Amaran : Cerita ini mengandungi unsur 18SX dan 18SG dan 18PL serta sikit-sikit Umum. Kepada yang masih menyusu memang dilarang sama sekali membaca cerita ini. Harap maklum. (Pesanan Penaja)
Terpisat-pisat Shafika setelah dibawa ke sebuah tempat yang tidak pernah dia ketahui. Sebuah tempat yang tersembunyi jauh dari pengetahuan orang-orang awam. Di situ terdapat beberapa orang sedang duduk di atas kerusi batu manakala ada pula yang berdiri sambil bersandar pada dinding yang penuh denga contengan. Terdapat pelbagai gambar terlakar pada dinding tersebut.
Tempat yang tersembunyi itu merupakan kawasan bawah tanah. Sebentar tadi dia melangkah bersama-sama dengan Tim dan Roy menuruni tangga kemudian tiba di dalam ruang itu. Tim membisikkan sesuatu pada seseorang yang memakai topi cowboy. Tidak jelas kelihatan wajah itu kerana ia membelakangkan Shafika.
“Jadi dia perempuan tu?” Kedengaran suara halus dan menoleh ke arah Shafika. Rupa-rupanya orang yang memakai topi itu adalah perempuan. Pakaian ala-ala spy itu dengan lambang naga di hadapan baju sebagai lencana khas menampakkan betapa garangnya orang itu.
“Siapa ni?” Shafika bertanya kerana penuh kemusykilan di dalam kepala.
Sewaktu ke sini mereka terpaksa berhadapan dengan ancaman. Ancaman dari orang yang Shafika tidak kenali. Kini Shafika memerhatikan keadaan sekeliling dan semuanya adalah perempuan yang lasak. Gaya dan tindakan seperti lelaki.
“Hurm cantik.” Ucap orang tu sambil menguis dagu Shafika.
“Tim! Kenapa bawa aku ke sini?” Cepat-cepat Shafika menyalahkan Tim. Roy pula menarik bahu Shafika.
“Fika, lu selamat dekat sini.” Beritahu Roy.
“Yap.” Tim melabuhkan punggung.
“Nama gua Rem.” Orang yang memperkenalkan diri sebegai Rem itu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Shafika. “Oh... tak nak salam takpe.” Rem menanggalkan topi dan jelas kelihatan kepala tanpa rambut.
“Apa semua ni?”
“Come on Fika. Gua ketua budak-budak ni.” Ujar Rem dan menolak kerusi plastik untuk Shafika.
“Apa kaitan aku dengan kau orang?”
“Sini!” Tim dengan marah menarik tangan Shafika. Agak jauh juga Shafika dibawa Tim.
“Apa ni?”
“Lu cakap elok-elok sikit dengan dia. Beritahu apa yang gua dah pesan.” Bisik Tim.
Shafika seolah-olah berdegil dan susah nak terima untuk masuk dalam kumpulan ni. Tim ajak Shafika join kumpulan yang ala-ala samseng ni dan setiap anggotanya adalah perempuan.
“Kalau aku tak nak join, macam mana?” Shafika memang tak nak.
“Okey kalau lu tak nak join lu boleh keluar dari sini sekarang dan lu akan tahu apa itu erti penyesalan.” Tim memberikan kata dua. Keputusan tetap di tangan Shafika.
“Ho ho ho!!! What the hell bisik-bisik ni?”
‘Puk!’ kepala Tim dibaling dengan batu kecil oleh Rem. Tergaru-garu Tim sambil menoleh ke arah Rem yang tak puas hati.
“Sorry.” Ucap Tim lalu melangkah menghadap Rem. “Teruskan story sikit dekat newbie ni.” Ujar Tim lagi.
“Lu sini!” Panggil Rem dengan lantang. Shafika berkerut dahi dan melangkah mendekati Rem. “Gua kasi lu tengok.” Rem tunjukkan tatu pada bahagian lehernya.
“Tatu?” Shafika terkejut. “Kau tak tahu ke berdosa pakai tatu hah? Kita kan orang Islam.” Tiba-tiba pula Shafika berlagak seumpama ustazah.
“Lu kalau bercakap biar pakai purdah. Kalau masih pakai skirt macam ni tak payah nak sekolahkan gua la beb. Gua dah balau dengan semua ni.” Marah Rem sambil berpaling untuk duduk di atas kerusi batu.
“Balau tu apa?” Bisik Shafika pada Tim.
“Entah, tapi apa yang gua tau balau tu macam muak.”
“Bahasa apa tu?”
“Dia reka sendiri kut.”
Terangguk-angguk Shafika mendengar jawapan daripada Tim. Shafika menarik nafas dalam-dalam mengumpul keberanian.
“Aku nak masuk dale ini kumpulan.” Beritahu Shafika. Tim senyum kerana Shafika menurut kata.
“So good.” Rem juga menerima dengan hati yang terbuka. “Tapi dengan satu syarat.” Sambung Rem lagi.
Eee... macamlah aku nak join sangat kumpulan yang dah macam sampah ni! Bebel hati Shafika dan dengan perlahan-lahan merubahkan ekspresi wajah berkerut dahi kepada senyuman manis yang terulung.
“Apa dia?”
“Gua nak lu goda satu mamat ni.” Terus satu keping foto dihadapkan ke mata Shafika. Terbuntang mata Shafika. Aduh!!! Mati aku. Shafika kembali berkerut dahi dan menelan air liur. Dia kan sudah bersuami, nusyuz jadinya sekiranya dia curang dibelakang suami. Mana aci!
“Apa?”
“Sanggup?”
