Entri Terkini :

Adakah Kau Akan Bersamaku?

Selagi nafas ini belun terhenti, sejuta kali akan ku cuba lagi memujuk dan yakinkan kamu terhadap apa yang pernah kita lalui sebelum ini adalah sebuah keindahan. Keindahan itu lahir dari dalam hatiku dengan tinta kerinduan ini aku lahirkan dari segunung harapan. Pintaku cuma satu mahu engkau disampingku, menemani sisi gelap hidupku kerana bagiku kau umpama pelita yang menerangi langkahku. Tetapi perasaan saban hari kian mundur, tidak tahu kenapa. Bahkan perasaan ini menghambat gelisah turut seiring dengan kecelaruan.

Kau pernah mendengar rintihan hatiku tapi bagimu aku meyeksa halwa pendengaranmu dengan luahan hatiku ini. Mungkin aku akan kelemasan tanpa kau menghulurkan tangan tetapi masih terdapat banyak tangan namun adakah tangan-tangan itu akan menarikku keluar dari jurang yang gelap ini? Aku masih mengharapkan mu mengubah mimpi buruk menjadi sebuah taman terindah ciptaan jiwa.

Sekiranya kau ingin tahu, dahulu aku hidup penuh dengan kepura-puraan bersama janji-janjimu. Katamu, akan tercipta sejuta kebaikkan sekiranya aku terus menerima segala-galanya. Katamu lagi, kita mesti hidup dalam perjuangan menaikkan nama kita sendiri tetapi bagaimana dengan yang lain? Kau dan aku sahajakah? Aku benar-benar keliru kerana dikau membebankan orang lain sementara aku tenggelam dalam duniaku sendiri. Kini aku dan mereka mengharapkanmu turut bersama menyemai benih cinta dan kasih sayang. Salahkah kita jujur? Salahkah kau mengakui segala kesilapan? Mampukah kau tidak lagi menafikan yang hak? Tolonglah mengerti akan cinta perjuangan ini, semoga jalan kau dan aku sentiasa terang biarpun dirimu kini kian malap dan tidak lagi mampu menerangi jalanku dan mereka.

Sebenarnya aku bimbang, aku juga takut kalau-kalau engkau kecundangan lebih dahsyat dan lebih teruk dari apa yang dijangkakan kerana kau terbang terlalu tinggi. Selalu kau berikan aku harapan yang tidak bisa kau tunaikan tapi sebaliknya kau mengharapkan aku supaya sentiasa membantumu.. Tidak mengertikan kau akan aku yang sering terngadah menunggu kau melihat aku yang lemah di sini? Sejenak aku bermimpi, harapan yang kau berikan sering menjelma sedangkan realitinya itu adalah dusta. Sesungguhnya kepura-puraan aku menecerminkan betapa dikau sebenarnya membabi buta, menghunus keris pada yang membantah. Kini aku sedar dikau tidak lagi bernadi telus maka aku tetap mendoakan dikau berubah. Setelah dikau mahu berubah, adakah kau akan bersamaku?

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.