Entri Terkini :

Setia Untuknya - 13

Butik Amanda dikunjungi dan di situ juga tempahan gaun akan dibuat. Sudah terikat dengan janji temu maka kehadiran mereka memang dialu-alukan oleh tuan empunya butik itu. Ayu berat hati tatkala kaki mula melangkah masuk ke dalam butik itu. Maklum sahajalah perkahwinannya berbaki kurang tiga bulan. Memang agak lambat kerana Ayu sering kali memberikan alasan dan kali ini sebarang alasan tidak boleh diterima pakai lagi kerana Puan Adibah bertegas.
“Sila duduk dulu Puan Adibah. Saya akan sediakan katalog.” Pelawa Puan Ida sementara mengambil katalog gaun tempahan pengantin. Puan Adibah mengangguk manakala Ayu yang agak janggal di situ terus dicuit oleh Puan Adibah.
“Sini, duduk dulu.” Suruh Puan Adibah yang terus melabuhkan punggung. Ayu masih berdiri lantas ditarik tangannya. “Duduklah.” Suruh ibunya sekali lagi maka Ayu terduduk juga. Puan Adibah memerhatikan jam di tangan dan sedikit mengeluh.
“Mana Amran ni?” Soal Puan Adibah sambil menoleh ke arah Ayu. “Pukul berapa dia nak datang ni? Kamu tak beritahu ke dekat dia masa dekat pejabat tadi?” Puan Adibah seakan-akan menyalahkan Ayu kerana ketiadaan Amran di situ. Janji pukul sepuluh sekarang dah sebelas setengah.
“Dah la mama. Dia ada dateline mungkin lambat sikit.” Tukas Ayu yang kemudian bangun dari sofa warna merah hati dan segera melangkah ke arah almari kaca yang di dalamnya tersedia sepasang gaun pengantin perempuan dan juga pakaian pengantin lelaki yang sudah tersarung pada patung. Entah bagaimana kepala patung lelaki yang tidak berwajah itu terpampang muka Chad dan disebelahnya pula adalah dirinya. Tersenyum melebar Ayu ketika ini membayangkan dirinya yang bakal naik pelamin bersama Chad.
Sedar diri tu sikit! Kau akan berkahwin dengan Amran bukannya Chad! Tiba-tiba sahaja kata-kata dalam kepala mengingatkannya. Maka dengan itu Ayu tersedar dari lamunan. Dadanya terus berombak kerana sudah terhakis harapan. Yang tinggalkan hanyalah kesengsaraan yang bakal menghuni hatinya.
Sewaktu di pejabat tadi Amran kelihatan polos. Ayu tahu Amran cuba memancing hatinya. Ayu juga tahu Amran sedang cuba berubah namun tahap kepercayaan dan keyakinan Ayu untuk lelaki adalah terlalu tipis kalau hendak dibandingkan harapan untuk Chad.
“Kita akan bina hidup baru.” Amran mengukir senyuman paling manis untuk Ayu. Ayu meluat betul-betul melihat senyuman itu. Senyuman lelaki hipokrit! Bentak hati Ayu yang begitu geram dengan cara Amran untuk memiliki dirinya. Mungkin ya Amran mampu memiliki dirinya tetapi tidak hatinya.
“Saya takkan mencintai awak.” Balas Ayu nekad. Tidak memadai perkahwinan tanpa cinta dan itulah yang bakal Ayu harungi. Perkahwinan tanpa cinta. Jauh dari cinta untuk Amran. Ayu sukar menerima cinta lelaki itu kerana bagi Ayu, Amran tetap sepupunya. Sekalipun Amran cuba dan mencuba pasti akan terhapus. Ayu tidak akan sesekali memberi ruang dan peluang bagi hatinya untuk Amran.
“Saya akan buat awak jatuh cinta dengan saya.” Begitu pula kata Amran dengan penuh yakin sekali.
“Mustahil!” Ayu dah tinggikan suara. Pada waktu Ayu mengecilkan anak mata, Encik Omar yang bakal bergelar Dato` tidak lama lagi datang menghampiri Ayu. Ayu terpaksa juga bermuka-muka dan cuba tidak melukakan hati papanya sekiranya dia bertelagah dengan Amran di hadapan papanya itu. Oleh itu Ayu terpaksa mengawal perasaannya sebelum Amran melangkah pergi untuk sebuah temu janji.
“Ini dia katalognya.” Ucapan Puan Ida memecahkan kesunyian di dalam ruang butik itu dan membuatkan Ayu kembali berpijak dibumi yang nyata. Ayu terus menoleh sebaik sahaja Puan Ida menghulurkan katalog kepada Ayu yang masih berdiri di hadapan patung-patung itu.
“Oh terima kasih.” Ucap Ayu menggelabah.
“Gaun yang ni cantik juga, kalau awak pakai sangat sesuai dan awak boleh cuba dulu.” Ucap Puan Ida menawarkan agar Ayu mencuba gaun yang berada di dalam cermin kaca itu. Tersentap Ayu kerana sebentar tadi dia membayangkan akan dirinya yang sedang memakai gaun itu dan orang yang berada di sisinya pula adalah insan yang digelar Chad.

