Setelah seminggu cuti akhirnya aku kembali bekerja. Tapi yang tak seronoknya adalah dengan menggunakan pengangkutan awam. Cerita pasal bas ekspres. Sungguh menyakitkan hati tapi kena sabar aje la kan. Waktu pada tiket tertera pada jam 11.00 malam dari Sungai Petani nak balik ke Dungun. Bas datang pukul 12.15 tengah malam. Aduhai, bukan main lewat tu dah lah lewat, yang jaga kaunter pula boleh bersikap kurang ajar setiap kali pelanggan / penumpang bertanyakan tentang bas berkenaan kenapa ia belum tiba lagi. Bila dah sampai pulak macam-macam alasan diberikan, air cond rosak la, itu la ini lah. Ada jugak pembeli tiket yang lain bising dan marah-marah kerana tiada langsung keperihatinan dorang dalam memberikan khidmat yang bermutu.
Syarikat bas yang aku maksudkan adalah Shamisa Holiday. Aku tak tau la kompeni lain pun sama jugak ke atau pun tidak. Memang terasa haprak yang ampun. Bukan nak mengutuk atau mengata, aku bayar jugak harga tiket bas yang mahal tu demi keselesaan dan kepuasan. Seat 30 sahaja yang tertera di tiket tapi bas yang datang 40 seat. Boleh bayangkan betapa sempitnya keadaan dalam tu. Dah la lambat kekwat pulak tu. Lepas daripada tu boleh pulak main tukar-tukar bas apabila tiba dekat Gerik!!! sangat haru jadinya naik bas yang semakin lama semakin tak selesa. Aku fikir dah habis setakat tu, bila tiba lagi di Kuala Terengganu, para penumpang yang hendak ke Dungun kena ganti bas lain lagi, dalam bas tu pulak ya ampun bertambah tak selesa aku. Aku tak tahulah bagaimana keadaan penumpang lain pulak. Berbau dan sungguh tak memuaskan.
"Telefonlah dekat driver tu dah ada dekat mana?" tanya salah seorang penumpang lain kepada penjaga kaunter yang jual tiket. Aku lak duk tepi kaunter buat muka selamba sambil pasang telinga sedangkan aku duk tahan nak buang air kecil. Saja nak tumpukan apa yang berlaku.
"Nombor telefon driver tak ada." balas perempuan tu. Eh? pelik betul, macam mana nombor telefon driver pun tak disimpan? Ini memusykilkan aku. Abang yang bertanya tu apa lagi, marah sakan. Aku pulak konon nak jadi hero suruh dia bersabar tapi sekali dengan aku pun kena marah, padan muka aku. Ha Ha Ha!
Aku betul-betul tak faham apasal kompeni bas ni macam ni? Adakah ini memang sengaja diaturkan oleh pemandu itu sendiri? tapi apa motif sebenar buat macam tu? Aku kasihan dekat seorang makcik ni pulak, dia tertinggal barang dekat dalam bas lain semasa pertukaran bas berlangsung. Memang tak patut la buat macam ni, bangunkan orang tengah tidur dn beritahu kena tukar bas, orang yang duk mamai tu tak tahu apa ada yang terlupa barang. Teruk betul aku rasakan akan perkara ini.
Aku fikir menggunakan pengangkutan dan kemudahan awam ni bertambah mudah tapi makin rumit. Sakit hati ni tau dak... sedangkan aku dengar kerajaan nak beri peruntukan 400j pada syarikat pengangkutan, betul ke? Aku hanya terlihat tajuk akhbar aje masa tiba dekat stesen bas Dungun tadi, aku tak beli la news paper tu sebab very tired la... ngantuk gila ni... tapi oleh kerana aku berkerja maka aku teruskan kerja aku walaupun sampai lewat dari waktu yang dijangkakan.
(CONTOH : kalau camni rupa agak2 ada yang sanggup naik tak dengan harga tiket yang melambung tinggi?)
Bila orang naikkan harga tiket dia pun nak naik jugak tapi mutu dan servis outtttttt ,,,mana boleh camni bang, kasihankanlah kami sebagai pengguna janganlah pentingkan diri sendiri dan tak tahu hormat orang lain. Macam ni ke budaya kita mengajar kita cara berbahasa? aku harap ada pihak yang boleh dan arif memberikan penjelasan ini. Aku perlukan jawapan.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)