Entri Terkini :

Aku pun reti senyum

Sedang aku berkerja, datang anak buah aku berusia lima belas tahun yang mengambil keputusan PMR pada hari ini. Datang muka monyok, aku dah fikir lain dah.... tapi tiba-tiba anak buah aku yang lelaki ni senyum melebar pulak... aku berkerut dahi sebab aku pulak yg macam x konfident.

"Kau dapat berapa E.J?" Aku tanya dia dan dia dalam masa yang sama duduk.

"5A." Katanya. Aku pun terkejut. Sebab masa percubaan dulu tak ada A langsung. Datang dari mana A tu semua? Mulut aku pun berkata, Semua tu rezeki Allah SWT dan dengan berkat usahanya belajar. Dengan izin-Nya akhirnya E.J dapat apa yang dia tak sangka biarpun 8A bukan dalam tangan.

Perjalanan ini masih jauh dan dia perlu belajar lagi. Aku juga berpesan pada diri aku sendiri bahawa ilmu yang ada dekat atas dunia ni terlalu sedikit berbanding kuasa ALLAH yang Maha Kaya jadi kita perlu merebutnya agar kita tidak ketinggalan. Allah akan mempermudahkan jalan hamba-hamba yang selalu ingat pada-Nya.

Aku bertuah kerana ada anak buah yang rajin belajar. Aku juga berharap dia tidak leka dengan ilmu yang dia dalami biarpun aku tahu apa yang sebenarnya dia alami tetapi itu tidak mematahkan semangatnya. Semoga E.J terus berjaya di masa akan datang. Jom pakcik belanja makan!!! ha ha ha ha

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.