Jika kau ingin tahu
aku bukanlah yang terbaik untukmu
jika kau ingin tahu
aku takkan pernah meninggalkanmu
dan
jika kau ingin tahu
aku tidak sanggup kehilanganmu
Tapi sayangnya
aku bukanlah untukmu
aku bukan penunggu setia
aku juga bukanlah orang berharta
dan aku tidak berparas rupa
Tapi sayangnya
jika aku terlihat seperti itu
pasti aku akan melupakanmu
dikejar mereka yang merindu
hanyut kerana mahukan sesuatu
tercari tempat termpiasnya nafsu
dan
malangnya aku tidak mahu begitu
maka izinkan aku berlalu
mencari hala tujuku
sebenar-benarnya yang ku mahu
hanya menuju Tuhan yang Satu
itulah jika kau ingin tahu
mengapa aku memilih
malu daripada dirimu....
(C) Miqael Arshad
29/11/2011
10:58 PM
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
NUR AIN · 76 weeks ago
Hatiku sudah membeku,
Dengan tutur kata dan perilakumu,
Membuat aku kaku,
Adakah penyesalan ini berakhir dengan gembira?
Mungkin ya mungkin tidak,
Sabab jika kau ingin tahu,
Hanya Tuhan yang menyembuh luka,
Dan sebenarnya kau tak akan pernah tahu,
Apa yang aku rasa dan apa yang aku alami.