Entri Terkini :

kerana sekeping surat

Malam tadi aku duk mengemas bilik aku sendiri. Saje je nak ubah keadaan bilik yang memang bersepah gila tu. hahaha maklum la orang lelaki macam aku ni ada penyakit M huhuhu :P

Kemas punya kemas, aku pun terjumpa pulak box lama yang aku simpan bawah katil. Hiks... tarak keja selongkar pulak barang2 lama. Aku fikir nak buang aje barang2 yang x pakai. Kalau simpan jadi berlambak pulak. Tapi tu la, aku ni suka sangat duk simpan barang lama walaupun ia sebenarnya satu kepahitan. Mana tidaknya, sudah pasti ia akan mengingatkan aku pada sesebuah kenangan yang telah aku lalui.

Aku jumpa sekeping surat, surat awek katanya. Ha Ha Ha... tapi surat tu surat lama, budak pompuan tu masa kami berkenalan, dia masih sekolah. Underage katanya kan. Surat tu dia tulis dirinya malu pertama kali tulis surat dekat lelaki. Baru aje tingkatan satu. Aku anggap dia masa tu adik angkat aku aje la... so masa duk berhubungan dengan dia hanya dalam dunia maya dan di talian telefon sahaja. Hishh!!! teroknya aku ni kan? Dia ajak jumpa aku buat alasan. Untuk apa aku nak jumpa dia kan sedangkan ayah dia call aku. Dia kantoi dengan ayah dia kerana bergayut dengan aku dekat telefon. Ayah dia marah dia berkawan dengan lelaki. Biasa la tu kan anak dia pompuan baru berusia 13 tahun. Aku saje je jadikan dia adik angkat sebab dia selalu luahkan masalah dia dekat aku. Dia tension ke dia gembira ke, everything dia gitau aku....

"Kau jangan kacau anak aku lagi! Faham?! Kalau aku tahu kau masih berhubung dengan anak aku, aku cari kau sampai lubang cacing!" Warning ayahnya dengan penuh garang dekat gagang telefon. Aku pun cuak gak la kan. Selang beberapa ketika tu dia call dekat hp aku aku tak jawab. Dia telefon dekat rumah aku pun aku tak angkat. Senyap macam tu je. Dia kirim email lagi aku pun tak reply. Ishkkk... entahlah mungkin aku rasa perhubungan antara aku dan dia terhalang. Padahala ku tak pernah pun cakap lucah2 dengan anak dia tu. Adoyai... anak gadis la katakan. Huhuhu

After that, aku terbaca la surat tu masa duk kemas bilik. Aku jadi rindu la dekat dia sebab benda dah lama. Bertahun-tahun dulu la... (Bertahun sudah ku menunggu dirimu.... akhirnya kau tak menjadi milikku /// hahaha tukar lirik lak)

 (Gambar Hiasan)

Nombor telefon rumah dia aku ingat lagi. Aku terus dail, sah!!! dia masih hidup lagi. Dalam hati aku jangka dia mungkin dah berpunya atau dari kata lain dia dah berumahtangga. Tapi... masa aku call tu... aku cuba ingatkan dia .. aku beritahu siapa aku. Dia leh cakap "Saya tak pernah ada abang angkat pun." satu jawapan yang begitu menggores hati. Aku dah beritahu segalanya... nama aku, alamat aku. Tipu!! dia tipu aku konon tak kenal! huhuhu last sekali ada suara jantan call aku. Maybe suami dia. Kalau dia dah berumah tangga sekalipun nape nak berahsia? Cakaplah jujur.. huhuhu...,  dia bagi no hp dia lak so aku call... dia tanya lagi siapa aku. Huh!!!  dan akhirnya... satu tindakan drastik telah aku buat. Aku campakkan surat dia!!!!! malam tadi haru la jugak dan hujan pun mengerti akan perasaan ku yang hangat lantas dingin kembali merintis... huhuhu. Salah aku jugak lost contact dengan dia dulu....

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.