Entri Terkini :

Setia Untuknya - 14

 
Tiada apa lagi yang ingin disuarakan setelah kenyataan yang pahit terpaksa ditelan. Sinar mentari itu suram cahayanya. Malam yang tiba pula berkabus tebal maka penglihatan juga terbatas. Penglihatan hati yang mahukan ia jelas namun terpadam setelah hadirnya sepupu sendiri bakal menjadi suaminya kelak.
Ayu berteleku di bilik. Jiwanya bergelora menanti saat untuk dibawa keluar dari rumah ini. Sebentar lagi Amran akan datang menjemput untuk makan malam. Puan Adibah pula suka sangat apabila Amran mula memainkan peranan penting dalam hidup Ayu. Si ibu langsung tak ambil penduli mengenai perasaan Ayu ketika ini.
Pintu diketuk dan Puan Adibah pun masuk sambil menguntumkan senyuman buat Ayu. Perlahan-lahan Puan Adibah melabuhkan punggung di birai katil Ayu. Bahu Ayu digosok perlahan.
“Kenapa tak siap lagi ni?”
Ayu terus menoleh ke arah wajah ibunya. Mata Ayu kelihatan layu. Wajah kepenatan setelah seharian bekerja memerah otak. Malam ini dia fikir untuk berehat sahaja tetapi Amran memaksa pula untuk keluar bersama.
“Ayu tak sihat ma.”
“Jangan nak bagi alasan.” Balas Puan Adibah. Sebab tu Ayu tak nak bagi apa-apa alasan lagi kalau diberi pun itulah jawapan mamanya. Memang mamanya tak pernah ambil kisah langsung. Ayu dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Kali ini Ayu mesti mengalah. Kekalahan selamanya.
Ayu tunduk menahan sebak di atas sikap mamanya. Si gadis ini benar-benar mengharapkan keajaiban namun entah bila akan hadir sebuah erti yang mampu mengubah hidupnya. Ia masih dinanti.
“Mama turun dulu. Ayu bersiaplah nanti Am datang jemput. Jangan buat dia tertunggu-tunggu.” Ucap Puan Adibah.
“Kelmarin pun dia buat kita tertunggu-tunggu jugak ma. Dia tak datang pun masa pemilihan gaun pengantin. Lelaki yang tak tepati masa macam dia tu mama nak jadikan menantu ke? Kenapa tak ada pilihan lain lagi ma?” Sedaya upaya Ayu mahu mengubah tanggapan ibunya itu terhadap Amran. Cakaplah apa sahaja dan apa yang pasti Puan Adibah tidak akan menukar keputusan. Puan Adibah tidak akan mengubah fikiran.
“Mama turun dulu. Cepat bersiap.” Puan Adibah buat tak tahu akan soalan itui malah terus bangun dan menghadap wajah Ayu. Dagu Ayu dipegang perlahan. “Anak gadis mama make up cantik-cantik okey.” Pesan Puan Adibah lalu menguis perlahan dagu itu. Usai itu Puan Adibah meninggalkan Ayu sendirian di dalam bilik.
Di sebelah Ayu terdapat bantal lantas bantal itu dicapainya dan terus dibaling ke dinding. Tunjuk perasaan la itu. Ayu tertekan. Dia tak nak keluar. Biar dia berkurung sahaja di dalam bilik. Keluar makan dengan Amran umpama keluar dengan buaya. Buaya yang pandai berkata-kata manis mulut lidah berbisa.

