Persepsi orang lain bila ditanya mengenai gambar, mungkin itulah yang diucapkannya sebagaimana tajuk entri aku ini. Pada ruangan sembang, tidak kira di mana-mana sahaja. For example yang sering disebut-sebut sekarang ni pada ruang sembang di facebook. PP, Pic Profile dekat facebook kita tu, mesti diletakkan gambar diri sendiri sahaja ke? Sekadar bertanya kerana bagi aku itu terpulang pada hak induvidu/pengguna facebook itu untuk menyembunyikan identiti atau juga berasa malu dengan wajah sendiri untuk dipamerkan kepada umum.
Ada juga yang berfikiran bahawa letak picture tak misterilah, orang taknak kawan setelah menilai paras rupa. Bagi aku ia sama sahaja. Sama ada seseorang tu nak nilai kita dari awal atau dikemudiannya. Bagi orang yang suka atau menjadikan paras rupa sebagai modal dan tunjang persahabatan maka melihat wajah terlebih dahulu memang menjadi keutamaan kerana dia tak nak menyesal dikemudian hari setelah menghabiskan waktu bertukar-tukar pendapat dan memujuk agar diberikan gambar. Y? Aku pun hairan kenapa perlu minta gambar orang bila ditanya, "Awak ikhlas nak berkawan dengan saya?" dan jawapan yang selalu diberikan, "Saya ikhlas." So? Perlu ke kita bertanya tentang keikhlasan tu? Atau kita biarkan sahaja ia berlangsung sebagaimana kita berkawan. Soal ikhlas atau tidak itu tidak perlu diukur kerana anda akan tahu sendiri reaksinya nanti jika anda berani berikan gambar anda.
Mostly yang menganggap pengguna yang tak letak gamar tu kekwat, jual mahal atau sememangnya 'buruk' itu tak boleh dipercayai. Suka buat orang lain tertanya-tanya. Bagi aku orang yang mintak gambar tu tak berhak menilai orang yang tak ada gambar sendiri tu seorang yang tak jujur. Bukan semua begitu. Mungkin dia tak suka menunjuk-nunjuk dan malu akan kelemahan. Korang tak boleh paksa dia supaya tunjukkan gambar. Boring. Tak ada gambar tak nak chat. Aiyoo... Memang aku akui penyamaran selalu berlaku, tapi bagaimana dengan nasib orang yang berlaku jujur dalam persahabatan? Mungkin dia dah kerap terkena? atau dia dah bosan tunjuk gambar dulu ke. Jadi nak cuba sesuatu yang lain. Tak nak gambar. Alahai, untuk membuktikan kejujuran perlu pamerkan picture ke? Kena cerita semua benda? Awal perkenalan janganlah main paksa-paksa kan. Kawan dulu perlahan-lahan dalam FB, jangan judge seseorang tu dengan pandangan negatif. Bagi dia peluang buktikan kejujuran pada anda. Mana tau dia untuk anda. Kalau ada jodoh nikah terus........ ha ha ha ha, aku jujur :p
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)