Sekiranya ini pilihannya maka sudah terbukti cinta tidak boleh dipaksa. Jadi Chad bukannlah orang yang layak untuk setia. Chad belum cukup kuat untuk merebut cinta Ayuni Najwa. Sungguh pun dia berazam sebelum ini namun itu hanyalah sementara. Sungguh jiwanya kecut setelah rahasia itu terbongkar.
“Jadi kau yang rancang semua ni?”
“Aku cuma nak kau tahu yang aku tak suka kau kahwin dengan Amran. Itu aje.”
“Semuanya dah terlambat Chad. Kau hiduplah dalam keegoan kau tu. Aku tak sangka dengan cara begini kau khianati persahabatan kita. Baik Chad! Kau boleh pergi. Jangan cari aku lagi.” Ayu benar-benar kecewa. Lantas Chad tiada jawapan pasti maka apa yang nyata hatinya terpaksa juga beralah.
“Ayu.”
“Kalau aku terlepas dari mulut buaya sekali pun mungkin aku akan terjerat masuk ke dalam mulut naga pulak selepas ni. Doktor Azuan konon!” Dengan pantas Ayu berpaling dan meninggalkan Chad dari perkarangan hospital selepas melawat Amran.
“Ayu!”
Ayu tidak lagi mahu mendengarnya. Semuanya sudah diterangkan oleh Puan Adibah di hadapan Amran juga. Puan Adibah tidak mudah diperbodohkan.
Abey yang tercegat dirempuh oleh Ayu begitu sahaja.
“Kau pun sama je. Sanggup jadi mak turut!” Tempelak Ayu dan terus menyusun langkah dengan laju. Abey mati kata-kata. Dia tak sangka rancangan bersama Chad gagal. Sekarang bukan waktu untuk salahkan sesiapa.
Akhirnya Ayu melangkah pergi meninggalkan mereka. Chad dan Abey terpinga-pinga. Lantaran itu Chad juga mengambil keputusan untuk beredar. Susah nak pertahankan kehendak hati. Memang payah pun kerana ia tak semudah apa yang dirancang. Impian untuk meraih cinta pada saat akhir ni sukar. Ia memang menjadi masalah tambah lagi Ayu dan Amran sudah membuat persiapan untuk majlis perkahwinan nanti.
Soal Amran berada di katil hospital tidak menjadi masalah lagi pula kecederaan Amran tidaklah terlalu serius. Chad tidak dapat menafikan lagi akan hakikat rahasia Doktor Azuan yang hanya bertahan kurang seminggu sahaja. Identiti mudah dibongkar. Tak sangka pula Puan Adibah lebih cekap. Hurm… keluh Chad.
“Chad. Tunggu.” Panggil Abey.
“Sabar.” Abey tepuk bahu Chad.
Chad tunduk sahaja sambil kaki melangkah.
“Ayu tak bagi peluang.” Jawab Chad hambar.
“Cuba lagi?”
“No way.” Chad tidak mahu. Abey masih cuba kembalikan semangat Chad.
“Apa kata kali ni kau kena berani. Jangan jadi orang lain.”
“Hurm…” Jawab Chad.
Seterusnya mereka berlalu dari situ tetapi dihalang oleh Puan Adibah dengan tiba-tiba muncul di hadapan. Entah dari mana dia datang. Tadi ada di katil Amran. Barangkali turun lewat lif.
“Aqil Akasyah Bin Nazaruddin…” Tersenyum sini Puan Adibah.
“Apa lagi yang puan nak dari saya?” Chad menarik nafas kemudian menoleh ke lain arah. Abey pula naik meluat tengok muka Puan Adibah. Abey lagi tak sangka Puan Adibah ni betul-betul berniat jahat. Patutlah dari awal-awal dia jejakkan kaki di rumah tu, Puan Adibah pamer wajah tak puas hati. Tak suka Ayu berkawan dengan perempuan lasak.
“Aku nak ingatkan kau, jangan cuba-cuba gangggu anak aku lagi, faham?” Pesan Puan Adibah dengan tegas.
“Ah! Itu anak puan, pandai-pandailah puan jaga dia sendiri!” Bentak Abey dengan tiba-tiba. Dah lama sangat Abey tahan perasan tu dan sekarang dia berucap kasar.
Chad terus tarik tangan Abey supaya pergi dari situ. Chad malas nak layak lagi perempuan jahat macam Puan Adibah tu. Tak jadi mertua aku pun tak apa la, bisk hati Chad.
“Kau jaga perempuan tu. Didik dia jadi perempuan yang sempurna.” Ujar Puan Adibah sementara Chad masih melangkah. Puan Adibah berkata-kata dengan sinis sekali.
***
“Bodoh!!! Geram aku.” Chad tumbuk meja. Abey terkejut. Terangkat gelas. Chad melepaskan geram di kedai Mamak. Orang sekeliling semua pandang.
