Di saat angin membisik, dialah bidadari, menyampai warkah rindu bersama kedinginan. Dingin malam menyapa tubuh membawa makna yang tersirat akan ceritaku yang alpa. Dalam cahaya cinta maka teranglah sebuah keyakinan bahawa akulah yangd ikasihmu, tetapi dalam suramnya pelangi selepas hujan maka akulah yang kesedihan. Sedih diriku ini sayang dikau katakan akulah yang terpaksa kau tinggalkan. Semalam kau kata cintaku indah hari ini sebaliknya. Apakah takdir diriku untuk dipersendakan? Beginilah nasib aku yang kesepian.
Selalunya aku inginkan kebahagian hadir mendakap sesusuk tubuh yang lemah. Tubuh ini mengharapkan kehangatan kasih sayang. Tubuh ini perlukan belaian dan tubuh ini juga ingin dekat dengan mu bersama sekeping hati yang kepiliuan. Tadi aku melihat wajahmu, wajahmu di dalam telefon bimbitku. Entah kenapa air mata ini laju menitis. Titisan kerinduan dan sesalan bercampur juga dengan kekecewaan begitu menyeksakan. Semua itu menjadi satu. Sekarang perasaan aku bersimpang siur bagaikan laluan kota penuh dengan kenderaan.
Terdetik juga di hati kecilku, kala kesedihan melanda diriku, entah bilakah cinta itu akan mendamaikan hatiku ini? pertanyaan yang berbutir ini bagaikan landasan yang terbina dari rakusnya sifat jahil. Bagaimana untuk aku lupakan wajahmu yang seringkali berlegar di minda? Nyatakan padaku apa caranya sesudah kau kecewakan aku? Wajah gebunya, senyum manismu sudah menambat hatiku. Gelak tawamu, manja lirikan matamu telah membelit jantungku sehingga aku sukar untuk bernafas. Pada malam ini juga aku rindukan satu ungkapan, kau sayang padaku. Namun semua ini takkan ku duga ia telah lenyap dan hilang selamanya.
Aksara ini bagaikan diari, apabila kecewa beginilah aku. Aku terdampar kesayuan setelah hanyut di lautan gelora. Dipukul gelombang syak wasangka, dipalu dengan desiran angin dustamu maka aku longlai. Maka aku lesu dan tidak terdaya untuk bangkit. Pernah suatu ketika dulu kau katakan lagi padaku bahawa tidak akan kau kecewakan aku. Tidak sesekali kau tinggalkan aku dan kini apa sudah terjadi? Aku yakin kau tidak akan memberikan jawapan pasti sesudah semua ini berlalu pergi.
Teringat aku kisah pada petang tadi, sewaktu kau dan aku menonton wayang. Filem The Twilight Saga : Breaking Dawn. Masa sebelumnya membeli tiket kau tanya aku, cerita apa nak tengok? Aku membalasnya "Ikutlah." itu sahaja aku mampu katakan kerana aku tak mahu kecewakan apa kehendaknya. Jadi dia pilih cerita Breakling Dawn tu. Tapi sebelum itu dia ada tanya pendapat aku, "Best tak cerita Misteri Jalan Lama?" Soalnya. Aku jawab, "Best kut filem tu, Pengarahnya Afdlin Shauki kan." Dan dia membalasnya pula "Cerita tu mesti lawak." Aku senyum aje dan otak aku teringat bahawa aku pernah tengok the making filem tu dekat youtube, kata Afdlin Shauki dalam youtube tu, filem berkenaan filem serius pertamanya jadi tak ada komedi. Ala, Afdlin Shauki mungkin melawak kut, fikir aku masa tu jugak. Sungguhpun begitu aku pun katakan pada Najwa (Bukan nama sebenar) "Filem seram kut sayang. Mana ada lawak-lawak." Ucap aku sambil duk pandang jadual tontonan dekat skrin dalam Times Square Jalan Bukti Bintang tu.
