Udara segar dihirup. Nyamananya hirupan itu begitu membuatkan hati yang resah menjadi tenang seketika. Keindahan ciptaan Tuhan patut disyukuri kerana nikmat dari-Nya tidak terhingga dan tidak dapat dibandingkan dengan apa-apa pun. Sebagai manusia biasa Ayu sedar akan tanggungjawab yang dipikulnya kini. Menjadi tunang orang yang dibencinya itu tidak terlalu mudah. Ketenangan yang diraih seketika tadi pada waktu pagi begini seolah-olah diragut dengan kemunculan Amran. Pertemuan ini sengaja diatur oleh Amran. Ayu tidak tahu apa motif atau tujuan Amran bersungguh-sungguh mahu bertemu dengannya di sini.
Ayu bangun dari duduknya dan mula mengatur langkah sedikit ke hadapan. Senyuman Ayu sebelum kemunculan Amran terus mati. Amran pula turut menuruti langkah Ayu dengan perlahan-lahan. Setelah langkah merek berhenti, Amran sekarang betul-betul berdiri bersebelahan dengan Ayu. Sungguh rasa tidak senang. Kalau boleh biarlah Amran berdiri jauh sedikit, ini tidak. Amran berdiri terlalu dekat. Keadaan itu membuatkan Ayu sedikit berganjak.
“Macam tak suka je.”
“Tau tak apa.” Balas Ayu pantas.
Amran terus menanggalkan kaca mata hitam yang dipakainya itu. Mereka berada di bawah pohon yang rendang maka cahaya matahari tidak terus terpacar membakar kulit. Amran yang tadinya rasa lain macam nasuh lagi cuba mendekatkan dirinya pada Ayu.
“Jauh sikit.” Ayu memberikan amaran dengan dahi yang berkerut.
“Okey.”Akur Amran sepatah lalu berundur dan melabuhkan punggung di bangku. Duduk sambil mengeluh Amran di situ manakala anak matanya masih menatap sesusuk tubuh yang berbaju kurung bertudung biru air laut sedang memerhatikan laut membiru dan ombaknya tidak mengganas.
“Kenapa awak nak jumpa saya dekat sini?” Ayu ingin tahu dan kedua belah tangannya memeluk dada. Langsung Ayu tidak memandang wajah Amran.
Amran bangun dari tempat duduknya semula dan kini berdiri di sebelah Ayu tanpa segan silu. Sejurus kemudian Ayu menoleh dan membulatkan biji matanya dengan perasaan yang tidak berpuas hati. Giliran Ayu pula kembali duduk di bangku tadi dan menoleh ke tempat lain. Amran tidak berputus asa dan duduk lagi di sebelah Ayu.
“Apa awak ni?” Ayu tak senang hati.
“Saya nak selalu dekat dengan awak.” Balas Amran selamba.
“Kalau ya pun janganlah terlalu dekat.”
“Tak boleh ke? Saya bukannya nak pegang awak pun.” Ujar Amran.
“Saya tak suka.” Ayu menyatakan kebenaran. Barangkali kebiadaban Amran sebelum ini membuatkan dirinya lebih berhati-hati dan dia tidak mahu menampakkan kelemahan. Biarlah egonya itu mempertahankan dirinya.
“Oh, tak suka dekat dengan lelaki ya? Kalau dengan Doktor Azuan tak apa pula kan?”
Laju Ayu menoleh ke arah Amran. Wajah Ayu berkerut dan dia menunjukkan tanda-tanda menyampah. Ni mesti mama aku buka cerita, Ayu mengomel dalam hati.
“Apa ni? Saya tak kenal pun siapa Doktor Azuan tu.” Ayu memberikan alasan yang langsung tidak munasabah.
“Saya tak kisah walau apa pun penyakit awak. Saya setia untuk awak.” Tutur Amran yang tidak ambil peduli dengan apa pun hakikatnya.