Demi sebuah kepastian, Fika. Come on... Kata-kata dalam kepala Shafika memberikan semangat untuk diri sendiri. Memang tugas itu tak mudah. Dan dia tak pasti sama ada mampu melakukannya ataupun tidak. Lelaki yang seumpama dalam gambar itu berwajah bengis dan dia teringatkan seorang lelaki yang pernah dilihatnya bertahun-tahun dulu. Lelaki yang bertatu harimau belang di tengkuk. Shafika cuba ingat-ingat lagi wajah itu dan ia semakin hampir pada sebuah jawapan. Ya!!! Kata hatinya.
***
Seseorang berlagak hero sudah mati dikelar. Kemudian tangan dan kaki dipotong begitu sahaja. Jasad sudah menjadi tidak serupa orang. Ketulan daging dipotong kecil-kecil. Dia benar-benar gila. Dia tidak lagi normal. Tersengih sendiri ketika menghiris dan memotong daging manusia di dalam sebuah gua tempat persembunyian sambil diperhatikan Ayu yang juga berhati sekeras batu dengan membiarkan sahaja kelakuan Ayob. Si malang itu yang memburu ayam hutan telah menjadi mangsa korban. Hadir untuk menagkap ayam hutan akhirnya diri sendiri menemui ajal dalam keadaan begitu tragis.
Ayob menggali lubang sedalam tiga kaki. Kemudian dikambusnya daging berserta tulang si malang itu di dalam lubang tersebut. Peluh mencurah-curah membasahi tubuh umpama ditimpa hujan lencun semuanya. Keringat itu adalah keringat usaha sebuah penghapusan. Sebuah penyeksaan hati. Sebuah kemelut jiwa melanda perasaan. Ayob kini bermasalah dalam psikologinya. Ayob tidak waras. Mentalnya sudah terganggu dipandu oleh jiwa yang tertekan.
Haris betul-betul terkejut dengan perubahan drastik daripada Ayob yang begitu tertekan dengan nasib diri sendiri. Haris juga tidak mengerti hakikat sebenar. Mungkin ada sesuatu yang telah merasuk fikiran Ayob. Sungguhpun begitu sukar untuk Haris menelaah dalam waktu segenting ini. Nampak sungguh celaru. Tindakan Ayob membuatkan darah Haris mengalir dengan laju. Jika Haris sudah begitu, apatah lagi pada Ayob yang sememangnya dirasuk kekeruhan jiwa sendiri. Pasti segalanya menjadi kelam kabut.
Ayob memandang Haris lama. Haris merenung juga ke dalam mata Ayob di dalam gua yang terpencil itu. Gua yang jarang didatangi orang kerana dikatakan gua itu berpenunggu. Gua yang sangat berbahaya. Di dalamnya juga terdapat banyak kelawar. Berani pula mereka berada di situ. Kalaulah ada binatang buas seperti harimau, bagaimana pula jadinya. Namun begitu tindakan Ayob menyamai tindakan haiwan buas, membunuh orang yang tidak berdosa. Menjadi mangsa keretakan emosi. Spiritual yang tidak berlandaskan kesabaran.
“Dia ni bodoh Haris... dia nak jadi hero macam kau. Dia nak selamatkan kau agaknya. Tapi tak sempat buat apa-apa. Kasihan kan?” Ucap Ayob dan meneruskan aktiviti menanam mayat itu.
“Ayob, kenapa kau bunuh dia Yob.” Haris berucap seperti orang yang sudah ketakutan. Biarpun selama ini dianggap berhati batu namun sekarang keadaan sudah berubah. Seorang kawan yang dianggapnya juga lemah kini jadi pembunuh kejam. Ayob! Sungguh Haris bingung.
Ayob terhenti dengen mengejut dan lantas memandang pada Ayu yang sedang duduk di atas batu. Ayu sedang terpejam mata pula. Ngeri agaknya melihat tindakkan itu dari awal tadi. Ayob pandang Haris semula.
“Biarkan kau menanggung setiap kematian.” Ucap Ayob tersengih-sengih.
Bicara Ayob merunsingkan otak Haris. Dia ni dah parah! Menyesal aku selamatkan dia! Haris sudah mula merungut sesal dalam hati sewaktu menyelamatkan Ayob yang separuh mati.
“Lima tahun aku dekat dalam, tak pernah aku tumpahkan setitis darah orang lain. Dekat dalam tak ada tempat mau lari. Takkan kau tak percayakan aku Ayob?” Dengan lemah Haris berkata-kata sedemikian.
“Ha ha ha, apa yang kau buat dekat penjara tu aku tak peduli. Tapi kau keluar dari penjara pun perangai kau tetap sama!” Ayob meninggikan suaranya. Cengkerik terhenti berbunyi mungkin terkejut mendengar suara Ayob.
Ayob memandang ke arah Ayu yang tiba-tiba berdiri di sebelah. Ayu memegang bahu Ayob dan beberapa detik selepas itu Ayu rebah.
“Ayu!” Pekik Ayob.
‘Sub!’ terdapat pula satu objek tertusuk tepat ke leher Ayob. Ayob mengambil objek itu dan melihatnya. Ia seperti sumpitan. Membulat besar biji mata Ayob dan akhirnya Ayob juga terkulai.
Haris tercengang. Dia menoleh kiri dan ke kanan khuatir ada orang lain lagi. Tetapi memandangkan keadaan itu berlaku maka sudah pasti wujud orang lain di situ. Haris tidak dapat berbuat apa-apa kerana ada penghalang.
p/s: klik la butang "LIKE" klu dah suke...tak komen pun x pe... TQ