Perasaan ini, entah kenapa tiba-tiba bosan. Bosan kerana tak tahu nak buat apa masa sekarang. Memang otak susah nak fikir gara-gara perut kosong. Selera makan tiba-tiba hilang. Adakah ini penyakit kemurungan? Aku kemurungan ke? Adess, siyes tak tahu.
Sebenarnya aku tumpang sedih di atas pemergian ibu sahabat aku ke sisi Ilahi. Aku baru tahu pun bila tengok status facebook dia. Aku doakan semoga hati dan perasaannya ditabahkan. Walaupun hati ini bersedih, aku tetap ingat dekat sahabat aku tu. Semoga dia tabah menghadapi liku-liku hidup ini meskipun tanpa ibu. Aku tahu betapa seksanya hidup tanpa ibu. Tanpa mendengar suara itu, tanpa lagi leterannya saat kita tak siapkan apa yang disuruh. Kita tak lagi diuruh urut betis. Tak lagi diberikan ubat dan sisipkan air ke mulut di saat dia terlantar sakit. Sebenarnya itulah detik-detik yang terbayang dan ia dirindui. Wajahnya... kesuciaannya, dan manis senyumannya menyembunyikan kepahitan. Namun, sampai waktu, dia akan pergi jua sama ada kita dahulu ataupun orang tua kita. Semua bakal menyusur.
Hidup tanpa ibu umpama kasih sayang diterbangkan angin. Hilang jiwa saat rebah ditinggalkan pergi buat selamanya sudah tiada ganti. Cahaya kasih dari ibu sentiasa bersinar. Dia tinggalkan kita didikan ilmu agama, maka kita sedekahkan bacaan Yasin padanya. Hanya doa anak-anak yang soleh dapat membahagiakan ibu di sana. Insya-Allah... semoga Allag mengampuni dosa-dosa ibu kita. Ibu... kasih sayangmu tinggi nilainya, tidak dapat dibandingkan dengan emas permata. Tinggi budi pekertimu dalam mendidik dan mengasuh kami. Semoga roh ibu dicucuri Rahmat Ilahi. Amin Ya Robba Alamin.
Salam takziah buatmu Zura.... bahagiakanlah ibumu di sana dengan doamu...
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)