Entri Terkini :

Setia Untuknya - 17

Ketika Ayu turun dari kereta dari tempat duduk belakang, awal-awal lagi dirinya telah diperhatikan oleh seseorang. Kemungkinan ia sejak mula perjalanan pulang Ayu dari pejabat. Selepas Ayu mengatur langkah untuk masuk ke dalam kedai bagi membeli coklat sementara pemandu kereta bergerak ke arah pam minyak, seorang gadis cantik terus menghalang pergerakkan Ayu dengan menyentap tangan Ayu. Ayu mengheret pantas pandangan matanya pada wajah gadis itu.
“Hei perempuan. You dengar sini!”
“Apa ni main tarik-tarik ni. Kau siapa?”
“I kekasih Am. Untuk pengetahuan you, I sekarang ni hamilkan anak dia.”
Sekeping hati bagaikan terluka dan ia berdarah semula. Pada mulanya ingin dilupakan sahaja tetapi sekarang lain pula jadinya. Dalam kotak fikiran menjangkakan diri sendiri tidak akan cemburu tetapi entah bagaimana rasa itu memukul relung hati. Jantung pula berdetak kencang umpama menanti bendang padi dipalu taufan menggila.
Dia tersentap. Gegedang telinga seolah-olah pecah mendengar kata amaran dari insan yang tidak pernah bertentang mata pada sebelum ini dan kini realitinya sudah berlaku. Gadis itu saat ini masa berdiri di hadapan Ayu dengan berpeluk tubuh. Riak wajah tidak puas hati memang jelas terpancar. Sungguh tak disangka Ayu bahawa dirinya kini diperhatikan. Usai gadis itu pergi Ayu terus membatalkan niatnya untuk membeli coklat dan kembali semula ke kereta.
Pintu kereta tempat duduk belakang dibuka. Ayu menarik nafas dalam-dalam dan kemudian dilepaskan perlahan-lahan. Kata-kata gadis itu masih bermain di ruang minda. Ia masih tergiang-ngiang di telinga. Ia terus menghambat jiwa Ayu. Menggongcangkan jalur rasa yang sabar.
Kenapa dia sibuk-sibuk warning aku? Chad dengan dia berhubungan serius ke? Hati Ayu tertanya-tanya. Ayu mengelamun dibawa perasaan ke mana sahaja terbiar.
Lamunan Ayu tiba-tiba terganggu. Dia terperanjat setelah menerima panggilan telefon daripada mama. Cepat-cepat Ayu menjawabnya.
“Assalamualaikum ma.”
“Wa`alikumussalam. Kamu tak dapat berita ke?”
“Berita apa ma?” Ayu terkejut.
“Am masuk hospital terlibat dalam kemalangan.” Beritahu Puan Adibah kepada Ayu yang dalam perjalanan pulang ke rumah. Tetapi masih setia menunggu di dalam perut kereta kerana pemandu keluarganya belum selesai urusan di kaunter pam minyak.
“Apa?” Ayu benar-benar terkejut mendengar berita itu. Di pejabat tadi elok sahaja dia melihat Amran sebelum bertolak balik. Memang Amran pelawa untuk menghantar Ayu pulang tetapi Ayu enggan.
Sememangnya perkara itu amat memeranjatkan Ayu tetapi yang lebih membuatkan jantung Ayu bagaikan mahu gugur adalah kehadiran wanita yang tidak dikenalinya mengakui adalah kekasih Amran. Pokoknya, Amran sudah ada kekasih. Ya! Terlalu ramai kenalan wanitanya sebelum ni dan tak mustahil wanita itu mangsanya, firasat Ayu kuat menyatakan itu adalah benar biarpun bukti-bukti kukuh belum lagi dikemukakan. Ia hanya kenyataan dari mulut sahaja. Itu belum memadai untuk menunjukkan ia sahih.
“Ya. Am ada di hospital. Mama pun nak pergi tengok dia ni.” Ujar Puan Adibah dengan nafas yang cemas.
“Okey.”
“Jangan tak pergi.” Pesan mamanya lagi.
Ayu menarik nafas dalam-dalam setelah panggilan itu dimatikan. Ah! Aku macma tak percaya. Ayu cuba menafikan bahkan kalau boleh biarlah Amran kesakitan sendiri tetapi nampak sangat dirinya terlalu kejam seadainya tiada langsung rasa belas kasihan.
Setelah minyak siap diisi oleh pemandunya maka Ayu mengarahkan pemandu tersebut bergerak ke hospital. Biarlah apa pun yang berlaku Ayu mesti lihat dengan mata kepalanya sendiri.
***
Chad ditemani Abey. Tapi dahi Chad berkerut rapat. Kenapa aku kena jumpa dia di sini? Chad sudah kebingungan. Di hospital tempat pertemuan diaturkan. Ini satu masalah. Chad pasti gelisah dan sudah tentu kerana jantungnya berdebar-debar takutkan rahsia ini bocor.
“Rileks la. Cover sikit beb.” Abey cuba tenangkan Chad.
Langkah Chad terasa berat. Langkah itu seolah-olah semakin kaku. Sekiranya Chad tidak dapat meneruskan langkah tersebut maka sudah pasti Puan Adibah beranggapan bahawa Chad seorang yang tidak tepati janji. Seorang yang mugkin tidak boleh dipercayai lagi.
Chad menoleh pada Abey dengan pandangan mata yang membulat besar. Satu perasaan yang sukar untuk disembunyikan lagi di mata Abey.
“Ni kan hospital.”
“Aku tau.”
“Masalahnya aku ni dah salah tempat.”
“Kau kena ingat. Kau tu Doktor Azuan.”
“Ah.” Chad memandang ke tempat lain sekilas dan memandang semula kepada Abey. “Tak mudah aku nak sembunyikan identiti kalau aku terus berjumpa Puan Adibah di sini. Aku rasa dia dah syak sesuatu kut.” Chad merasakan sedemikian. Bermacam-macam perasaan mula timbul. Bahkan perasaan itu menghabar Chad supaya meninggalkan perkarangan hospital.
“Jangan fikir yang bukan-bukan. Takkan dia tahu. Lagipun kau bukan bertugas dekat hospital ni.” Abey tidak berputus asa meyakinkan Chad.
“Abey.”
“Encik Aqil Akasyah, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Ada faham?” Abey mengingatkan semula Chad tentang tujuan asal. Siapa yang merancangkan semua ni maka Chad harus sedar.
Tiba-tiba langkah Chad berhenti sebelum tiba ke sebuah bilik yang dinyatakan oleh Puan Adibah. Chad merenung Abey dalam-dalam. Mata Chad bersinar dan tanpa diduga oleh Abey, Chad berpatah balik. Abey terkejut.
“Kau kenapa?”
“Aku dah takut.” Ucap Chad sambil melangkah laju. Sikap yang Chad pamerkan sungguh menghairankan Abey. Dengan pantas Abey terus memotong langkah Chad.
“Kau ni lelaki pengecut ke? Kalau rahsia kau bocor sekalipun lebih baik kau mengaku yang kau mencintai Ayu di depan orang tua dia. Kalau kau anak jantan aku cabar kau!” Abey betul-betul marahkan Chad yang bertindak seperti seorang lelaki yang tiada keyakinan.
Chad terdiam tapi dia terus menyambung langkah meskipun dihalang oleh Abey. Chad tidak peduli akan apa kata Abey.
Memang aku pengecut! Aku terfikir semua ni macam sia-sia. Kenapa aku ni bengap sangat? AKu tak patut kacau hubungan Ayu dengan Amran. Hati Chad berkata-kata bersama perasaan yang terluka.
“Chad!” Pekik Abey di dalam hospital itu. Jururawat yang bertugas menoleh melihat gelagat Abey yang penuh beremosi.
“Puan, ni hospital.”
“Aku tahu lah!” Marah Abey lalu terus mengejar Chad tapi tiba-tiba Abey brek mengejut dan memandang semula kea rah jururawat itu. Aik?

