuat-kuat di laptop.
"Chad!!! slow sikit!" Marah Norul maka aku cepat-cepat perlahankan dan terus aku sumbat earphone supaya aku sendiri aje yang dengar lagu Ombak Rindu versi Parodi yang best dekat youtube [KLIK SINI].
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)