Entri Terkini :

Dungun : Ombak Rindu

Kini ia semakin menakutkan... ombak besar seperti ini semakin lama semakin mengganas. Ia tidak mampu disekat buat masa ini kerana benteng sudah mula rapuh. Kekuatan benteng pada sebelum ini pun sudah diragui kerana ia menanunjukkan tanda-tanda akan musnah. Apa yang pasti sang ombak tidak akan berputus asa berusaha menghancurkan benteng itu dengan Izin Allah.



Di sini diharapkan kesedaran dan keinsafan akan timbul di dalam diri setiap umat Islam yang menyaksikan sendiri bagaimana keadaan lantunan ombak itu yang begitu tinggi. Sebelum ini di Dungun tidak pernah berlaku seperti ini. Maka banyak pengajaran dan iktibar dapat diambil.

Paras air laut yang mula pasang dan bersama angin malam yang mula berlagu rancak maka menyumbang kepada kekuatan ombak deras mengalir sehingga melintasi jalan dan masuk ke kawasan lain. Dungun oh Dungun.... benteng oh benteng....

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.