Entri Terkini :

Setia Untuknya - 15

Sedikit masa nanti keadaan bakal berubah. Ketenangan seorang ibu pasti berubah tegang memandangkan sekitar ruang hidup dibolosi oleh orang luar. Kehadiran yang merumitkan memotong akal untuk bertindak selajutnya. Chad dengan beraninya berhadapan dengan wanita yang bergelar ibu.
“Jadi awak ni kawan Ayu? Kerja dekat mana?” Puan Adibah bertanya seketika duduk di hadapan tetamu bernama Chad. Di sisi Chad kelihatan Abey yang kurang selesa dipaksa menghadirkan diri bersama.
Awal pagi begini Chad terus ke rumah Ayu setelah menginap di hotel. Abey pula dengan nafas yang ditahan-tahan itu terus menelan air liur. Glurp….
“Ya.” Chad mengangguk perlahan. “Kerja dekat kota.” Beritahu Chad.
“Okey, untuk apa datang sini?”
“Jumpa dengan Ayu.”
“Apa hubungan kamu dengan anak saya?”
“Kawan.” Balas Chad sepatah.
Puan Adibah mencerlung mata. Sungguh dia tahu apa sebenarnya yang berlaku. Mungkin Chad sukar memahami namun Puan Adibah sudah menduga lebih awal.
“Kawan baik yang ada hati dekat anak aku kan?” Kedengaran agak kasar suara Puan Adibah. Abey yang sudah boleh agak apa jawapan Puan Adibah hanya mendiamkan diri sahaja. Abey tidak pula mempertahankan Chad malah hanya menonton sahaja. Kehadiran Chad memang tidakj dialu-alukan. Begitu juga dengan kehadiran Abey.
Puan Adibah segera bangun dari sofa dan melangkah ke ruang taman rumah. Chad juga turut bangun dan mengekori langkah itu. Abey juga ikut sama. Sekilas Chad memandang Abey tapi Abey berkerut dahi.
“Aku dah cakap kau jangan degil.” Desis Abey dekat cuping telinga Chad.
“Small matter.” Bisik Chad yang masih meneruskan langkahnya mendekati Puan Adibah. Setelah itu Puan Adibah pula melabuhkan punggung pada kerusi di ruang taman itu yang begitu segar dengan keindahan pohon hijau. Bunga mawar yang kembang mekar menambahkan lagi seri halaman rumahnya.
Abey berdiri sebelah Chad sementara Chad dijemput duduk oleh Puan Adibah. Chad masih menguntum senyuman meskipun di dalamn hati bagaikan retak seribu.
Aku hanya ingin tahu apa jawapannya, bicara hati Chad. Sememangnya Chad ingin tahu apa reaksi ibu Ayu setelah mengetahui tujuan dia datang ke situ.
“Betulkan kau ada hati pada anak aku?” Sekali lagi Puan Adibah menyoal.
“Kami kawan satu kolej dulu.” Jawab Chad lantas dia memerhatikan ekor mata Puan Adibah merenung tajam ke mata Abey pula. Aku tahu dia tak sukakan Abey wujud di sini. Aku juga tahu Abey bukanlah orang yang layak berkawan dengan anaknya, hati Chad berkata-kata lagi.
Puan Adibah tidak gemar Abey masih berkawan dengan Ayu. Sanggup dan ingin bertemu Ayu lagi. Puan Adibah sedikitpun tidak menghiraukan akan perubahan Abey yang kelihatan feminim pada cara berpakaian tetapi tidak pada tingkah laku.
“Saya perempuan.” Tiba-tiba Abey mengungkap kata.
“Memang perempuan tapi jalan mengengkang.” Pantas Puan Adibah membalasnya. Secara tidak langsung Abey terkena tempias amarah Puan Adibah.
Chad tengok Abey, Abey tengok Chad. Alahai sudah pasti mereka kena leteran Puan Adibah. Chad mungkin sudah bersedia namun bagaimana dengan Abey yang masih kaku di situ.
“Seharusnya puan tak patut menghina dia. Dia juga ada hati dan perasaan. Meskipun dia kelihatan lasak dia tetap perempuan. Bagaimana sekiranya anak puan juga selasak Abey? Adakah puan akan menghina anak puan sendiri?” Luncur talbiah Chad buat Puan Adibah.
