Sekiranya waktu dapat diputarkan kembali pasti mahu aje nak jadi budak kecik. hehe, best jadi budak kecik always disayangi dimanja dan dibelai oleh orang tua. bila merenget nak susu ibu buatkan susu. Nak duit pun dikasi. Pendek citer serba serbi diberikan perhatian. Sakit demam pun dicakna. Wahhh... seronok kan? tapi apa boleh buat masa tetap berlalu tanpa menoleh pada kita. Kita kena pandai sesuaikan diri dengan persekitaran dalam apa jua bentuk sekalipun.
Bila dah besar panjang macam ni semua nak kena buat sendiri, itu dan ini maka semakin besar jugaklah tanggungjawab kita ni kan? pada lelaki bakal nak jadi suami dan tak lama lagi tu ada rezeki jadi ayah pulak. Begitu juga sebaliknya... perempuan jadi isteri dan ada rezeki jadi ibu... proses kitaran kehidupan sentiasa berlangsung sehinggalah ke hari kiamat.
Rasa nak jadi budak!!! hahaha tak dapet laaaaa nak jadi budak lagi bior je la masa menentukan segalanya dan kita kena berusaha untuk memajukan diri sendiri. Aku cakap pasal budak ni masa aku makan tengah hari dekat rumah aku ternampakla album gambar atas meja, maybe dibelek oleh seseorang dan aku dapat rasakan orang itu adalah ibu aku. Kenapalah ibu aku belek album lama tu ye? Barangkali ibu aku teringatkan nostalgia masa zaman muda mudi dulu waktu solo dan waktu ibu aku disatukan dengan ayah aku maka dapatlah aku... hahahahaha... dan dan aku pun ikut belek jugaklah alang-alang nampak album tu dan aku pun tengok diri aku masa kecik ,,, aku ke tu? ha ha ha, jarang sekali aku berpeluang tengok album lama ni dan Alhamdulillah ada rezeki tengok.
Pic aku masa budak umur berapa tah aku pun tatau la tapi gambar tu dah macam rosak aje, mujurlah pic wajah aku masih kelihatan. Gambar dulu-dulu punya, kalau tak dijaga mudah hancur, aku pun tak tau kenapa gambar tu leh jadi macam tu. Itulah satu-satunya pic aku maybe ketika berusia beberapa bulan agaknya kut. uwaa........... dan aku crop la...
aku ke ni? dengan wajah serius tengok kamera,,, zaman tujuh puluhan dan lapan puluhan memang kayak gini ya fotonya? huh!!! tu je aku nak gitau bahawasanya aku rasa nak je balik waktu kecik.. kah kah kah tapi ia memang mustahil plus dunhill, kah kah kah... comel tak? hihi :p
(peace)