Entri Terkini :

Tiada sesiapa yang mengerti

Aku, Chad nak beritahu sesuatu berkenaan tolenransi. Sikap toleransi kita dikalangan orang Islam. Cuba bayangkan kalau orang dalam negara kita yang tercinta ni hilang sikap toleransi tu. Korang tau tak makna tolenransi tu apa? Toleransi tu bermakna sikap saling menghormati dan saling berkerjasama di antara kelompok-kelompak masyarakat majmuk di negara kita ni. Itu dari sudut yang menyeluruh untuk kesemua bangsa. Bagaimana pula dengan sikap kita terhadap bangsa kita sendiri? Tapi kita fikirkan dulu akan sikap kita terhadap bangsa yang lain :

"Manyak bagus Ali, kamu sudah sihat ma... apa kata wa melanja lu minum."
"Baik betul kau ni Wong. Ada apa-apa ke?"
"Toleransi ma..."

***

"Kau apa khabar Sundran? Macam mana bisnes. Ada baik ka?"
"Tarak berapa bagus la Ali, semua pelanggan saya sudah lari dekat sana kedai."
"Iya ka? Sedap sangat ke roti dekat warung sana tu? Mesti pakai bomoh tu." 
Erkkk!!!
***

Metaliti atau sikap kita orang Melayu, suka beranggapan negatif. Ali patut cakap "Kita cuba sesuatu yang baru." Lagi senang. Kaji dan selidik dulu apa yang tak kena dengan roti tu ke, kari tu ke atau layanan dekat kedai Sundran tu bermasalah.

***

"Kau nak mana tu Man yang sepet?"
"Aku nak makan nasi lemak di warung Makcik Maimum. Kau nak ikut ke Ali?"
"Kau jangan pergilah di warung dia tu. Dia tak mesra pun." Jawab Ali yang tidak sukakan Makcik Maimum.

***

Ini lagi satu sikap yang langsung tak boleh diikut. Suka buruk-burukkan orang lain. Mungkin Makcik Maimum hanya kurang suka pada cara Ali maka sikap itu terzahir atau pun semua itu hanya perasaan Ali sahaja. Maka secara tidak langsung Ali telah menyebarkan fitnah kepada orang lain. Makcik Maimum pememang anugerah mesra alam kut.

***

"Dekat surau ada gotong royong. Jom la ikut Ali." Pakcik Hassan iaitu pakcik saudara Ali mengajak Ali untuk bersama-sama ke surau bagi menjalankan aktiviti gotong royong.
"Pakcik kan orang tua jadi pakcik aje yang pergi buat. Kumpul pahala banyak-banyak. Saya sibuk sekarang." Ali sedang sibuk bogelkan kambing biri-birinya.
Huh!


(No Komen)

***


Jadi di kalangan kita ni selalu sangat fikir perkara yang negatif terhadap orang lain. Dan tak pandai nak hormat orang lain. Ish ish ish...Jadi di sini juga aku nak beritahu 'Tolenransi' masih lemah di antara kita. Sebab tu kita selalu berpecah belah dan saling menyalahkan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, amalkan cara hidup yang sihat. Peace~~~

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.