Entri Terkini :

kerana rindu aku...

Dari awal pagi lagi aku termanggu. Apa yang aku fikirkankan hanya untuk esok, namun apa yang patut aku lakukan pada hari ini? Diam membisu atau berteleku di saat hiba begini? Atau mungkin juga menegadah menanti jatuhnya titisan kasih sayang dari bintang-bintang yang gugur kala waktu malam? Hurm, aku sendiri keliru. Hati ini merasakan gemuruh dan tidak tenang. Barangkali ada sifat takut yang begitu terlalu. Ia, memang kita diberikan satu sifat ini, takut... takutkan akan Allah itulah yang sewajarnya.

Syukur Alhamdulillah kerana dalam hidup ini kita seringkali diberikan peluang oleh Allah SWT untuk berubah. Sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hambaNya. Apabial rasa sedih mengundang maka kepiluan akan terasa. Pernah aku terfikir, untuk apa aku perlu melihat waktu silam sedangkan ia sudah ditinggalkan. Selagi ia dikenang selagi itu ia menyakitkan. Maka suatu malam sewaktu aku menghadirkan diri ke satu tempat majlis ilmu, aku mendengar akan setiap ucapan maka timbul rasa insaf, semoga rasa itu terus abadi dalam jiwa aku. Ia berkenaan dunia akhir zaman. Ya Allah terlalu banyak ujian hidup ini, bisik hatiku.

Melihat langit yang cerah seolah-olah bersinar harapan baru, di mana kita perlu hidup dalam ketenangan, maka di situ terdetik hati aku setelah terlihat satu buku, ia tidak terlalu tebal ia hanyalah 132m/s sahaja.

  
Inilah buku yang aku maksudkan. Setelah membaca isinya maka ia amat membuatkan aku kagum di atas penyampaian yang tertulis di dalamnya. Tips kedua yang terdapat dalam buku itu meyakinkan aku bahawa perkara yang lalu biarkan ia berlalu...


Maka kita tidak boleh lari dari kenyataan hidup. Bagi aku buku ini sangat bagus untuk dimiliki. Fahami apa yang disampaikan dan pelajari apa yang patut kita lakukan di dalam hidup ini. Maka aku juga turut sama belajar memahami apa yang sepatutunya dilakukan. Insya-Allah, segala kebaikan yang kita kongsikan ini mendapat keberkatan dari-Nya. Sesungguhnya aku tidak mahu dinobatkan sebagai orang-orang yang berputus asa.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.