Entri Terkini :

Hati Pun Menangis - Melayu Kahwin

Bicara lagu rindu pohonnya sudah kelayuan
biarpun alam berkehendakkan kesejahteraan
akhirnya naluri itu kian menuju kekeliruan
bahkan bayu turut kehilangan pedoman
setelah fikiran tiada rasional menghiasi taman
lalu bertunjangkan akal tidak mahu beriman
maka beginilah titah yang dijunjung nafsu
koyak dan rabak nilai-nilai kemanusian takutkan Tuhan
dan lagi Al-Quran dan Al-Sunnah tidak dihiraukan
kini Islam sudah dibelakangkan

***
Aku pun nak beri komen jugak la mengenai isu yang tersebar kini. Melayu, Melayu Melayu. Melayu kahwin gay Mat Salleh. Itulah istilah yang diguna pakai. Melayu itu adalah bangsa, untuk apa memperjuangkan bangsa yang sudah hilang akhlak-akhlak yang murni? Bangsa ibarat ketapi (kereta api), tengok LRT Putra dekat kolompo tu, ada macam-macam corak dan warna. Macam-macam iklan melekat di dinding ketapi tu. Aku just bagi perumpamaan aje lah. Anggarkan itu bangsa, dan untuk sampai ke destinasi perlukan track, (Landasan "laluan") Jadi landasan tu bagaikan Agama, Kalau tak ada track tu, sampai ke destinasi tujuan? Landasan tu kena cantik kukuhkan dalam hati. Islam itu syumul tidak hanya pada bangsa, so kalau Melayu kahwin gay, dah kecoh kan? Sekiranya Islam ditolak ketepi, hudud pun dihina sesuka hati maka apa akan jadi? Sedangkan main 'ptui, ptui ptui' pun sesuka hati kini bangsa sendiri. Isy Isy Isy....

Melayu adalah bangsa, Islam adalah agama. Jadi perjuangan Islam akan membentukan sesebuah bangsa menjadi harmoni. Bersatu dan teguh dan tak wujud benda-benda macam ni. Bangsa tak hilang dalam diri seseorang, yang akan hilang adalah agamanya sekiranya ia tidak dijaga dan baik.

Depa dikatakan kahwin di Greece, berita tentangnya sudah sebar meluas tapi belum sahih, sekadar gambar sahaja. Melayu bersongkok bagai dan lengkap berbaju Melayu tu sudah berkahwin dengan lelaki Mat Salleh lebih awal dari kes yang kita ketahui sebelum ni. Aku just kata first time tengok gambar tu, "Alahai kasihannya..." Malas nak hina-hina orang sebab aku pun tak tahu dia Islam atau pun tak. Kalau setakat berbaju Melayu sahaja maka ia belum tentu mencerminkan Islam.

[Sumber : Aku keluarkan komen setelah aku terbaca dekat blog ni, korang pi la usha sana pulak untuk ketahui lebih lanjut : sozcyili ]

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.