Entri Terkini :

Tu la... jangan bongkak

Salam bahagia untuk reader yang aku sygi. baru berpeluang tuk update blog hari ni. busy sgt2. haa.. walaupun bz malam tadi duk santap kaca televisyen tuk beri sokongan pada team Malaysia berentap final menentang Indonesia. Fuh... siyes aku cakap mmg berdebar gila. Sebelum memulakan perlawanan aku dah bengang dan rasa tak beradab dorang ni. Maaflah bukan apa, aku rasa ia tak sepatutnya berlaku. Kenapa saat lagu nasional negara kita dimainkan mereka buat bising? dan aku rasa bangga bila kesudahannya adalah berpihak kepada Malaysia. Menang juga akhirnya walaupun pihak lawan mengasak terlalu agresif.


Pengadil perlawanan juga ku lihat begitu konsisten dan sekiranya pengadil berat sebelah memang terjadinya perkara yang tak diduga. Fuhhhh ~ dalam penalti kita telah buktikan segala-galanya. Kelakar juga laa bila Malaysia menang senyap sunyi staduim tu. Mana bunyi bising dan sindiran untuk lagu negara kita? langsung tak ada. Tu la jangan kurang ajar. Dan jangan bongkak. Tengok apa dah jadi... dah menjadi lumrah permainan. Ada kalah dan ada menang. Kemenangan kita kemenangan yang dinanti dan kalau kalah pun kalah dengan bermaruah biarpun penyokong di dalam staduim bagi pihak negara kita begitu sedikit. Semangat perjuangan adalah penting.....

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.