Entri Terkini :

masih merindu tapi terkedu

Hari ni hari kedua aku di area Jalan Klang Lama, aku lepak dekat appartment kawan aku. Aku ke sini semata-mata nak alihhkan ingatan aku pada masalah aku di kampung. Bila aku dah tenang nanti aku akan kembali semula ke kampung halaman aku tu. Bukan bawa diri atau pun merajuk tetapi untuk memberi ruang pada hati dan perasaan aku supaya ia dibebaskan untuk seketika. Penat memikirkan soal itu dan ini tambah lagi soal cinta. Tak pernah lepas dari kusam pemikiran ini.

Detik demi detik aku menghabiskan waktu di dalam bilik sambil layan facebook macam dah tak ada kerja lain nak buat tapi itulah aku sehingga ke saat ini masih tercari-cari insan yang mampu mengubati luka di hati. Cewahhh macam mencari calon isteri pulak kan. Alang-alang aku ada dekat sini aku jumpa kawan-kawan lama, seronok juga sesekali berbual mengenai dunia hari ini tapi tak boleh berlarutan nanti bosan.

Bertemankan papan kekunci dan mouse berserta skrin dekat depan aku ni maka aku mula update blog, aku sebenarnya agak bosan sekarang ni dah tak reti nak keluar pergi jalan-jalan ke MidValley ke atau ke mana sahaja untuk melihat umat manusia yang sibuk dengan aktiviti harian mereka. Bagi aku semua tu seolah-olah serupa, kita sentiasa lakukan perkara yang sama. Perkara ytang berulang dan ia amat menjengkelkan. Bukan setakat berborak kosong tetapi kelakuan banyak yang aneh. Kadang-kadang aku terfikir jugak, bagaimana orang lain mampu keluar daripada kebiasaan? Umpama wanita atau pun lelaki yang sudah mula jauh daripada landasan. Bukan aku nak kata yang aku ni perfect tapi paling tidak aku memerhatikan gelagat anak-anak muda sekarang.

Seperti kelmarin, aku nak sentuh soal budi bahasa. Semasa aku tengah frust (tension) selepas kecewa dekat seseorang aku menyambung niat ke Low Yat, cari barang sikit

"Bro!!!" aku dengar ada orang panggil aku. Betul ke panggil aku? Aku terus menoleh. Dengan kaget aku pun meluru ke arahnya yang berambut pacak macam tunggu cicak jatuh atas kepala. Aku sebenarnya ingat-ingat lupa maklumlah semua tu angkara fashion. Dulu pasif, nampak pendiam dan polos budaknya.

"Kenal?" Tanyanya pada aku saat aku sudah terpacak di hadapan dia. Aku macam pernah nampak muka dia ni. Aku pun dah lupa la... dekat mana aku pernah lihat dia sebelum ni?

"Assalamualaikum." Dengan tahap keliru aku berikan salam. Dalam hati dah tertanya-tanya, nampak macam orang asing, rambut pun dah berwarna. EH? Budak punk luar negera kut? Hahaha fikir aku yang agak pelik dengan keadaan dia.

"Wa'alaikumussalam." Alhamdulillah, dia menjawab salam yang aku hulurkan sambil menghulurkan tangan.

"Kau kerja dekat sini ke?" Soal aku. Sah sah dia duk dekat kedai tu layan orang sebagai promoter jugak kut. Mungkin kut? Masa tu aku tenung dia dalam-dalam memang aku pernah nampak dia ni. Hah!!! junior aku masa study dulu. Baru aku ingat tapi dia budak course aku ke?

"Tak adalah, tak kerja saje je makan nasi dekat sini." Ambik aku! dah kena. Menyesal aku tanya soalan cepumas. Silap aku jugak pi tanya buat apa?

Aku senyum malu. Agak kurang ajar junior aku ni tapi tak apa dia dah tegur aku dulu dan tak baik kalau aku buat sombong. Apa barang hidup nak sombong dengan orang kan?

"Kau siapa?" Aku nak tahu sangat.

"Junior sendiri pun tak kenal ke?" Dia senyum dekat aku. Aku kerdip-kerdip mata sebab menyampah tengok ekspresi wajah dia yang poyo tu, hik.

"Kau budak course apa?" Aku masih berdiri dekat situ sambil mata aku duk perhati model laptop terbaru di tepi aku.

"Budak komputer. Buat apa dekat sini?" Cantik soalannya. Baik punya!!! Siap kau!!!

"Buat tak tahu sambil cari senjata M16 dekat sini. Ada jual tak?" aku menjuih bibir. Dia terus tergaru-garu kepala. Nah... lain kali jangan duk merapu dengan aku. Kan dah kena. "Lawak je, aku cari RAM DDR for PC." Aku terus kembalikan keadaan ke paras normal.

"DDR kitaorang tak ada stok ar, cuba cari belah sana." Katanya sambil menunjukkan arah. "Kedai Nepal sana." Sambungnya lagi.

"Okey tak apa la kalau macam tu." Aku agak berputus asa juga la sebab cari barang yang susah nak dapat. Kalau ada pun mesti mahal, fikir aku. "Apa nama kau ek?" Soal aku nak tahu nama budak lelaki tu.

"Hakim." Beritahunya. Memang pernah dengar la nama tu tapi aku dengan dia tak berapa rapat pun tapi aku still respect dia sebab dia cam aku dan tegur aku. Bagus junior macam ni daripada junior yang dah bijak pandai tapi sombong dengan aku. Ish! si Hakim ni kira boleh la dibuat kawan walaupun rambut dia berkarat dan macam orang barat. Kah kah kah.

