Entri Terkini :

Setia Untuknya - 6

Kelam kabut dia mengejar waktu. Sungguh tertekan bila berkerja di saat-saat akhir. Hati Aqil Akasyah sering mengeluh mengenangkan sikap bosnya yang garang macam singa tu. Sudah nasib suratan bekerja dengan lady boss menggantikan bos lama. Sekarang ni singa tu dah jadi CEO baru syarikat seramik ini. Elya memang diberikan kepercayaan oleh Dato` Hamidi untuk menguruskan syarikat.
Chad berdiri di hadapan singa. Singa lapar tu macam nak terkam aje si Chad yang masih terpisat-pisat setelah menggelabah menyiapkan proposal untuk mendapatkan tender projek seramik pembinaan banglo tapak tanah yang dibuka itu.
“Mana proposal tu?” Elya tarik muka ketat. Jelingan tajam diberikan pada Chad. Chad terus menghulurkan proposal tu pada Elya. “Ni ke proposalnya? Aqil, you boleh buat lebih baik dari ni. Kalau macam ni cara kerja you, macam mana kita nak dapatkan tender dari Zumika Holding?” Petah Elya memarahi Chad selaku orang yang bertanggungjawab menyiapkan kerja tersebut.
“Tapi Zumika Holding dah declare untuk bagi tender tu dekat syarikat kita ni. Proposol ini hanya syarat untuk dibentangkan dalam mesyuarat yang akan diadakan nanti. Jadi tidak seharusnya Cik Elya mempertikaikan apa yang saya buat.” Chad terpaksa meluahkan apa yang dirasakan dalam hati.
Elya yang berlesung pipit dan berambut ikal mayang itu membulatkan biji mata setelah kata-katanya tadi dibantah oleh Chad. Chad masih berdiri biarpun dirinya pasti akan dihukum. Tapi Chad berani kerana benar.
Elya meghempas proposal itu di atas meja dan mula menyusun langkah mendekati Chad yang berdiri. Dengan beraninya Elya menarik tali leher Chad. Agak biadap cara itu namun Elya tidak menghiraukannya.
“Masih sibuk dengan urusan jual ebook?”
“Cik Elya… itu urusan peribadi saya.” Balas Chad sambil menepis tangan Elya yang sibuk memengang tali lehernya. Chad tidak senang dengan cara Elya tu.
“Oh yeah? Kalau itu urusan peribadi you kenapa boleh menjejaskan prestasi you dekat sini?” Elya mempersoalkan mutu kerja Chad sejak akhir-akhir ini. Elya tak mengerti apa-apa pun. Chad tahu Elya hanya memandai-mandai sendiri aje. Kalau betul faham, Elya tak berhak untuk masuk campur apa yang Chad buat dan apa yang Chad mahu lakukan. Semua itu tak ada kena mengena dengan Elya.
Sorry Cik Elya, sekarang lunch time, izinkan saya keluar dulu.”
“Tak boleh!!! Urusan you dengan I belum selesai lagi.” Elya menghalang.
Chad memandang ke dalam mata Elya yang terbuntang tu. Kalau diikutkan hati memang tak nak langsung Chad memandang wajah itu. Tapi apa boleh buat, Chad harus bertindak profesional dalam kerja.
“Please, sekarang ni bukan waktu yang sesuai untuk kita bercakap tentang hal peribadi.” Tutur Chad yang begitu kecewa dengan cara dan tindakan Elya yang mengambil kesempatan ini untuk menghukum dirinya yang enggan menurut kemahuan Elya tu.



Orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam restoran untuk makan tengah hari. Keadaan panas terik tidak dihiraukan kerana perut masing-masing sudah kelaparan. Di penjuru belah kanan terdapat meja kosong. Pandangan mata Ayuni Najwa melihat meja itu lantas kakinya cepat melangkah. Bimbang juga tiada tempat duduk nanti sekiranya dia lambat berbuat sedemikian. Apabila sudah diambil oleh orang lain maka tiada tempat duduk lagi yang tinggal maka terpaksa pergi ke restoran lain pula. Restoran nasi kukus di sini memang sedap dan ia menarik perhatian pelanggan untuk datang ke sini. Ayu juga merupakan pelanggan setia yang tidak pernah jemu menikmati makanan yang sesedap ini.
Saat tangannya mula menarik kerusi, tidak semena-mena kerusi yang sama juga ditarik oleh orang lain. Terkedu Ayuni. Dia tak sangka dapat jumpa Chad dekat sini. Pandangan mereka bertaut.
“Encik Aqil Akasyah sorang je ke?”
“Ayu… kebetulan pulak. Saya datang dengan kawan saya.” Balas Chad.
Cepat-cepat Ayu melihat orang dibelakang Chad. Hampa rasanya hati Ayu melihat Chad datang bersama orang lain.
“Tadi saya mesej awak tak balas.” Ujar Chad pada Ayu. Eh? Ayu kehairanan. Dia sendiri tak tahu ada mesej. Cepat-cepat dia mencapai telefom bimbitnya. Alahai, terpadam. Dia terlupa untuk cas baterinya kerana keletihan setelah mengemas isi rumah setelah berpindah.
“Lupa cas.” Jawab Ayu memalsukan senyuman.
“Ayu, saya kenalkan, ni Nora.” Chad senyum pada Nora seraya memperkenalkan Nora yang ramping itu pada kawan baiknya Ayu.
“Kenalkan? Bukan ke dah kenal?” Ayuni angkat kening sambil membetulkan tudung.
“Owh… lupa,” Chad tersengih-sengih kerana terlupa perkenalan telahpun dimulakan pada pertemuan yang tak terduga di McDonalds sebelum ni. “Abey mana?” Chad bertanya lagi.
Ayuni  Najwa berundur sedikit setelah Chad kelihatan seperti mahu duduk di kerusi itu. Tapi diperhatikan Chad menarik kerusi itu untuk Nora. Ayuni memerhatikan tindakan itu penuh dengan rasa cemburu. Perlu ke aku nak cemburu? Ah! Ayun berkata-kata dalam hatinya yang kerungsingan.
“Abey ada kerja.”
“Selalu berdua dengan dia kan?”
“Hari ni saya MC.”
“Awak tak sihat ke?” Chad mempamerkan kebimbangan tatkala mendengar ucapan Ayu itu. Nora pula sudah pun melabuhkan punggung.
“Sekarang dah okey. Ni pun baru balik dari klinik panel.” Beritahu Ayuni yang cuba menyembunyikan rasa cemburu yang mendalam.
“Kak Ayu boleh tanya sikit tak?” Nora mencelah. Ayu terus mengangguk. “Kak Bella masih marahkan Abang Key lagi ke?” Soal Nora.
“Kakak tak tahu. Lebih baik Nora tanya dia sendiri.” Balas Ayu. “Erm tak apalah, saya dah lambat ni Chad. Saya pergi dulu ye.” Ayu memberikan alasan dan menampakkan riak wajah tergesa-gesa.
“Ayu, marilah lunch sama-sama.” Ajak Chad tapi Ayu menolak pelawaan itu. Lagi lama dia dekat situ bertambah sakit hatinya. Ayu tak sangka bahawa Chad dan Nora semakin akrab sehingga keluar lunch bersama-sama.
Sebaik sahaja Ayu melangkah membawa perut yang kosong, Chad telah memanggil nama Ayu tapi Ayu buat tak dengar sahaja di dalam suasana hingar-bingar itu. Hatinya terlalu kecewa agaknya mengenangkan siapa yang dilihat bersamaChad. Aduhai, kenapa macam ni? Hatinya berkata-kata duka.