Kata-kata Amran itu membuatkan Ayu terkedu. Soal penyakit? Dia baru sahaja berjumpa dengan Doktor Azuan sebelum ke sini tadi. Katanya tak ada apa-apa pun. Ayu juga hairan kenapa dia diketemukan dengan Doktor Azuan itu. Sebagai alasannya dia terpaksa menceritakan hal sebenar.
“Saya tak sakit.” Beritahu Ayu.
“Habis tu?”
“Saya tak kenal siapa Doktor Azuan tu.” Ujar Ayu lagi.
Amran angkat kening setekah mendengar pengakuan Ayu berkenaan seorang doktor yang muncul dalam hidup mereka secara tiba-tiba itu.
Kenapa kau cakap macam ni ayu? Kata-kata dalam kepala menghalang Ayu dari terus bercerita berkenaan perihal Doktor Azuan.
“Macam mana dia boleh dedahkan yang awak ada penyakit tekanan perasaan? Konspirasi apa ni?” Amran menduga sesuatu.
“Memang saya tertekan. Saya tertekan dengan awak. Dan buat masa ni doktor tu membantu saya.” Ayu bangun tapi dengan pantas tangannya disentap membuatkan dirinya terduduk semula. Amran senyum meleret.
“Kenapa senyum?” Ayu ingin tahu kerana riak wajah Amran bgitu sinis.
“Saya rasa awak sengaja nak buat cinta dan sayang saya pada awak menjadi pudar kan? Saya rasa awak dah silap. Apabila saya tahu apa penyakit awak tu, saya bertambah sayang dekat awak. Saya nak jaga awak dan saya mahu lindungi awak. Saya langsung tak terfikir untuk tinggalkan awak dalam keadaan macam ni. Tak lama lagi kita nak kahwin. Saya tak nak perkahwinan ni rosak semata-mata penyakit awak tu.” Lincah ungkapan Amran tuturkan untuk Ayu.
Perkara ni tak mungkin terjadi dan itulah keyakinan yang cuba Amran berikan. Harapan demi harapan dihamparkan supaya permaidani cinta di antara dirinya dan Ayu tidak akan musnah. Biar dikoyakkan dan sudah pasti Amran akan menjahitnya semula dengan sulaman kasih dan sayang di atas jadi sebuah perubahan.
“Saya tak sakit. Saya dalam proses rawatan. Tolong jangan buat saya ni macam boneka awak. Saya bersetuju kahwin dengan awak pun kerana janji yang telah dibuat oleh keluarga saya terhadapat keluarga awak. Awak boleh memiliki tubuh saya tetapi tidak hati saya. Faham?” Ayu tetap berkeras hati.
“Suatu hari nanti hati awak akan jadi milik saya jugak Ayu.”
“Takkan!” Bentak Ayu.
Realitinya Ayu langsung tidak faham apa sebenarnya yang berlaku. Dirinya dimaklumkan oleh mamanya berkenaan penyakit itu. Memang dari awal dia menduga ada yang tidak kena dan yang pastinya dia sendiri tidak mengenali Doktor Azuan pada sebelumnya. Dia menurut sahaja aliran kebetulan itu. Mungkin ini boleh dijadikan sebab untuk dia menghindari perkahwinan di antara dirinya dan Amran.
Kehadiran seorang doktor yang tidak bertauliah itu telah memungkinkan sesuatu yang bakal memboloskan Ayu daripada terikat dengan Amran. Fikir Ayu, bagaimana pula untuk dia menerajui agenda ini sedangkan dia sendiri tidak memahami motif Doktor Azuan itu.
Dalam akalnya lagi, dia mahu mendapatkan jawapan Doktor Azuan sendiri. Mungkin sebelah petang nanti dia mahu mengatur pertemuan dengan si doktor itu. Tentang Amran, dia sendiri akan uruskan memandangkan Amran seringkali mempamerkan sikap cemburu buta. Ayu rimas terhadap situasi sebegitu sehingga memaksa dirinya untuk belayar jauh mencari jawapan.
***
Doktor Rasyid meneliti dokumen pesakit di atas mejanya sambil diperhatikan oleh Chad. Beberapa kali Doktor itu menggeleng kerana otakknya langsung tidak terarah kepada dokumen yang dilihat itu tetapi sebaliknya memikirkan kehendak Chad.
