Tatkala mata melihatnya
ia seperti semalam masih berlari
ia seperti semalam masih berlari
semalam gebos diri sendiri
kerana melewar ke sana ke mari
kerana melewar ke sana ke mari
dan yakini aku akan semalam
bahawa kau akan tepati janji
bahawa kau akan tepati janji
pertahankanlah hak diriku seadanya
biarpun di hujung jari
biarpun di hujung jari
bahkan sama seperti mereka
melaungkan kebebasan sejati
melaungkan kebebasan sejati
Jantungku ditusuk oleh naunganmu,
hatiku sempit dikurunganmu
hatiku sempit dikurunganmu
bahkan tangan dan kaki bisa kau ikat
dengan tali hempedu
dengan tali hempedu
sekali kau senyum,
ia seolah racun yang mengalir rakus
ia seolah racun yang mengalir rakus
ia juga seperti tombak
yang bakal kau tusuk sampai mati
yang bakal kau tusuk sampai mati
sehingga kering darah dihisap,
sehingga akal disimpul resah
sehingga akal disimpul resah
kau terus membedil
memberi rasa takut di hati mereka
memberi rasa takut di hati mereka
dan aku dalam sejuta
akan mati bersama mereka
akan mati bersama mereka
Sepertinya aku turut menangis
sepertinya aku tidak akan berhenti
kerana penamatnya belum tiba lagi
selagi dianggap hamba abdi
selagi kau belum menginsafi
Sepertinya aku turut menangis
menghargai perjuangan harmoni
dari mereka yang sebelum ini
setelah bahagia bersatu hati
demi legasi makna demokrasi
(C) Miqael Arshad
26/12/2011
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)