Amaran : Cerita ini mengandungi unsur 18SX dan 18SG dan 18PL serta sikit-sikit Umum. Kepada yang masih menyusu memang dilarang sama sekali membaca cerita ini. Harap maklum. (Pesanan Penaja)
Satu perkenalan telah berlangsung. Bermula dari tempat perhentian bas kini mereka berdua ke satu restoran untuk minum minuman panas memandangkan cuaca sangat dingin selepas hujan. Wanie memandang Shafika dan Shafika seolah-olah kaku. Mereka sudah membuat pesanan dan hanya menanti segalanya dihantar ke meja. Wanie mencuit lengan Shafika supaya Shafika kembali ke alam nyata. Kelihatan Shafika mengelamun pula. Shafika terpisat-pisat sendiri.
“Cool.” Tim senyum.
“Macam mana nak cool?” Shafika menyoal.
“We know, Cik Fika ada masalah kan?” Kata Tim.
“Rasanya tak perlu tahu.” Wanie menyampuk.
“Kawan Cik Fika ni banyak bunyi kan?” Roy mencelah sambil angkat kening. Tim pandang Roy supaya jangan berkasar.
Wanie menjeling. Dia kurang suka dengan perwatakan kedua-dua mereka tu. begitu lasak dan kasar. Sewaktu di tempat menunggu bas pun bukan main miang dan menggatal seolah-olah berjiwa lelaki yang memerlukan perempuan di dalam hidup. Tapi itu hanya luaran mereka. Wanie tidak patut menghukum orang lain sedemikian rupa kerana mereka mempunyai nilai hati dan perasaan yang tidak diketahui.
Kalau bukan kerana Shafika, Wanie takkan ikut mereka. Lagi pula Wanie kehairanan bagaimana Shafika mampu menurut pelawaan orang yang tidak dikenali untuk duduk semeja pula. Sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini tiada siapa yang tahu.
“Tapi kenapa terlalu kasar?” Wanie lepaskan geram.
“Kalau selembut sutera pun lelaki tetap suka ambil kesempatan.” Bidas Roy.
Wanie terus mendekatkan bibirnya pada cuping telinga Shafika. Dia cuba membisikkan sesuatu kepada Shafika. Roy terus mengerling mata.
“Kenapa kau mudah percaya dekat mereka ni? Aku rasa mereka ni bukan orang baik-baik.” Bisik Wanie. Shafika mengeluh sahaja dan memandang ke arah Wanie pula selepas Wanie berbisik sedemikian.
“Apa ni main bisik-bisik?” Roy mempamerkan riak wajah tidak berpuas hati.
“Baiklah. Kebetulan kami memang pernah nampak cik Fika.” Tim memulakan bicara untuk kelihatan lebih tenang dan tidak sekecoh tadi.
“Nampak?” Wanie mengerling mata.
“Boleh tak biarkan kawan gua ni cakap dulu?” Roy menghalang Wanie dari terus membidas kata-kata Tim.
“Erm, kami cuma mahukan kepastian aje.” Beritahu Tim sambil memandang ke dalam mata Shafika yang masih kebingungan.
“Jadi apa sebabnya?” Tanya Shafika.
“Gua berdua diarahkan oleh seseorang supaya mencari orang di dalam gambar ni.” Tim menghulurkan sekeping foto dan dihadapkan ke wajah Shafika. Shafika pun mengambil foto itu. Terbuntang mata Shafika kerana dirinya di dalam foto itu.
“Eh?”
“Sama kan?” Ujar Roy.
Wanie terus mengambil gambar tu dan diperhatikan betul-betul. Wanie juga tak sangka orang di dalam foto itu adalah Shafika. Rupanya sebijik macam muka Shafika.
“Siapa yang mintak korang berdua cari aku?” Tanya Shafika pula yang berdebar-debar jadinya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dirinya begitu penting sehinggakan dirinya dicari sampai sebegitu rupa. Adakah tragedi dulu akan berulang? Shafika tertanya-tanya. Fikirannya terarah semasa diculik dulu. Tidak mustahil ia akan berulang kembali.
“Itu tak penting. Sekarang ni Cik Fika kena ikut kami.” Ujar Tim.
“Ini soal hidup dan mati.” Beritahu Roy pula.
Wanie memandang mereka silih berganti. Wanie tak faham apa yang mereka katakan. Cepat-cepat dia menggoncangkan tubuh Shafika.