“Please Ras, kau aje yang boleh tolong aku sekarang ni.” Pujuk Chad.
“Tapi Aqil, permintaan kau melanggar etika kedoktoran aku. Kau tak fikir apa yang aku tanggung nanti kalau rahsia ni bocor. Kau jangan pentingkan diri sendiri.”
Sebagai seorang doktor, segala kerja dan urusan ini perlu dijaga dengan baik. Chad tidak harus menolak ke tepi akan tanggungjawab Doktor Rasyid. Sekiranya tindakan ini menjadi perhatian pihak lain, secara tidak langsung Doktor Rasyid telah mempertaruhkan nilai integritinya. Ia juga melanggar protokol kerja seorang doktor.
Mereka kawan lama. Kawan dari kecil dan dibesarkan di kampung yang sama. Perkara yang lebih dekat lagi mereka adalah sebaya. Rakan satu sekolah rendah dan menengah. Cuma berpisah untuk seketika kerana minat dan cita-cita mereka berbeza. Walaupun jarang berjumpa tapi mereka seringkali berhubung melalui telefon. Kini Doktor Rasyid pula merasa pelik kerana kehadiran Chad kali ini memerlukan bantuannya.
Oleh kerana Chad seorang yang tak pernah lupa kawan dan selalu membantu maka sikap begitu amat disenangi oleh Doktor Rasyid. Jadi untuk bersikap jual mahal agak terlalu payah. Walau bagaimanapun Doktor Rasyid masih perlu menimbang sama ada ya ataupun tidak.
“Kau kawan baik aku. Takkan pinjam pejabat dan klinik kau ni pun kau nak berkira dengan aku. Untuk tempoh tertentu sahaja. Kita buat perjanjian. Kalau aku gagal, aku akan ikut apa sahaja yang kau suruh. Aku sanggup jadi orang gaji kau. Aku sanggup basuh kereta kau. Aku juga sanggup jadi pekebun di halaman rumah kau.” Chad merayu-rayu.
Doktor Rasyid yang berkaca mata besar itu tergelak. Ucapan Chad tadi sangat menggelikan hati namun soal etika kerja memang tak boleh dibuat main. Chad sebenarnya tiada pilihan kerana dia yang merancnag semua ni maka dia yang harus selesaikan. Sebagai akibat rancangannya itu, dia kini susah sendiri. Chad begitu mengharapan bantuan Doktor Rasyid.
Doktor itu menanggalkan kaca matanya dan meletakkannya di atas meja. Dia meraup wajahnya dan setelah itu dia melihat semula ke dalam mata Chad. Kasihan tetap wujud di hati tetapi rasa itu sekadar sebuah rasa kasihan sahaja dan Doktor Rasyid tidak mahu mengambil risiko.
“Baiklah, tapi dengan satu syarat.” Tutur Doktor Rasyid. Chad kembali bersemangat dan kini dirasakan permintaanya bakal ditunaikan.
“Apa dia?”
“Kau kena jadi orang gaji aku dan lakukan segala janji-janji kau tu sebelum kegagalan berlaku.” Doktor Rasyid terus tersengih.
“What?” Terkejut Chad. Tadi dia mengacah sahaja tetapi ternyata Doktor Rasyid bersetuju pulak. Bagimana untuk dia jadi orang gaji pulak ni? Nanti tugasannya siapa nak uruskan. Berkerut rapat dahi Chad lalu mengerling tajam ke dalam mata lelaki itu.
“Cool. Just rileks. Actually aku tahu kau takkan berhenti meminta bantuan aku selepas membuat laporan palsu kau tu kan? Aku dah agak dah yang kau ni selalu melebih Chad. Aku selalu kalah dengan kau. Tapi kali ni aku kena berhat-hati.”
“Apa ni Ras? Aku fikir kau nak tolong aku tapi banyak bunyi pulak.” Chad memuncungkan mulut setelah kecewa dengan jawapan Doktor Rasyid itu. Tawa Doktor Rasyid pecah tapi Chad pula tak sedap hati.