“Jadi kau nak mengajar aku? Aku tahu anak aku tu macam mana. Baiklah, aku dah tahu siapa kau sebenarnya. Kau jangan ingat kau bawa perempuan ni sekali akan menghalang perkahwinan Ayu dengan Amran? Aku dah tahu tujuan kau tu. Seeloknya kau lupakan anak aku. Aku tak nak kau datang lagi ke rumah ni untuk merisik dia. Lebih baik kau lupakan aje hasrat tak guna kau tu.” Ucap Puan Adibah.
Hari ini Abey kenal siapa Puan Adibah, hari ini juga Chad mengenali siapa sebenarnya ibu Ayuni Najwa. Seorang yang suka menghina orang lain. Seorang yang suka mencipta konflik biarpun hal ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik-baik.
“Puan dah salah faham. Saya datang sini sebenarnya nak hantar laporan kesihatan Ayuni Najwa.” Beritahu Chad berkerut dahi.
Puan Adibah tercengang. Laporan kesihatan? Ucapan itu membuatkan ibu Ayuni Najwa membulatkan biji mata. Sesekali kelihatan keliru.
“Kau seorang doktor?” Tanya Puan Adibah setelah menyedari akan kesilapan mengenai kaji selidik pada lelaki yang bergelar Azuan.
“Dia ni Doktor Azuan puan. Dulu dia yang merawat sakit Ayu. Secara tak langsung mereka berkawan. Tapi tak bermakna doctor Azuan dengan Ayu bercinta. Puan dah salah faham ni.” Beritahu Abey pula terpaksa menyokong demi sebuah misi.
Nampak kacak kau ni Chad dengan misai tebal macam tu dipadankan dengan kaca mata besar pulak macam doktor yang polos, Abey geli dalam hati melihat gaya Chad itu adalah lucu.
Puan Adibah terdiam. Sambil memandang Chad dan Abey silih berganti. Seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dinyatakan. Puan Adibah malu sendiri.
“Abey ni tunang saya,” Chad senyum. Semoga penyamaran ini tidak diketahui oleh sesiapa. Abey terus telan air liur. Kalaulah benar alangkah seronoknya, sempat hati Abey berbahagia walaupun sekejap waktu.
“Oh, jadi awak ni doktor anak saya la ye. Maafkan saya. Tadi saya fikir awak ni orang yang dia suka. Ada orang pernah beritahu saya yang anak saya tu cintakan orang lain. Saya juga fikir orang yang dicintai itu akan berusaha untuk menghalang perkahwinan antara anak saya nanti. Ternyata tanggapan saya salah.” Lembut pula nada suara Puan Adibah. Tadi bukan main kasar.
“Saya kenal orang tu, dia selalu keluar dengan anak puan cuma anak puan tu tertekan dengan tindakan lelaki tu yang suka memaksa. Hari demi hari dia jadi stress. Bila dah stress maka banyaklah penyakit datang. Sayang betul gadis secantik Ayuni Najwa dah kena penyakit kemurungan.” Tutur Chad bersungguh-sungguh agar kata-kata itu diterima bulat-bulat. Chad menghulurkan laporan perubatan kepada Puan Adibah. Tidak sukar untuk menyiapkan laporan itu. Laporan yang sengaja dipalsukan.
Puan Adibah langsung tidak menduga bahawasanya anak gadisnya ada penyakit itu. Sungguh terkilan rasa hati kerana anak gadisnya kini begitu tertekan. Cerita yang diada-adakan oleh Chad namun hakikat sebenar Ayuni Najwa memang benar-benar tertekan.
“Selama ni pun Ayu banyak berahsia dengan saya sehinggalah Doktor Azuan menerangkan kepada saya tentang keadaan sebenar Ayu. Dia perlu menerima rawatan.” Ucap Abey pula seperti seorang pakar perubatanyang memahami hakikat orang sakit.
“Puan, anak puan ada masalah lain yang menyebabkan dia jadi begitu, saya harap puan baca laporan itu dengan teliti.” Saran Chad.
Sekali lagi Puan Adibah memerhatikan laporan perubatan Ayuni Najwa. Membulat besar biji matanya melihat kondisi sebenar Ayuni Najwa yang selama ini mengelak untuk berkahwin dengan Amran. Puan Adibah seolah-olah sukar mempercayai hakikat itu. Sungguh mengerikan. Benar ke? Itulah  pertanyaan yang wujud di benak Puan Adibah.

