Entri Terkini :

Blog dah lemah Vlog terkam

Based on apa yang nak disampaikan dan method ia digunakan. For me, my opinion about blog and vlog, ia adalah platform untuk menyampaikan sesuatu atau memberikan sesuatu input sama ada yang berguna atau yang melalaikan. Actually depends pada diri sendiri nak pilih yang mana. Kerana penggunaan internet ni sangat meluas sekarang ia tidak hanya digunakan oleh golongan remaja mahu dewasa tetapi kanak-kanak juga sudah tahu menggunakan media alternatif ini. Maka tidak perlu hairan jika ada penyalagunaan internet berlaku kerana ia tidak ditapis sepenuhnya. Apa yang aku leh cakap, segala data atau matlumat anda simpan di internet bermakna ia tidak akan selamat. Ia mudah dicerobohi kerana bukan semua orang tahu bagaimana untuk protect data peribadi anda kecuali ada pihak yang pakar.

Berbalik pada blog, medium ini sudah ramai yang mengetahui akan kegunaannya. Ia sebuah penyampaian berbentuk penulisan atau artikel. Berbeza pula dengan Vlog. Vlogging ini disampaikan dalam bentuk video, maka anda akan dapat lihat mereka yang bercakap menyampaikan sesuatu perkara atau maklumat kepada anda. Ada juga yang bisu dan just tulis subtitle aje. Anda biasa temui mereka di Youtube. Untuk membuat blog bukan semua orang mampu kerana ia memerlukan kepakaran anda untuk mengolah dan mengedit bentuk video anda supaya ia kelihatan menarik, bukannya cap ayam dan buat orang boring. Buktinya, Vlog yang ada unsur humor menjadi daya penarik untuk orang melihatnya. Siyes aku cakap, kalau ada yang tak percaya search di youtube mengenai vlogger-vlogger terkenal example MatLuthfi, gerenti korang akan faham apa itu Vlog.

(Chad tak nak buat Vlog ke?)

Aku tak mampu beb buat vlog, sebab lensa kamera tak tau dekat mana kedudukan aku sebenarnya. Sesilap hari bulan lensa pun boleh rosak. So aku hanya berblogging sahaja. Sesiapa yang punya bakat untuk buat vlog, silakan dan jangan lupa war-warkan agar aku pun boleh tumpang dua kaki menontonnya. :P

(Blog sekarang tak menyengat, kenapa ek?)

Mana tau tak menyengat? Blog masih kukuh lagi tau. Bukan semua orang buta huruf, masih ada yang tau membaca. Yang boleh menonton pun jika tak faham apa yang disampaikan pun tak guna jugak, tahu gelak aje tapi mesej tak masuk dalam kepala dan. macam mana nak masuk sekiranya seseorang tu pekak dan buta hati... huhuhuhuuhu

(Penutup)

Blog dan Vlog saling memerlukan kerana blog membantu untuk mempromosikan vlog dan vlog juga membantu untuk mempromosikan blog. Kira ia adik beradik tiri lain mak lain bapak la tapi tetap berada di landasan yang sama cuma yang membezakannya adalah FAKTA DAN AUTA. Thats All...............

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.