“Aku setuju tolong kau.” Beritahu Doktor Rasyid dan kata-kata itu membuatkan bibir Chad melebar senyum. Chad menarik nafas lega kerana sahabatnya masih sudi membantu. “Bila kau dengan dia jadi kahwin jangan lupa jemput aku,” seloroh Doktor Rasyid mengubah situasi.
“Ke situ pulak.”
“Habis tu kalau kau dah buat kerja gila ni apa lagi yang kau harapkan dari perempuan tu kan? Of course cinta.” Duga Doktor Rasyid lalu bangun dari kerusinya dan mendekati Chad. Chad tersengih pula. “Kalau kau mengaku, lagi senang aku nak tolong kau. Tak apa, kawan punya pasal aku sudi tolong kau tanpa mengenakan bayaran.” Ujar Doktor Rasyid sambil menepuk perlahan bahu Chad.
Terasa hidup semula. Chad memandang wajah Rasyid dengan penuh rasa bertuah kerana lelaki yang berstatus doktor dan masih bujang itu akhirnya bersetuju menghulurkan bantuan setelah Chad seolah-olah sudah berputus asa. Tapi aku tetap yakin dia akan tolong aku jugak, hati Chad berkata-kata.
“Itu kau jangan ambil port. Jom pergi minum.” Pelawa Chad berdalih.
Doktor Rasyid melebar senyum sambil tangan setia berada di dalam poket seluar. Chad bangun dari kerusi dan terus menepuk perlahan baru Doktor Rasyid pula. Chad membalas senyum dan hatinya berkata, aku harap semua ini berjaya. Chad tidak mahu kegagalan menimpa.
“Erm,” Doktor Rasyid menilik jam di tangan. Mungkin belum tiba waktu rehat agaknya untuk dia menerima pelawaan Chad untuk minum pada pagi ini. Dia sudah bersarapan awal pagi tadi dan tekaknya belum lagi kehausan.
“Apa fikir lagi ni. Tak sempat? Banyak kerja?” Soal Chad.
“Okey, sekejap aje.”
Chad senyum dan Doktor Rasyid tidak mahu menghampakan Chad biarpun kerja masih lagi berlambak. Rehatkan minda untuk seketika keluar minum bersama Chad.
“Hello,” Chad terima panggilan telefon. Doktor Rasyid memerhatikan sahaja wajah Chad.
“Puan Adibah nak jumpa aku wei, apa aku nak buat ni?” Kedengaran suara Abey panik. Chad terus berkerut dahi. Apa hal pulak dia nak jumpa dengan Abey? Dia dah dapat hidu rancangan aku ke? Hati Chad bersuara bimbang.
“Siapa call?” Tanya Doktor Rasyid setelah panggilan itu ditamatkan.
Chad merenung tajam ke dalam mata Doktor Rasyid sehingga membuatkan si doktor itu memandang pelik sambil mengangkat bahu.
“Why?”
“Habislah aku kali ni.” Tutur Chad kemudian tunduk.
“Apa yang habis?” Tanya Doktor Rasyid lagi.
“Kau kena tolong aku.”
“Ya la, aku nak tolonglah ni. Kalau kau tak terangkan sepenuhnya macam mana aku nak tahu?” Doktor Rasyid berkerut dahi manakala Chad sudah gelisah. Wajah itu jelas kelihatan sehinggakan ketenangan seakan-akan hilang.
“Mari kita pergi minum. Aku akan terangkan semuanya.” Chad mula menyusun langkah begitu juga dengan Doktor Rasyid yang sempat menggeleng perlahan.
Mereka berdua beredar untuk ke restoran. Di situ nanti Chad ingin menceritakan kenyataan sebenar. Sungguhpun begitu, ia mungkin terlalu pahit untuk seorang lelaki menghadapi hakikat yang membebankan ini. Demi menurutkan kemahuan hati, Chad berubah mengikut musim.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)