***

Sebiji demi sebiji batu dilontarkan ke dalam sebuah tasik. Lontaran itu adalah dari sebuah daya rasa sangsi. Rasa yang memukul jiwanya supaya tersedar akan hakikat pada perkara yang terpaksa dilepaskan. Ruginya dia membiarkan orang yang dicintai hidup bersama lelaki lain biarpun terdapat ramai gadis yang mahu akan dirinya. Yang mahu mendapatkan cintanya dan yang menagih kasih darinya. Tidak hanya pada bekas majikan iaitu Elya tetapi kini rakan baik pada teman kepada Ayu iaitu Abey semakin rapat dengannya. Hari demi hari juga dirasakan kosong sebagaimana hidup tanpa teman istimewa.
Perlahan-lahan Chad melangkah duduk dibangku berdekatan dengan sebuah tasik yang dijadikan sebagai tempat melepaskan keluhan hati. Sepatutnya dia akan ke rumah makciknya tetapi sekarang di menghabiskan waktu petang di situ. Keadaan sekeliling kawasan itu bagaikan terhenti kerana nafas Chad tidak mengikut rentak waktu. Kelihatan sungguh kusut sekali. Di dalam hatinya penuh dengan kesan duka. Kedukaan yang tidak dapat dinafikan lagi. Entah bagaimana dia seolah-olah berasa berat hati untuk melepaskan Ayuni Najwa walhal diantara dirinya dan Ayu tiada apa-apa ikatan.
Waktu beredar dan Chad masih berteleku di situ. Air tasik terpampang di hadapan mata dan ditenung lama-lama. Kelopak matanya terasa pedih di saat dia membiarkan sahaja angin tertiup masuk ke ruang tubir matanya dan mengakibatkan ia bersinar. Stupid! Kenapa aku harus bersedih? Chad bertanya pada dirinya sendiri dan kali ini dia benar-benar mahukan kekuatan dirinya diraih secepat mungkin agar disandangkan oleh keyakinan bahawasanya Ayu bukan untuknya. Ayu tercipta untuk lelaki bernama Amran.
“Aku dah agak dekat sini kau rupanya.” Tanpa diduga Abey muncul dari arah belakang menyebabkan Chad tersentak. Cepat-cepat Chad menoleh dan Abey tersenyum manis.
Matanya Chad yang layu dan berwajah sugul cuba disembunyikan dengan memalsukan senyuman. Abey tidak mudah tertipu degan senyuman Chad kerana dia tahu Chad menyimpan sesuatu. Abey juga sudah menceritakan akan realiti Ayu cintakan Chad. Dari sudut itu Abey menjangkakan bahawa Chad langsung tidak berperasaan kerana reaksi Chad sungguh berlainan.
“Kau tak sihat ke?” Abey melangkah perlahan-lahan ke arah Chad dan mula melabuhkan punggung bersebelahan dengan Chad. Chad tetap terpaku melihat Abey.
“Apa?” Abey mengangkat kening.
“Tudung ala-ala Yuna.” Tegur Chad tersenyum lagi.
“Tak payah nak mengada-ngada. Salah ke aku bertudung macam ni?” Abey memuncungkan mulut.
“Cantik…” Sebut Chad sepatah dengan perlahan sambil memandang ke lantai bumi. Abey pula malu-malu meow. Senyuman Abey juag tak lekang. Manis sahaja kelihatannya.
“Thanks.” Ucap Abey dan Chad bangun semula. Abey perhatikan Chad yang mempamerkan kegelisahan. “Kau ni kenapa Chad? Kau ada masalah ke?” Abey bertanya kerana dia memang ingin tahu sangat akan perihal Chad yang sejak dua menjak ni sungguh berbeza. Tidak macam selalu yang mudah memberikan jawapan sekiranya ditanya.
Dengan tangannya di masukkan ke dalam poket seluar, Chad melangkah perlahan-lahan. Melihat keadaan itu Abey pun bangun dan mengekori langkah Chad. Chad menoleh sekilas untuk memerhatikan sama ada Abey menurut langkahnya atau pun tidak. Melihat kelibat Abey yang kini kelihatan sopan dengan imej baru itu amat membuatkan Chad berbangga. Bangga kerana gadis bernama Isabella itu mampu berubah.
“Kalau kau sayangkan sesuatu kau akan berusaha mendapatkannya tak?” soal Chad yang mahukan pandangan daripada Abey.
Abey terus cepat melangkah dan kini dia seiringan dengan Chad. Abey memuncungkan mulutnya dan otaknya sedang berfikir. Dia cuba mentafsir dan otaknya itu juga ligat mencerna akal apa yang dimaksudkan oleh Chad.
“Secara terangnya kau memang sayangkan Ayu kan? Mengaku je la.” Abey menjeling sekilas.
