Entri Terkini :

Mengapa Dilupa?

Pertanyaan yang seringkali menjengah dalam kotak fikiran. Persoalan tentang "mengapa" menjadi satu kesukaran untuk dijawab tambah lagi dalam sesebuah perhubungan. Ternyata kehilangan sukar untuk diterjemahkan dengan kata hati. Bahkan sebuah kehilangan seringkali ditangisi. Kehilangan yang dimaksudkan adalah kehilangan keyakinan diri. Wah bunyinya macam sesuatu yang runcing.

Di sini kita ceritakan tentang fokus perhubungan. Apakah erti persahabatan dari pandangan anda? Adakah perhubungan yang sementara? Tanya pada diri sendiri apa yang kita mahukan. Ternyata ruang maya khususnya FB membolehkan kita mendapatkan ramai kenalan. Akan tetapi kenalan yang bagaimana kita perlu berhati-hati? Pertama kenalan yang hanya ingin menambah kenalan semata-mata tanpa memikirkan apa yang sepatutnya iaitu nilai murni. Aduh, bercakap pasal nilai murni berapa kerap yang tahu? Beramai ramai yang mengerti akan sikap saling faham memahami? Entahlah aku pun sukar untuk menjawabnya kerana ia terpulang pada induvidu itu sama ada untuk mengali ertinya. Sekadar mengetahui tetapi tidak memahaminya secara langsung maka ia adalah tidak bermakna sama sekali. Dalam konteks perhubungan ataupun persahabatan jelas sekali ia bukanlah perkara yang luar biasa. Ia adalah perkata biasa terjadi iaitu kehancuran dalam persahabatan.

Aku teruskan berbicara tentang kehancuran di mana terjadinya salah faham. Salah faham tentang cinta. Difinisi cinta sangat luas. Cinta pada siapa yang lebih utama? Soalan ini juga tanyalah pada hati apa mahunya. Bahan atau ramuan yang cukup perisa dalam persahabatan adalah kejujuran. Di dalam Facebook ada dikalangan kita mencari cinta. Cinta dunia maya. Benar, jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak untuk memilih dan tidak membabi buta dalam mencari pasangan atau juga kenalan. Namun, adalah salah faham yang terjadi. Renungkan seketika tentang seseorang yang 'demand' adakah dia seorang yang cerewet atau seorang yang sukar untuk diajak berunding? Bila kita tanya padanya, kenapa kamu memilih? Ada yang berkata "Aku tidak mahu kecewa di kemudian hari."

Pengalaman aku sendiri di facebook, aku juga suka berkenalan dan aku juag suka mencari kawan dan dalam senarai rakan terdapat sejumlah yang besar tetapi yang berhubung hanya berapa kerat sahaja. Ternyata semua orang memilih. Memilih rakan dalam perhubungan. Yang selebihnya itu adalah sebagai perhiasan tanpa wajah. Maksudnya kalau ada pun tak bertambah, kalau tiada pun tak berkurang. Pendek kata ia tiada memberi sebarang makna.

Sedikit tak bermakna tiada erti, banyak juga tak memberi maksud sensasi tetapi ia adalah subjektif. Soalnya sekarang kejujuran dan keikhlasan. Sesiapa sahaja boleh menambah rakan tetapi di saat kesusahan berapa ramai yang datang membantu? Jadi ia adalah lumrah kehidupan dan sesiapa sahaja pun merasainya. Kecewa, sedih, merana, derita bahkan kebahagian hidup mahu diraih oleh semua orang tetapi usaha ke arahnya langsung tiada. Jika kita ingin mendapat kawan yang jujur maka kita perlu jujur, jika sebaliknya kita tidak boleh salahkan orang lain.

Selain daripada itu masalah sikap adalah masalah induvidu. Jika dari induvidu pula memberi kesan pada orang lain maka ia dinamakan pula masalah sikap masyarakat. Apabila kebanyakkan melebihi had maka ia adalah satu 'Jenayah' perasaan. Ia menyerang sesiapa sahaja termasuk orang yang lemah. Tidak hairanlah mereka yang sudah berpengalaman dalam perhubungan bersikap berhati-hati. Maka jangan memaksa mereka menerima kita seadanya sedangkan kita sendiri tidak pernah jujur (ia pengulangan kerana JUJUR merupakan teras). Jika begitu janganlah kita mengharapkan orang lain juga jujur pada kita. Sekurang-kurangnya kita perlu berlaku adil pada orang lain juga. Bila kita memulakan perkenalan dan perkenalan itu mengecewakan maka tinggalkan dan jangan dilupa tentangnya kerana ia akan membuatkan kita belajar untuk memahami masalah sikap ini.

Berhadapan dengan orang yang "Annoying" ignore aje. Senang kan? Tetapi adakah kita juga akan diperlakukan perkara yang sama kelak? Berbalik pada perkara pokok. Setiap apa yang kita lakukan akan menerima pembalasan. Tidak akan terlepas walau sebesar zarah sekalipun. Jangan dilupa tentang-Nya. Jangan juga dilupa pengalaman yang ada adalah dari ujian-Nya. Dan jangan menganggap kelemahan itu adalah penamat segala-galanya. Jika kita rendahkan diri kita untuk apa sepatutnya itulah yang relevan tetapi jika kita riak dan takbur, itulah perkara yang terburuk di alam nyata. Bersama-samalah kita betulkan salah faham dalam perhubungan dan jangan wujudkan "Sikap Kurang Pandai" kerana otak yang boleh diajar adalah dari orang-orang yang tidak "SOMBONG".

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.