***

Abey berjaya memujuk Chad yang bersikap pengecut itu. Abey tak sangka Chad sanggup menggagalkan rancangan sendiri. Sekarang ni Abey tak berminat ingin tahu kegagalan itu tetapi dia sanggup teruskan juga kerana dirinya sudah terlibat secara tidak langsung. Chad patut bertanggungjawab kerana mengakui dirinya tunangan Chad di hadapan Puan Adibah.
“Nurul, kau kena tolong aku. Kau kan kawan satu sekolah menengah dengan aku. Kau tak ingat ke siapa yang selamatkan kau dari mati lemas dulu? Aku mintak sangat-sangat kau bantu kawan aku yang pengecut ni.” Abey terpaksa mengungkit demi memancing Nurul seorang jururawat di situ.
Abey tak sangka dapat berjumpa kawan lama yang berkerja dihospital ni. Pertemuan yang melahirkan nostalgia namun itulah hakikatnya bahawa kenangan lama sukar dilupakan. Abey toleh kea rah Chad. Dari tadi lagi Chad asyik memandang Nurul. Ada sesuatu yang tak kena agaknya dengan cara Chad pandang Nurul. Pandangan itu dikesan oleh Abey.
“Kau kenapa pandang dia macam tu?” Soal Abey laju.
“Dia ni kawan kau kan?” Tanya Chad kepada Abey. Lantas Abey mengangguk.
“Ya.” Jawab Abey sementara Chad memandang pula ke arah Nurul yang tercegat penuh tanda tanya dalam kepala.
“Awak ni isteri kepada Doktor Rasyid kan.” Chad menduga.
“Hah?” Abey pulak ternganga. Nurul tersenyum.
Abey terus menarik lengan baju Chad untuk berjauhan sedikit dari Nurul. Abey mahu membisikkan sesuatu kepada Chad yang seperti orang yang sudah lemah semangat. Abey menoleh sekilas ke arah Nurul.
“Kau ni kenapa? Aku nak tolong kau settlekan semua ni. Kau dah tak ada masa la.” Bisik Abey.
“Dia tu isteri kawan aku, Doktor Rasyid. Aku ternampak gambar isterinya tu dalam pejabat dia. Pasti tu memang isterinya memandangkan tahi lalat dekat bawah bibir tu patern yang sama. Sah.” Desis Chad.
“Kalau macam tu lagi mudah.” Abey tersenyum.
Aik? Mudah kata dia? Aku dah rasa terjerat diri sendiri aje ni merasakan ini sudah terlalu sukar. Hati Chad berkata-kata kesal terhadap tindak-tanduknya sendiri yang mungkin akan membelitnya nanti. Chad juga takut Puan Adibah mahu memerangkap dirinya.
Chad melihat jam di tangan. Sudah terlalu lama masa diambil. Waktu kian berlalu dan Puan Adibah sudah tertunggu-tunggu. Ini tak boleh jadi, sekiranya terlambat apa pula alasan yang mahu diberikan olehnya nanti.
Chad juga tidak mengerti apa pula perkara yang berada di dalam otak Abey yang nampak bersungguh-sungguh pula di saat dirinya kini yang mundur. Ini sudah terbalik. Abey pula menunjukkan reaksi yang berbeza. Seperti benar-benar mahu Ayu menjadi milik Chad.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.