Tangan Ayu rapat ke dada dan muncungkan pula panjang sedepa. Hati Ayu benar-benar bengang. Dia sendiri tak tahu kenapa dia patut merasakan sedemikian walhal di antara dia dan Chad tak ada apa-apa ikatan pun. Sepatutnya apa yang lebih utama adalah Amran. Entah kenapa nama Amran pula muncul dalam benak sebagai penghalang perasaan di antara dia dan Chad. Kerap kali dia cuba mengusir bayangan Amran dengan menggantikan wajah Chad namun bayangan itu mencengkam rasanya.
Bagaimana mahu melupakan Amran sedangkan Amran sekarang ni wujud di hadapan mata. Amran memaksa untuk berjumpa meskipun dia tak ingin bertentang mata dengan lelaki itu. Buang masa dan buang karen aje. Berhadapan dengan Amran bagaikan merapuhkan nilai setia pada Chad pula. Itulah yang Ayu rasakan.
Amran dari tadi memerhatikan Ayu yang mencemikkan bibir itu. Ayu berpeluk tubuh berpaling ke arah lain. Pertemuan itu berlangsung di atas sebuah bukit dan terpampang pandangan kota dari puncak bukit itu. Amran sengaja mahu menemui Ayu di kawasan itu. Pemandangan pada waktu petang memang mendamaikan namun kedamian sebegitu tiada di dalam hati Ayu. Bagi Ayu ia adalah nafas yang sesak.
“Kenapa awak datang dengan dia?” Amran memulakan bicara setelah dari tadi kebisuan terlaksana.
Ayu melangkah sedikit ke hadapan meninggalkan Amran yang bersandar di kereta. Ayu mengeluh berat kerana Amran tidak sukakan seseorang yang menunggu jauh.
“Kalau saya tak datang dengan dia, dengan siapa saya nak datang? Dia kawan baik saya. Awak jangan nak pertikaikan tentang diri dia.” Ujar Ayu berkerut dahi.
“Ayu. Aku gerak dulu.” Abey bersuara lalu menghidupkan enjin motor. Abey tak nak cari pasal dalam hubungan mereka. Abey pun bosan tengok wajah Amran tu.
Ayu menoleh dan tak sempat berpesan apa-apa, Abey pun berlalu dengan motor TZM tu. Ish!!! Abey ni! Kalau kau pergi takkan aku kena balik dengan buaya ni pulak!!! Bentak hati Ayu.
Amran senyum sumbing tatkala memerhatikan Abey si penyibuk tu berlalu. Amran berpeluang untuk menghantar Ayu pulang. Itulah yang Amran mahukan berdua-duaan di sini bersama orang tersayang iaitu Ayuni Najwa.
“Biarlah dia pergi. Saya boleh hantar awak.” Tutur Amran lantas tangan Amran cuba menjalar pada tangan Ayu.
“Apa ni!!!” Cepat-cepat Ayu menepis setelah perasan tangan Amran cuba memegang tangannya. Amran dah melebih ni.
“Ayu, lambat laun kita akan kahwin jugak.”
“Am. Awak belum berhak menyentuh aku okey. Selagi kita belum kahwin, diri saya bukan untuk awak. Faham?!” Marah Ayu lalu Amran tersengih-sengih. Amran langsung tak hairan dengan ucapan sedemikian. Baginya semua perempuan adalah sama sahaja.
“Kalau ia adalah keindahan, adakah saya mesti pejamkan mata?”
Amran sudah mula menutur kata-kata manis. Ayu takkan kecundang. Ayu takkan cair. Pujuklah sejuta kali pun kerana Ayu akan tetap mempertahankan maruahnya. Tidak sesekali dia menjadi hamba buas lelaki bernama Amran.
Ayu dah muak. Ayu dah bosan dengan ucapan sedemikian. Kalau boleh dia mahu Amran hilang dari hidupnya tetapi itu mustahil. Ia terlalu payah. Amran selalu menganggu hidupnya.