“Cool la Chad. Adoi kau ni…” Abey tenangkan Chad. Perasaan geram terbuku terhadap Puan Adibah.
Chad bangun dan duduk semula. Ada aje yang tak kena. Itu tak kena dan ini tak kena. Hidup ini begitu membosankan apabila berhadapan dengan orang yang kurang waras seperti Puan Adibah tu.
“Aku boleh cool. Tapi aku geram jugak dengan anak dia tu. Apa sal dia perangai macma tu sekarang hah?”
“Baru tau ke Chad? Aku fikir kau dah masak. Ayu dah berubah sekarang ni. Setiap apa yang di cakap banyak yang tak betul.” Laju Abey membalas ucapan Chad.
“Ayu dah cerita hal aku dekat mama dia tu. Pasti!” Chad yakin.
“Kita balik KL. Lupakan semua ni.” Abey ajak Chad balik. Abey pun dah rimas tinggal dekat JB ni.
“Lupakan? Air muka aku ni nak letak mana?”
“Jangan la cakap pasal air muka. Tak ada apa pun.” Balas Abey serius.
“Erm…” Chad mengeluh halus. “Mula-mula kau beria-ia kan? Sekarang dah jadi lain. Apa kata aku jadi jahat macam mama dia? Aku rosakkan perkahwinan dia.” Chad berniat kurang baik. Tapi apa pun tak boleh kerana Chad bukan berani pun hanya sekadar cakap kosong.
“I sedia membantu.” Tas tangan diletakkan di atas meja sambil kelibat seorang perempuan telah muncul di hadapan mereka berdua. Tercengang Chad dan begitu juga dengan Abey. Masing-masing berpandangan sesame sendiri. Siapa pula perempuan ni? Chad tertanya-tanya.
Malam yang sedia hangat bertambah hangat dengan kehadiran wanita seksi. Lesung pipit menghias wajah dan kulit putih gebu menampakkan lagi keseksian bersama rambut ikal mayang berwarna perang. Sengaja diwarnakan kut.
***
Puan Adibah baru sahaja bertemu dengan seorang doktor di sebuah klinik. Setinggi-tinggi penghargaan kerana sedia membantu. Tidak sia-sia wang lima ribu ringgit dihadiahkan buat doktor itu bagi mencungkil rahasia. Puan Adibah sanggup buat apa sahaja untuk anaknya. Tentang duit, itu tidak menjadi masalah, suaminya orang kaya. Kekayaan yang dia miliki kini adalah dari usaha yang dia lakukan bertahun-tahun dahulu.
Setelah hampir dua puluh minit memandu, kini keretanya dipandu perlahan untuk masuk ke dalam halaman rumah. Puan Adibah tiba di perkarangan rumahnya yang mewah dan besar itu. Ketika kakinya sudah melangkah ke dalam rumah, kelihatan Ayu bermuncung mulut. Ayu sedia menanti mamanya itu pulang.
Ayu bangun dan segera mendapatkan mamanya. Dia berkerut dahi.
“Sekarang baru saya tahu siapa mama sebenarnya.”
“What?”
“Jangan buat tak tahu mama. Mama rasuah orang untuk cungkil rahasia orang lain.”
Puan Adibah angkat kening. Nampaknya Ayu sudah tahu. Dari mana Ayu dapat tahu itu tidak penting kerana Ayu juga seperti mamanya. Jika terdapat sesuatu yang mencurigakan pasti akan disiasat.
“Mereka terlalu murah Ayu. Mama tak nak anak mama diperbodohkan. Itu saja.” Balas Puan Adibah yang belum sempat duduk di sofa.
“Kenapa mama sanggup perjudikan masa depan Ayu? Why mama?” Ayu menahan sebak.
“Apa yang Ayu patut fikirkan adalah masa hadapan Ayu bersama Amran. Cukup Ayu, mama tak nak dengar apa-apa lagi. Mama dah penat nak masuk tidur.”
Ayu ditinggalkan terkulat-kulat sendiri. Puan Adibah melangkah naik ke atas. Ayu menghempaskan punggung di sofa memandang kosong pada kaca televisyen yang tidak terpasang itu.
Telefon Ayu berbunyi. Malas nak jawab tapi serba salah kalau tidak dijawab. Ayu terpaksa jawab kerana demi menjaga hati.
“Am, saya mengantuk ni.”
“Esok datang melawat saya tak?”
Ayu serba salah.
“Esok saya datang lagi.” Balas Ayu.
Nafasnya ditarik dalam-dalam kemudian dilepaskan perlahan-lahan. Mendengar suara Amran yang agak kurang sihat itu membuatkan Ayu rasa kasihan namun dengan nama itu juga membuatkan Ayu teringatkan akan perempuan yang sedang hamilkan anak Amran itu. Kekasih? Hurm… Ayu faham Amran lelaki yang sukar dipercayai. Sanggup tidur dengan perempuan lain dan membiarkan perempuan itu mengandungkan anak haram! Bengang Ayu mendengarnya.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)