Dia mencerlung mata ke arah aku. Dia macam tak puas hati je. "Kawan saya cakap tu cerita lawak la." Suka hati dia la nak kata cerita apa pun. Kalau dia nak tengok aku oke je. Oleh itu aku diam aje lah. Aku malas nak kecoh nanti jadi gaduh. Tak alih-alih dia teringin pulak nak menonton filem Datin Ghairah. Aku pun pelik tengok tajuk filem-filem Melayu yang macam kelucahan. Tak nak aku tengok. Tak ada tajuk lain lagi dah nak tarik orang tengok cerita tu. Aku membebel sendiri.
"Awak nak tengok ke tak ni?" Tanya Najwa dengan muka masih tak puas hati.
"Iktulah." Kata aku. Selepas tu dia mencebik. Merajukla tu. AKu dah kata ikutlah. Buat je apa dia suka. I follow je kan.
Dah lama tunggu tiba giliran beli tiket, dia pun tempah. Alamak, kecoh pulak nak duduk dekat mana. Aku garu kepala.
"Sit mana? Depan ke belakang?" Tanyanya.
"Ikutlah..." Desisku perlahan seolah-olah mengalah bagi menurut kehendaknya.
"Awak ni ikutlah-ikutlah aje. Cepalah sit mana?"
"Mana-manalah."
Dia pun mencerlung mata macam singa lapar. Adoyai, salah ke aku kata macam tu? Takkan aku nak sedap-sedap cakap duduk bahagian paling belakang, baru best tengok. Kalau dekat hadapan sekali dah sah sakit leher aku ni. Huh! paling best duk dalam skrin pun best gak ni. Ades....
Dia pun bayar harga tiket tu. Sekali sekala ada jugak orang sudi belanja aku tengok wayang. Baiklah aku tersilap dan aku mengaku memang silap aku pergi menonton wayang. Sebenarnya aku dah lama tak menonton wayang kerana aku ada sejenis penyakit tension tengok layar besar tu bila time hujan. Memang sah aku sakit kepala. Aku ada migrain dan migrain datang menyerang. AKu tak ada mood langsung. Aku jadi bimbang ni nanti aku pejam mata pulak. Tu semua dah berlegak-legar dalam kepala aku.
"Awak, kejap. Kita beli popcorn dulu." Kataku yang ingin sangat nak suap popcorn dalam mulut dia bila dah menonoton nanti. Barulah romantik kan....
"Ala tak payahlah, wayang dah nak start." Katanya. Dia macam tergesa-gesa. Dalamn hati aku dan leh agak bahawa sekarnag ni tengah iklan. Bosan duk tunggu iklan habis baru cerita nak mula. Aku tunggu giliran nak membeli tapi mamat tu pulak lembap settlekan permintaan pelanggan di hadapan aku. Aku rimas menunggu kerana aku tahu Najwa akan berleter. Leteran dia memedihkan gegendang telinga. Silap hari bulan boleh pecah. Kalau dah pekak memang tak dapat dengar perkataan S-A-Y-A-N-G lagi. huh!
"Okey." Balas aku hampa. Tak jadi beli popcorn. Memang tak beli apa-apa pun. Jadi masa dalam panggung tu aku pulak banyak bunyi. Cerita tu lembap gila. Aku ingatkan best tapi tak best. Aku kata tak best cuma daripada pandangan aku je. Cerita yang lambat nak klimaks. Ingatkan adalah kemuncak cerita si vimpire vfs wolf tu. Adoyai cerita tak ada ending.
"Lain kali kalau tak suka cakap je la tak suka. Dah habis tengok baru nak bising cerita tu tak best." Dia membebel dekat aku pulak selepas tengok wayang tu. Ketika ni aku dengan dia di McDonalds. Aduh, pedih telinga aku. Aku nak aje menjawab tapi aku bagi peluang dekat dia melepaskan ketidakpuasan hati aku pada date kali ni. Date pertama kali. Aku dengan dia kenal dalam Facebook. Cinta Facebook la ni. Dalam facebook pun dah leh bercinta. Huhuhu....