***

Terbuka luas mulut Abey apabila wajah Chad berubah serius. Abey seolah-olah tidak percaya akan apa yang Chad ingin lakukan. Dalam hati Abey merasakan bahawasanya Chad dah hilang akal namun kewarasan itu masih berada pada tahap yang masih terkawal selagi mana ia belum berlaku.
Lengan baju Abey ditarik oleh Chad. Abey turut tergopoh-gapah dalam keterpaksaan itu. Pintu sebelah tempat duduk pemandu ditarik dan Abey disuruh masuk ke dalam kereta. Sebaik sahaja kaki Abey menjejak ke lantai kereta maka pintu pun ditutup. Chad melangkah laju dan meluru ke tempat duduk pemandu.
Suasana pada waktu malam ini agak lengang memandangkan hari sudah larut. Meskipun begitu, kota ini belum mampu untuk sunyi sepenuhkan kerana manusia masih wujud. Perkarangan rumah Abey ditinggalkan setelah Chad mula memandu.
“Chad! Boleh tak kau pandu perlahan?” Abey dah cemas tatkala Chad sudah terburu-buru.
“Diam boleh tak. Kalau kau bising-bising nanti hilang kosentrasi aku.” Balas Chad dengan nada agak keras.
“Lebih baik kau cakap dekat aku, apa yang buat kau jadi macam ni dengan tiba-tiba aje?” Abey beria-ia nak tahu setelah terpaksa mengikut Chad ke maha mahunya.
“Nanti kau akan tahu.”
“Aku nak tahu sekarang. Please! Kalau tak, lebih baik kau turunkan aku semula.”
“Aku akan turunkan kau di dalam hutan kalau itu yang kau nak.” Chad memuncungkan mulut manakala Abey terdiam. Chad ni agak ganjil sikapnya. Datang ke rumah Abey tergesa-gesa dan ingin bawa Abey pula entah ke mana. Katanya ingin ke tempat yang jauh lebih aman bersama Abey. Itu yang Abey tersentap. Aman bagaimana lagi kalau sudah terpaksa begini. Abey tak sempat memberi apa-apa maklum balas terus terkedu dengan tindakan Chad.
Abey terdiam terlalu lama. Mulutnya terkunci rapat. Sesekali dia menoleh kea rah Chad yang sungguh menakutkan dirinya. Kali ini Chad tidak seperti selalu yang suka bergurau. Riak wajah Chad memperlihatkan betapa bengisnya lagak Chad.
“Kau jangan ambil hati. Aku nak ke Golok ni kahwin dengan kau.” Kata-kata Chad memecahkan kebisuan. Abey ketika ini rasa nak pitam. Chad memang dah gila agaknya.
“Wei! Kau ni sewel ke apa Chad? Kau ingat aku nak kahwin dengan kau ke?” Laju Abey bersuara. Kata-kata Abey itu membuatkan Chad tersenyum.
“Kalau Ayu boleh kahwin dengan Amran, kenapa tidak kau kahwin dengan aku sahaja?” Tutur Chad memberikan ruang untuk Abey berfikir.
“Aku ada mak bapak! Kenapa perlu ke Golok?”
“Kan! Kau pun ada hati dekat aku tapi tak nak mengaku. Jom kita kahwin.” Ucap Chad angkat kening sebelah. Abey dah berkerut dahi tidak percaya.
Perkataan itu menakutkan Abey. Sungguh Abey tak faham. Chad dah naik gila. Mungkinkah Chad ada penyakit keturunan sewel? Abey tak pasti. Kalaulah benar maka ia begitu mengerikan. Merayu-rayu hati Abey kerana tidak mahu mengaibkan keluarganya dengan tindakan bodoh Chad itu. Mungkin benar? Abey tak tahu juga.
“Chad!!!”
“Diam la Bey!!!” Tengking Chad semula.
“Kau gila Chad!!!”
“Memang aku gila. Aku gila sebab orang nak aku jadi gila.”
Abey semakin cemas. Abey rasa nak melompat dari kereta. Biarlah mati pun taka pa daripada menikah dengan Chad di Golok. Kalau kahwin secara aman mahu sahaja Abey menerima tetapi jika begini caranya ia terlalu mustahil. Abey cuba bertenang tapi ternyata payah.
Chad hanya tersenyum pula. Kata-kata Chad tadi seolah-olah diambil serius oleh Abey. Tergelak Chad dalam hati melihat Abey dipermainkan. Takkan Chad nak kahwin dengan Abey di Negara jiran. Lebih baik kahwin di Negara sendiri. Mana tidaknya Abey tak menggelabah tatkala disebut pasal kahwin. Chad mudah kenakan Abey, tak baik begitu tetapi sekali sekala apa salahnya. Tujuan sebenar Chad bukan ke situ tetapi ke tempat lain. Sebuah tempat yang pasti akan menimbulkan keanehan.
Abey terdiam lagi dua minit. Chad pula menoleh pada Abey sekilas. Chad terus menggeleng perlahan. Mulut nak bersuara. Chad mahu nyatakan kebenaran.
“Aku nak kau ikut aku jumpa dengan Ayu.”
“Ayu?” Tercengang Abey setelah nama itu disebut oleh Chad.
Chad mengangguk. “Ya, Ayu. Aku nak kau dengan aku bertemu dengan dia dan aku nak kau jelaskan keadaan sebenar mengenai hati aku.” Tutur Chad yang mungkin sukar untuk difahami oleh Abey.
“Tak sejati la kau ni mintak aku jelaskan. Sepatutnya kau sendiri.” Balas Abey yang masih sukar mengawal nafas cemasnya.
“Kalau aku tak sejati, kita jumpa Amran je. Untuk kau tengok apa akan berlaku.”
“Kau dah bersedia bersemuka dengan Amran ke? Dia kan tak kenal kau.” Abey dah cuak kerana Abey sedia maklum akan sikap Amran itu bagaimana orangnya.
Pedal minyak ditekan habis. Kereta memecut laju. Abey membulat besar biji matanya. Chad memandu ikut emosi, Abey bertambah cuak.
“Chad!!!”
“Aku kan tak sejati!!! Tengok ni!!!” Chad terus ambil selekoh tajam yang dihadapannya tiada kenderaan lain. Jantung Abey macam nak tercabut sahaja. “Haaa… kau ingat kau sorang je ke yang mampu merempit celok sana celok sini. Aku dengan kereta pun boleh.” Ucap Chad dengan sinis setelah dia berjaya memandu di kawasan selekoh berbahaya itu.
“Erk?!”
“Kita bermalam di hotel nanti.”
“Apa?!” Tercengang Abey.
“Lain bilik la!”
“Huh!” Abey melepaskan nafas lega.
Perjalanan mungkin mengambil masa dua jam. Chad tidak mahu menunggu lama untuk bertemu dengan mereka. Biarlah masa seterusnya menentukan apa yang berlaku. Dengan keadaan Chad yang tiba-tiba berubah itu sukar untukditafsirkan oleh Abey tentang apa yang bakal berlaku. Sikap Chad memang sukar diramal.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.