***

Hampir sejam berada di rumah besar Puan Adibah, mereka berdua beredar dari situ. Setelah berada di dalam perut kereta enjin terus dihidupkan. Dua minit perjalanan dimulakan Chad terus menaggalkan misai palsu dan jambang sambil diperhatikan oleh Abey. Tersenyum Abey melihat wajah Chad sebelum misai itu ditanggalkan sehinggalah wajah asal Chad sudah kelihatan.
“Bertambah kacak kau dengan misai palsu dan jambang tu. Tak sangka kau punyai idea yang sangat bagus. Tapi kau tak rasa bersalah ke dengan apa yang kau buat ni Chad?” Soal Abey sambil menarik seat belt. Sepatutnya dari awal alat keselamatan itu dicakna. Barangkali Abey terlupa, apabila sudah teringat barulah dia berusaha.
Sekilas Chad menoleh kea rah Abey dengan senyum lebar. Dia sendiri tidak menduga bahawa idea tersebut datang tiba-tiba tatkala hati mahukan perubahan. Memang tak terjangka namun itulah hakikatnya. Chad sendiri kurang faham akan kehendak hatinya kini. Mohon di hati Abey tidak fikirkan perkara yang bukan-bukan.
“Buat apa aku nak rasa bersalah. Bukan ke kau yang beritahu aku bahawa Ayu cintakan aku. Apa kata aku buat dia jatuh cinta dekat aku. Nanti bolehlah dia tinggalkan Amran tu demi aku. Cuma…” Chad tidak dapat menghabiskan kata-katanya.
“Cuma apa?” Pantas Abey menyoal.
“Cuma aku tak rasa yang Amran akan lepaskan Ayu.” Pedal brek ditekan bersama cluth setibanya di kawasan berbonggol. Chad mengeluh sesaat.
“Kejap. Ini yang kau tak faham. Kenapa awal-awal hari tu kau cakap tak sukakan Ayu?”
“Aku ada cakap ke? Setahu aku, aku takkan merampas tunang orang.” Kata Chad dan gear tiga dimasukkan. Pedal minyak ditekan perlahan untuk masuk ke gear empat.
“Jadi apa yang kau buat ni tak dikira merampas ke?”
“Ini rampasan kepercayaan la Bey. Kau tak terfikir sesuatu ke?” Chad sedaya upaya cuba membuatkan Abey faham. Dia lupa menceritakan perkara sebenar. Mungkin juga Abey tak mengerti atau sengaja buat-buat tak tahu.
Abey gigit jari umpama orang yang sedang cuba menggali jawapan. Dapat atau pun tidak bukan soalnya sekarang Abey begitu ingin tahu apa sebenarnya tujuan Chad. Abey langung terpukau dengan gaya dan aksi itu. Apakah Puan Adibah mudah diperbodohkan?
“Aku terfikir bahawa rancangan kau pasti akan gagal.” Petah Abey melunturkan semangat Chad.
“Erk?”
“Ye Doktor Azuan. Akan gagal sekiranya Puan Adibah siasat latar belakang kau. Kenapa kau tak dengar cakap aku? Kenapa kau sanggup hadap muka kau depan dia?”
“Apa ni Bey? Aku kan menyamar.” Chad tak berpuas hati dengan cara Abey bercakap.
“Kalau Puan Adibah tunjukkan laporan tu pada Ayu bagaimana?”
“Oh, jadi itu yang kau risaukan?” Chad tersengih pula. “Semua aku dah bereskan. Boleh tak kau jangan risau sangat. Kau kata kau nak tengok aku bahagia dengan Ayu kan? Aku tengah mencuba untuk meluahkan padanya.” Tutur Chad. Tanpa disangka telefon bimbit Chad berbunyi. Chad terus menekan punat jawapan.
Abey memerhatikan sahaja gelagat Chad yang sedang menjawab panggilan telefon melalui earphone Bluetooth yang disangkutkan pada telinga.
“Ye saya.”
“You dekat mana? I ada perkara penting nak cakap dengan you.” Kedengaran suara Elya di hujung talian. Chad mengeluh. DIa tak mahu berbual alam dengan Elya. Apa lagi la dia ni, Chad merungut dalam hati.
“Dalam telefon tak boleh ke?”
“Tak boleh, kita kena berjumpa jugak. Mustahak.” Terus Elya mematikan panggilan. Bunyi dari nada suaranya itu bagaikan terlalu penting. Chad berkerut dahi. Abey juga ikut sama.
“Siapa tu?” Soal Abey.
“Elya.” Beritahu Chad dan secara automatik kaki Abey tertunjal pulak pada lantai kereta. Bengang la tu. Sudah tentu Abey cemburu. Boleh jadi Abey tak suka dengar nama tu. Bagaikan ada sesuatu yang cuba dirahsiakan oleh Abey kepada Chad.
“Kita minum dulu okey.” Chad sudah haus. Abey pula hanya mengangguk sahaja dan mengikut apa sahaja mahu Chad.
Sewaktu di rumah Puan Adibah tadi Abey agak tertekan kerana Puan Adibah masih mampu menghina dirinya. Kalau diikutkan hati memang retak seribu tapi apa boleh buat mereka orang kaya dan orang yang berduit maka hati manusia yang lain bagaikan sampah sahaja. Tidak mahu diambil peduli. Mujurlah Chad ada.
“Doktor Azuan. Eh.” Abey pekup mulut.
Chad terus menoleh sambil dahi berkerut rapat. Beberapa detik selepas itu Chad melebarkan senyuman sambil melonggarkan tali leher warna biru berjalur putih dikolar baju kamejanya.
“Sekarang bukan doktor tau.” Balas Chad disusuli tawa.
“Apa-apa ajelah. Thanks back up aku tadi.” Abey berterima kasih kerana Chad mempertahankan Abey dihadapan Puan Adibah tadi. Chad masih mewah dengan senyuman. Senyuman itu mampu menggugat hati kewanitaan Abey. Manisnya…
“Ingat tau, kau tu tunang Doktor Azuan.” Chad mengingatkan Abey suapay jangan tersasul pula nanti.
“Ala, kenapa tak tunang Aqil Akasyah je.” Desis Abey dengan lembut dah perlahan sahaja. SUdah pasti ia kurang jelas.
“Apa dia?”
“Eh, tak ada apa-apalah.” Abey sudah mula menggelabah lantas sekali lagi dia menarik seat belt yang sedia kemas itu. Tindakan spontan kut.

p/s : pesanan  penaja, kalau suka citer ni sila-sila la klik butang "Like" dekat bawah ni ye... tq so much....

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.