Entri Terkini :

Kenapa Jadi Sedih

nape perasaan ni sedih je. dulu masa kecik-kecik saya tak pernah pun merasakan sambutan hari kelahiran saya. Tengok anak jiran2 diraikan dengan majlis dan ucapan selamat. Mereka ramai kawan kut dan saya, saya mungkin x de kawan pun. Masa saya kecik2 tu saya selalu selak langsir perhatikan keadaan rumah jiran yang buat majlis. Masa tu air mata dah menitis. Saya masih ingat lagi waktu tu hanya sepotong kek hari jadi pernah disuap ke dalam mulut saya daripada arwah nenek saya. Pesan nenek "Kek ni manis, jgn makan banyak2." tapi nenek dah x de... kek tu pulak bukan kek hari jadi saya tapi hari jadi sepupu saya. Bestnya kalau ada majlis hari jadi.

Tapi saya langsung x harapkan semua tu, saya cuma nak diingati je, cukuplah sekadar ucapan hari lahir meniti dari bibir rakan2 untuk saya walaupun tanpa hadiah atau apa sahaja kerana hanya dua kali sahaja hari lahir saya disambut oleh arwah kawan saya masa saya di KL. Terharu jugak kan sebab dia ingat besday saya berbanding Ex-GF saya masa tu. Ye la, nak wat cane, maybe saya tak penting dalam hidup orang lain. Org yg ingat besday saya pun dah tak ada, sedihnya...... ada kalanya air mata menitis tanpa sedar setiap kali terlihat majlis hari lahir orang lain. Saya sedar dulu keluarga saya x mampu untuk meraikan majlis anak-anaknya. 

Mak... terima kasih kerana telah melahirkan saya ke dunia ini dan dengan bersusah payah membesar dan menjaga saya serta mendidik dan mengasuh saya. Saya dilahirkan oleh ibu saya pada 31 Disember 19** dengan izin Allah. Ayah... terima kasih jugak untuk ayah kerana saya bahagia dengan apa yang ayah berikan pada saya walaupun tanpa harta benda. Barang berharga dari ayah adalah kasih dan sayang ayah untuk saya.

Malam tadi, saya habiskan kerja saya pada pukul 1 pagi. lewat kan? ye la tertunggu-tunggu ucapan besday dari awek baru saya. Tak de pun, tak pe la barangkali dia sibuk, hmm..... kalau dia x bz mungkin dia akan ingat. Awak... kerja rajin-rajin ye.... saya tengah kumpul duit ni untuk kahwin dengan awak. Saya bukan orang senang wak tapi demi meraih cinta suci daripada awak, saya akan dapatkan apa yang perlu untuk awak.... janji awak setia dengan saya ye wak? saya dah serik dengan cinta lalu, cinta daripada mereka banyak memberikan saya pengajaran, saya harap awak lain daripada yang lain......

saya lapar sgt, saya nak makan dulu, (hati ini lara yang sedih semoga terubat kerinduan dengan senyuman darimu sayang...)

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.