Usai itu aku berjaya jugak dapatkan barang yang aku cari hasil pertolongan dia. Dapat RAM secondhand aje, yang baru mahal gila. Dapat jugak aku beli banyak daripada harga yang mahal tu. Aku pun pandang jam, waktu maghrib dah berlalu aku belum tunaikan kewajipan. Aku pi cari surau dekat Sungei Wang pulak. Selesai semua tu aku pi masuk ke pusat membeli belah dalam tu, entah macam mana aku penasaran sendiri, eh laluan mana pulak ni? Orang kata malu bertanya sesat jalan kan? Yang hairannya aku dah jalan-jalan dalam tu masa aku jadi cashier di Giant Supermarket dulu. Alahai dah lama aku tak lepak sini dah tak cam laluan.  Aku sibuk cari pintu keluar padahal lif dah ada. Kah kah kah, poyo la aku ni, akhirnya aku pi tanya orang.

"Encik, tumpang tanya." Aku nak tanya dekat seorang lelaki yang berkaca mata. Dari warna kulit dan wajah dia aku menduga bahawa dia kaum Cina. Dia senyum aje. "Arah mana nak ke Giant?" Dia diam jugak. Apa hal dia ni? Aku tanya dia diam aje. Aku dah mula give up.

"Maaf Encik, kawan saya ni bisu." Erk? patutlah. "Encik tengok atas ni." Kawan dia tunjuk benda yang tergantung dekat atas siling. Dan dari warna kulit dan wajahnya, aku menduga pula dia ni kaum India. Alahai, signboard dah ada macam mana aku boleh tak nampak? Secara automatik tangan aku pi garu kepala. Habit la... baru aku faham bahawasanya aku belum makan lagi, perut lapar gila.

Akhirnya kau berjaya ke laluan itu. Tersenyum bahagia kau walaupun aku dah penat berjalan. Memang pusat membeli belah ni tak pernah sunyi, tambah lagi waktu orang sibuk balik kerja. Dan ada yang masuk kerja shift dah bermacam-macam aktiviti diorang termasuklah budaya melepak. Aku tengok budak-budak kerja di Giant tu, aku sengaja usha mana tahu ada pekerja lama ke, tapi semua dah tak ada. Kerja begitu memang selalu tukar ganti orang. Payah dan susah sangat orang nak stay lama. Just buat part-time ramai la sangat atau cuma kerja sementara sahaja.

Aku tak nak lengahkan masa jadi aku pun keluar dari situ menuju ke kedai Mamak di Imbi Plaza dekat tempata ku selalu makan sebelum aku masuk kerja di Giant tu dulu. Masa aku nak naik tangga ada seorang budak ni pi buang kotak rokok dengan selambanya terkena kepala aku. Aku tak tahulah sama ada dia sengaja atau pun tidak. Dia dengan group mereka, ada budka perempuan seksi gila, perh! pakai baju dah tak cukup kain. Baik telanjang terus barus syok tengok. Apa hal nampak tali bra? Dari perbualan, aku dengar mereka bertutur Bahasa Melayu, tapi tak nampak Melayu dah. Hilang keaslian Melayu dalam diri mereka agaknya. Asap kepul-kepul keluar dari mulut budak lelaki mahupun perempuan. Sesetengah orang dah tak hairan benda-benda macam tu dekat Kuala Lumpur ni sebab selalu dan terbiasa tengok tapi bagi aku ia amat merugikan. Kau fikir rugi tapi dia ada fikir tak? bicara otak aku. Ye la kan tak fikir pun.

Aku pun ambil kotak rokok tu nak lunaskanm hutang dia yang buang sampah sarap merata-rata tu. Budak yang baling tu dah nampak aku, boleh buat tak tahu aje. Samseng la tu. Tapi kawan sebelah dia yang rambut panjang yang diikat tu databng dekat aku.

"Sorry bang." Orang lain pulak mintak maaf. Aku senyum aje. Tak apalah kan dah mintak maaf. Aku tak ambil port pun aku cuma nak cari tong sampah dan tolong buangkan ke situ. Masa aku hampir tiba ke arah tong. Ada orang lain datang dekat.

"Bro, gua nak pinjam lighter. Ada tak?" Dia ingat aku ni tokang lighter ke. Kemungkinan dia nampak kotak rokok di tangan aku kut. Aku senyum dan menggeleng sahaja menandakan tak ada.

"Pu*&*^%*^ la, lighter pun tak de!!!" Aku terasa dia macam marah dekat aku. Pelik aku mendengarnya. Aku pun tak pasti sama ada dia marah dekat aku atau marah dekat lighter yang menghilangkan diri daripadanya. Hisap rokok tapi lighter tak ada, ibarat ada lembu tapi tali tak ada.

Timbul rasa kesal, beginikah budaya dan gaya anak bangsa aku? Mana hilangnya sifat malu? Mana perginya adab dan sopan? Aku rasa sedih sangat. Dari rebun tak diluntur bila dah jadi buluh nanti makin menjadi-jadi. Tersentuh jugak rasa hati bila aku kenangkan kaum lain ada yang berbudi bahasa. Bukan aku nak mengata bangsa aku sendiri tapi itu yang aku lalui. Aku tahu bukan semua macam tu tapi cuba kita fikirkan, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tak wajar kita bersikap egois yang terlampau dan juga tak boleh lah buat sesuka hati, ini kan negara kita, cintailah bahasa kita, sayangilah bangsa kita. Apa yang penting teguhkan iman kita dan kuatkan agama kita iaitu Agama Islam. Insya-Allah segalanya akan kembali sihat.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.