Entri Terkini :

Di manakah saya, I & aku?

... Saat lidah berbicara, soal pertama sekali adakah kelembutan bahasa yang diperjuangankan? Jawapannya adalah MESTI. Bahasa jiwa bangsa. Maka kena praktis cara berbahasa. Berbahasalah dengan cara yang paling sopan. Itulah yang sering dipesan kepada aku. Bila berkata-kata dengan ganti diri pertama, 'aku' adakah ia nampak kasar? Mungkin ya tetapi dalam perbualan di antara kita dan kawan kita rasanya menggunakan 'aku' itu biasa. Tentang 'SAYA' pula ia kelihatan formal. Ia digunakan ketika berbual atau berdialog dengan orang yang lebih dewasa daripada kita dan aku menggunakan kedua-duanya mengikut situasi yang berbeza.

Bagaimana dengan 'I' ? Itu kan bahasa antarabangsa. Bercakap menggunakan perkataan tu menunjukkan ia gedik mampu berkomunikasi dengan masyarakat bukan Melayu. Wah! tapi kan ada kalanya jika ia dirojakkan memang nampak pelik gitu. Itu dari sudut pandanganku sendiri. Tapi kan, kalau aku nak tulis dialog dan nak tunjukkan sesuatu watak tu memang sikapnya menjengkelkan aku suka guna 'I' "Hey you... I tak suka tau you buat macam ni. I ni kan profesional.Lagipun I anti dengan people yang buat kerja sambil lewa, you know." Sambil tuding jari dan layang-layangkan tangan bagaikan lalang ditiup angin. (ini contoh aje)

 
Jadi, kenapa aku guna 'aku' dalam perbualan aku dekat blog ni adalah kerana aku nak ia lebih enjoy berblogging. Menyampaikan sesuatu seperti kita pernah bersama duduk semeja. Tapi aku tak tahulah siapakah kebanyakkan reader aku ni kerana aku tak dapat melihatnya dengan mata kasar ini. Mungkin ia nampak kasar kan? Selamat membaca...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.