“Please la. Kenapa awak tak cari perempuan lain aje. Ramai lagi perempuan yang boleh awak jadikan isteri Am.” Ujar Ayu kecewa kerana dia yang dipilih.
“Perempuan yang saya kenal tak macam awak Ayu. Awak lain.” Beritahu Amran menyusun langkah berdiri di sebelah Ayu.
“Sudahlah Am. Kata-kata awak tu dah basi. Saya nak balik.”
“Nak jumpa lelaki lain ke?”
“Am!”
“Mengaku je la.”
“Jangan nak serkap jarang okey.”
“Bagaimana kalau saya ada buktinya?” Amran mula mengangkat kening. Ayu pula dha mula berdebar-debar. Takut sungguh Amran mengetahui tentang Chad. Kalau benar maka Chad mungkin dalam bahaya.
“Tunjukkan.”
“Jangan cabar saya. Saya akan sentiasa perhatikan awak.” Ucap Amran mengerling tajam kea rah Ayu.
Ayu sedikit lega kerana Amran hanya main cakap je tapi tak tunjukkan bukti. Ayu takut perkara yang tak dingini berlaku. Dia tak mahu Amran bersemuka dengan Chad. Chad takkan tahu isi hati Ayu. Kalaulah Amran berhadapan dengan Chad sudah pasti Chad terkeliru.
Satu pesanan ringkas masuk ke telefon bimbit Ayu. Cepat-cepat Ayu mengelurkan telefon bimbitnya itu dari dalam tas tangan. Baru sahaja mahu dibacanya Amran telah merampas telefon berkenaan. Tersentak Ayu menlihat kelakuan Amran. Ayu menjegilkan biji mata.
“Amran!!! Give me back!”
“Saya nak dapatkan bukti.” Ujar Amran tanpa perasaan.
“Amran. Saya tak suka awak buat macam ni.” Ayu cuba mendapatkan semula telefon bimbitnya namun enggan diberikan oleh Amran.
“Saya dah kata. Saya akan dapatkan bukti walau apa cara sekalipun. Awak takkan tak kenal saya ni macam mana?” Kata-kata Amran sungguh menyakitkan hati Ayu.
Amran tergamak membaca pesanan itu. Amran telah mencampuri urusan peribadi Ayu. Ayu tertekan dengan tindakan Amran sedemikian rupa yang begitu mendesak. Ayu merengus geram. Dia benar-benar sakit hati. Hak peribadinya dicabuli. Ayu tak suka semua itu diambil peduli.

Kalau kau dh settle, gitau aku. Nanti aku gi ambik – Abey

Amran membaca pesanan daripada Abey. Tersengih-sengih Amran ketika ini. Cepat-cepat Ayu merampas semula telefon bimbitnya di saat Amran sedang leka. Ayu terus melihat isinya. Ayu melepaskan nafas lega kerana pesanan itu datangnya daripa Abey.
“Kenapa awka nampak macam takut sangat?”
“Erm saya nak balik.” Ayu beralasan.
“Saya hantar.”
“Awak dah baca kan?”
“Jadi awak nak balik dengan dia ke?” Amran masih tersenyum sinis. Bencinya aku tengok! Ayu merungut dalam hati. Ayu enggan balik dengan buaya! Ayu tak nak!
“Ayuni Najwa, kalau tak bersalah kenapa perlu takut?”
“Sudahlah Amran. Saya kecewa dengan awak.”
“Selama ni pun saya tahu awak kecewa dengan saya. Jom saya hantar awak balik.” Tutur Amran lalu menarik tangan Ayu.
Don’t touch me!” Bentak Ayu.
Bengangnya Ayu! Ayu tak selesa dengan Amran. Ayu bencikan Amran. Ayu geram dan Ayu tak mahu tengok muka Amran. Kenapalah kau selalu ganggu aku dan menyusahkan hidup aku?! Ayu merungut lagi di hatinya.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.