Entri Terkini :

Kalau Bukan Kita, Siapa?

Untuk ke jalan kebaikan bagi mengubah keruh hitam menjadi putih bening, ia selalunya dihalang hebat,tetapi sekiranya jalan ke arah kekufuran pula ia sentiasa terbuka luas malah terdapat banyak tangan dihulurkan bagi menarik mereka ke lembah hina. Kemuliaan seseorang bukan terletak pada harta kekayaannya tetapi kepada tingginya ilmu yang diamalkannya setelah mendapat syafaat di sisi Tuhannya. Sekeji-keji manusia itu pula adalah mereka yang petah bercakap dengan membenarkan yang batil dan menafikan yang hak sedangkan ia mengetahui akan hukumnya.

Ke manakah hilangnya pelita hidup setelah kita mempelajari tentang sejarah hidup Baginda Rasulullah SAW dalam menegakkan syiar Islam? Sudah terpejam rapatkah hati kita sebagai umat Rasulullah di akhir zaman sehingga tidak langsung cuba membuka mata bagi melihat kemungkaran yang berlangsung kini dan tidak pula cuba untuk mengubah semua itu? Sesungguhnya kita benar-benar berada di dalam kerugian. Sudahkah kita bersedia sebelum banjir peluh kita melewati ruang rongga kita pada masa pembalasan kelak?

************
Assalamualaikum buat teman-teman yang menjengah di blog aku ni. Terima kasih aku ucapkan untuk korang kerana sampai sekarang tak jemu2 usha blog aku yg x seberapa ni. Bukan mudah nak jadi seorang blogger bagi menyampaikan sesuatu kerana ia terpulang pada induvidu itu sendiri apa yg nak disampaikan. Bagi aku, aku sampai apa yg patut aku sampaikan. Macam juga perkara agama kita sendiri. Kita wajib penyampaikan apa yang baik serta kita juga perlu mengingatkan saudara mara kita ke arah kebaikan. Sebab tu ada kalanya mesej yang aku nak sampaikan sukar untuk orang terima dan mungkin ada yang terima.

Aku tak kata yang jahil itu tak ada harapan untuk berubah cuma ia ibaratkan besi berkarat yang harus ditempa, dibakar dan diketuk kuat-kuat untuk dibentuk dan digilap sampai ia bernilai. Jadi kita perlu mendalami ilmu agama dan memahami akan maksud yang tersirat. Jangan pula kita hanya mendengar tanpa berfikir serta mudah dipengaruhi agenda syaitan laknatullah yang sesat lagi menyesatkan. Maka apa ayat yang berada di atas tu aku pesan untuk diri aku sendiri serta buat kawan-kawan.

Aku rasa anak muda sekarang dah bijak membuat keputusan untuk melangkah lebih laju demi memperbaiki masa hadapan. Pilihlah pengangkutan yang menjimatkan dan menjaminkan keselamatan untuk kita sampai ke destinasi tujuan. Itu adalah perumpamaannya sahaja. So aku harap korang janganlah ada yang melenting bila ditegur, kerana teguran yang membina adalah teguran untuk kita semua ke arah kebaikan. Positive thingking....


Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.