“Aku tak kata apa-apa pun.”
“Chad… aku ni pun perempuan jugak, jadi aku tahu apa yang perempuan rasa. Kau tak berani. Kau dengan dia memang mempunyai perasaan yang sama, iaitu rasa takut. Takut untuk berhadapan dengan hakikat sebenarnya. Kau masih boleh menghalang perkahwinan mereka tu. Tapi itupun kalau kau betul-betul cinta dia.” Bicara Abey yang dapat menduganya.
Chad angkat kening. Chad berhenti melangkah serta-merta dan tangannya yang berada di dalam poket seluar terus dikeluarkan.
“Aku langsung tak faham apa yang kau sampaikan ni. Aku tanya kau soalan lain tapi lain pulak jawapannya.” Chad mengeluh.
“Aku berikan jawapan berkaitan Ayuni Najwa. Dia akan berkahwin dengan Amran. Aku tahu dia takkan bahagia dengan pilihan keluarganya tu.”
“Sejak bila kau menyokong dia pulak? Sebelum ni kau dah tak suka dia dengan apa yang dia dah lakukan dekat kau. Hurmm… actually aku bercakap tentang Nora.” Tutur Chad kerana sangsi terhadap Abey.
Terbungkam Abey kerana Chad telah menjangkakan dirinya sudah memaafkan tindakan Ayu yang pentingkan diri sendiri. Abey akhirnya memaafkan keterlanjuran Ayu dan Abey memahami apa yang Ayu lalui sekarang ini sungguh perit. Tapi sekarang ni Abey agak bengang kerana nama Nora pula yang meniti di bibir Chad. Itulah yang menghairankan Abey.
“Kau ni betul ke tak betul?”
“Kenapa?” Chad menyambung langkah.
“Kau fikirkan Nora? Apa ni Chad? Kau kata kau tak cintakan dia tetapi kau tanya soalan macam budak tadika yang baru nak kenal ABC.” Abey bertanya laju.
Berdalih sejuta alasan agar semuanya kaku. Chad menafikan lagi dan lagi. Dia bengang dan malas nak mengaku cinta pada Ayu maka dengan itu nama Nora yang terpacul dari mulutnya. Susah sangat nak berpesan jadinya lebih baik diam sahaja.
“Habis tu kau asyik sentuh mengenai Ayu aje. Tak ada nama lain ke kau nak sebut?”
“Kau cemburu kan?”
“Of course not.” Balas Chad.
“Tengok muka alergi sepi kau tu aku dah tau yang kau ni memang tak senang duduk.”
“Aku cakap pasal novel dia.”
“Erk?” Terkedu Abey. Dari tadi sibuk bersoal jawab rupa-rupanya bertanya pasal novel sahaja. Abey rasa nak lempang muka Chad laju-laju. “Kau ni memang sewel. Kau tak nak aku sentuh perkaranya tapi kau tanya pasal novelnya pulak. Kau ni dah tak boleh berfikir dengan baik. Kau ada masalah mental ke Chad? Memang ganjil sikap kau ni.” Ucap Abey lagi. Langkah Chad terhenti lagi dan kali ini Chad berdiri di hadapan Abey.
“Kita berdua kahwin nak tak?”
“Erk!” Abey terkejut. Membulat besar biji matanya. Pertanyaan Chad itu bagaikan sebuah gurauan yang menyakitkan. Ia tak masuk di akal.
“Chad!!! Kau gila!!!” Pekik Abey lalu melangkah pergi. Chad senyum melihat Abey yang sebenarnya mahu tapi malu. Chad dapat agak Abey pun sukakan dirinya. Abey sendiri yang tak nak mengaku. Sama sahaja mereka. Perasaan suka tidak dapat disekat. Perasaan cinta juga begitu. Namun masih terlalu jauh untuk diukur soal cinta antara mereka kerana masing-masing masih dalam dilema.
“Abey!!! Aku tunggu kau.”
“Lebih baik kau terjun dalam tasik!!!” Balas Abey dengan kuat dan seterusnya dia masuk ke dalam perut kereta. Abey dah pakai kereta baru.
Chad masih tersenyum dan ingatannya pada Ayu hilang serta-merta namun sedetik lagi pasti datang lagi. Sukarnya untuk melepaskan satu persatu bayangan rindu. Sukarnya juga untuk membezakan kasih dan sayang di antara kawan dan kekasih. Begitulah Chad yang kini hidup dalam dimensi yang sukar untuk diduga oleh orang lain.
Aqil Akasyah ni pun satu, Isabella datang jenguk keadaan pun dibuat main-main. Kasihan gadis tu yang datang ambil berat tapi dia boleh melawak. Dalam situasi sekarang ni tidak sesuai lagi untuk melawak. Isabella hadir nak membantu bukannya nak jadi batu yang memberatkan hati. Tapi itu tak bermakna gadis itu akan mengalah. Chad juga begitu. Chad takkan mengalah untuk bertemu dengan cinta.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.