Entri Terkini :

Kebebasan Senyuman

Kemanisan hidup ini dapat dirasakan dengan kehadiran erti kebahagiaan. Tanpa kebahagiaan maka penderitaan akan mengusai hati. Sekiranya hati tidak tenang, hati bergelora dengan tuntutan nafsu kealpaan maka nilai hidup ini seolah-olah berada ditahap menima. Terlalu tipis untuk merasai sekelumit bahagia.

Hanya Allah SWT yang berkuasa memberi dan menarik segalanya. Ada sesetengah orang menghadapi rintangan bermula dengan senyuman. Manisnya senyuman itu bergantung pada keikhlasannya. Jika senyum yang terhasil itu dari realiti sikapnya yang peramah maka terpamer kebahagiaan meskipun derita bersarang. Dalam masa yang sama seseorang yang menghadapi masalah dengan tenang akan berkata "Aku akan menyelesaikannya dengan bijak." Maka di sini kebijaksanaan diperlukan. 

Kebijaksanaan memerlukan ilmu. Tanpa ilmu atau pengetahuan atau juga pengalaman tidak mudah melahirkan tahap bijak. Bijak bermaksud pintar dan pandai menyelesaikan sesuatu. Kebijaksanaan juga mesti berteraskan nilai-nilai murni dan berlandaskan hukum hakam. Mesti dirujuk padanya agar apa yang kita lakukan tidak bertentangan dengan akidah kita sebagai Umat Islam.

Seterusnya, kelebihan untuk senyuman, yang paling ketara sekali adalah menunjukkan seseorang itu mesra dengan keadaan. Yakni mampu berinteraksi dengan baik setelah disapa kerana dirinya bersedia untuk berhadapan dengan situasi yang sukar dijangkakan. Misalnya berkenaan mood atau perasaan induvidu lain terhadapnya. Dengan senyuman dapat merapatkan nilai kesefahaman meskipun ia tidak memerlukan perkataan. Senyum sahaja dan ia adalah satu amalan yang baik iaitu bersedekah. Mengembirakan hati orang lain dengan senyuman adalah satu keindahan. 

Pada hening pagi begini, alangkah bahagia jika semua orang mampu senyum. Satu momentum yang cukup kuat bagi menyampaikan sesuatu erti. Andai kata kita mencebik maka akan melahirkan perasaan yang lain pada orang lain. Katakan juga seadainya kita menjuih bibir atau bermasam muka, ia juga turut mengundang reaksi yang berbeza. Kalau kita senyum? Orang takkan percaya kita bermasalah.

Masalah kita bukan untuk diumumkan kepada semua tetapi masalah kita hendaklah diselesaikan dengan cara yang berhemah. Orang lain tidak mampu mengubah masalah kita kepada kebahagiaan tetapi orang lain mampu memberikan kebahagiaan dengan senyuman. Maka bebaskan diri dari dibelenggu masalah dengan senyuman dan fikirkan cara yang terbaik bagi menyelsaikannya. Selamat pagi, senyum selalu.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.