Entri Terkini :

Kalau begini, harus pada siapa?

Saat aku ketandusan idea, aku macam frust nonggeng. Bila aku bersedih aku macam orang yang tak de podoman. Saat aku menangis tak ada yang teman, akhirnya aku perlu sedar aku perlu menangis untuk sebuah kebahagiaan bukannya pada penyesalan kerana kalau aku nanges tuk penyesalan itu takkan bermakna aku akan berubah. Untuk sebarang perubahan hanya bergantung pada diri sendiri. huhuhuhu~~

Tak ada siapa dalam dunia ni tak nak berjaya. Aku pun nak berjaya dan semalam aku ada berborak dengan seorang novelis ni. Dia beritahu aku, kalau nak tulis cerita jangan fikir habuan. Fikir mesej yang kita nak sampaikan dengan olahan yang cantik. Bila dah baik dan cantik, reader akan baca lagi apa yang kita tulis. Yes, aku setuju. Tapi aku tak tahu sampai bila ia akan jadi kata setuju yang berkekalan kerana semangat kejap2 aje ade. Lepas tu tadi aku ada tanya gak pada seorang novelis yang lain. "Macam mana nak jadi rajin?" soalan aku tah apa-apa tapi dia jawab, "Itu kena tanya pada diri sendiri." Oleh itu memang setiap kesusahan yang kita hadapi orang lain tak boleh tolong, maka jawab seorang reader dan juga penulis yang lain pula, "Mintak pertolongan dari-Nya." Itulah yang sepatutnya. Oleh yang demikian aku juga setuju dengan kata-kata Mat Luthfi dalam vlognya.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.