"Kenapa dengan awak ni?" Tanya aku sambil duk kunyah burger McChiken. Selepas tu aku ceduk Sundae masukkan ke dalam mulut pulak. Aku bagi dekat dia.
"Nak?" Pelawa aku. Dengan selambanya dia ambil dan suap ke dalam mulut dia pulak. Kira dia sanggup kongsi dengan aku. Aku angguk dia pun angguk.
"Dah puas berleter? Awak ni macam tak suka dekat saya je."
"Awak tu la. Saya dah mula menyampah. Awak dah banyak uji saya. Kalau saya tak suka dekat awak saya takkan biarkan awak pegang tangan saya." Eh? itu pulak ucapan yang terpacul di mulutnya. Memang mudah sangat dipegang.
"Hurm..." Aku mengeluh aje. Dia pun senyap sekejap. Dia fikir aku tak suka dia. Sebenarnya aku dah suka dia. Aku dah cintakan dia. AKu tak kisahpun dia macam mana sekalipun kerana aku dah sayang sangat dekat dia. Kalau orang lain anggap dia tak cantik, bagi aku dia cantik. Pandangan mata tak sama. Dia kata dia dah faham semua tu tapi aku anggarkan dia seolah-olah masih tak mengerti.
"Sebenarnya awak tu tak suka dekat saya. Saya dah banyak kali terkena. Tak apalah awak. Saya faham." Katanya hampa. Aik? Bila masa aku kenakan dia? Kalaua ku nak kenakan dia tak adanya aku sanggup jumpa dia. Kehadiran aku ke Kuala Lumpur ni pun pertama nak beli barang, kedua aku gunakan kesempatan tu tuk jumpa dia. Tak salah kan? Mana ada kesalahan pun aku gunakan ruang yang ada. Aku tak larikan diri daripada dia. Dia aje yang anggap macam tu.
"Awak jangan lah cakap macam ni." Aku cuba pujuk tapi dia tarik muka ketat-ketat. Macam bikini yang ketat.
"Cukuplah, tak nak dengar apa-apa lagi."
"Lebih baik diam aje." Balas aku sambil garu telinga.
"Okey saya diam. Saya tak nak bercakap." Nadanya merajuk lagi keras. Masa ni aku tak reti nak pujuk. Rasa macam nak tarik je hidung dia tu. Adohai kenapalah dia pulak uji aku dengan rajuknya tu? AKu pun tak faham dengan sikap Najwa ni. Dalam FB tak ada lak macam tu tapi bila dan berhadapan macam ni terlalu banyak ujian. Masing-masing rasa lain macam. Aku pulak tak nak kecewa. Namun sikap dia seakan-akan mahu mengecewakan aku. Aku akui aku pulak rasa naik menyampah. Aku dah biarkan dia laserkan aku. Aku tetap bersabar kerana aku tak nak bermulut lonngkang masa first date ni.
Apabila dah tertekan otak kau tertanya-tanya, adakah dia jodoh aku? Rasanya tak kut? AKu dah mula mengerah otak untuk mengetah jawapan. Kalau dia cintakan aku dia akan hubungi aku lagi. Sekarang ni dia tak hubungi aku selepas terpisah dipertengahan jalan. Dia lebih sibukkan kawannya berbanding aku. Dia sanggup beredar jumpa kawan dia daripada aku. Dia sanggup tinggalkan aku keseorangan dan pergi dekat kawan dia. Aku pun faham bahawa dia dah memikirkan sikap aku pulak yang suka kata "Ikutlah..." dan "Mana-manalah." Ada lagi, "Apa-apa je." dan lagi, "Tak kisah." Dan memang betul dia pun dah tak kisah pasal aku lagi. hurm.... takutkan pisang berbuah dua kali tapi semua ni dah macam seratus kali cuma tak serik-serik. Cinta facebook la sangat!
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)