“Fika. Lebih baik kau jangan dengar cakap mereka ni. Kita tak kenal dorang ni. Mungkin dorang berniat busuk.” Wanie mahu Shafika jangan terpengaruh dengan ucapan Tim dan Roy.
“Kalau kami berniat busuk dah lama kami settlekan lu orang dekat perhentian bas tu la!” Roy angkat kening dari tadi menahan rasa bengang. Melihat wajah Roy dan berona merah tu, Wanie terus terdiam.
Dalam otak Shafika sedang berlegar-legar satu perkara. Mungkin dengan cara ini dia dapat mengungkaikan misteri kematian Intan. Shafika mesti ikut mereka. Baik dan buruk tergantung ketentuan. Dia dah tak mampu untuk memikirkan yang baik dan juga yang buruk. Apa yang penting adalah pertanyaan itu.
Shafika bangun bersama mereka biarpun belum sempat untuk minum. Tim dan Roy pula tergesa-gesa kerana merasakan sedang diperhatikan. Wanie ditinggalkan terkulat-kulat di situ. Demi sebuah jawapan Shafika terpaksa meninggalkan Wanie sementara waktu.
Sebaik sahaja Shafika membonceng motor besar itu. Kelihatan kenderaan lain mengekori perjalanan mereka. Shafika membonceng bersama Tim. Motor besar dengan enjin berkuasa tinggi pun memecut laju membelah dada malam di dalam keadaan jalan raya yang masih basah.
Dua buah kereta masih mengekori mereka. Tim dan Roy bergerak seiring. Tim mengangguk pada Roy dan Roy membalas anggukan itu. Shafika pula memeluk rapat tubuh Tim. Setibanya di simpang empat, Tim membelok ke kanan dan Roy pula membelok ke kiri.
“Pegang kuat-kuat!!!” Pekik Tim mengarahkan Shafika supaya jangan leka.
Shafika dekat belakang terasa bagaikan diawan-awangan sahaja. Belum pernah dia membonceng motosikal sebegini dengam kelajuan yang cukup pantas. Terasa jantung Shafika mahu gugur.
“Ye!!!” Jawab Shafika.
“Kita diekori!!!” Laung Tim lagi. Shafika terus menoleh. Terdapat sebuah kereta buatan luar negara mengekori dari belakang. Sebuah lagi sudah pasti sedang mengejar Roy.
‘Vrommm Vrommm’ terdapat dua buah motosikal lagi mengejar dari sebuah simpang. Ia seperti satu perangkap dan memang sudah satu rancangan untuk memerangkap Tim. Tim menoleh ke kiri motosikal itu juga selaju motosikalnya tapi Tim tiada pilihan terpaksa mengacah pantas dan terus membelok rapat supaya motosikal itu terbabas.
***
Seorang lelaki berdiri di sebelah si gadis yang telah diketahui identiti. Haris betul-betul tergamam. Lidahnya kelu sungguh tidak percaya. Dia perhatikan dari matanya yang layu. Dirinya sudah disuntik dengan ubat penenang dan dirinya sudah mula sedar sedikit demi sedikit.
“Kau...” suara Haris lemah. Sungguh Haris tidak menjangkakan seorang yang rapat dengannya. Seorang yang menjadi harapan dan seorang yang boleh membantu dirinya kelak menjadi duri dalam daging. Menjadi seorang yang menikam dari belakang.
Ditenung orang itu dalam-dalam kerana berasa sangat marah. Darah mendidih namun pergerakan pula terbatas kerana dirinya dirantai begitu sahaja bagaikan haiwan ternakan yang tidak mahu dilepaskan.
Haris memerhatikan langkah insan yang keji itu mendekati dirinya. Sebetulnya Haris masih dihambat rasa bingung. Mana boleh percaya. Sukar nak percaya. Boleh atau tidak? Itulah parahnya pertanyaan dalam hati apabila nuklear resah sudah pun meletup.
Haris menerima dua kejutan. Kejutan yang pertama insan misteri yang menyelamatkannya. Kedua lelaki yang berdiri di sebelah perempuan itu. Itulah yang menjadi perosalan yang menghancurkan jalur rasa. Haris jadi bengang. Haris jadi tak tentu arah. Jiwa Haris remuk. Jiwa Haris berkecai bagaikan dilanggar keretapi yang kemudian meletup.
“Seekor harimau sudah berada dalam tangan aku. Tak sangka betul mudahnya perbodohkan kau ni kan? Aku fikir kau ni terlalu bijak tapi bodoh nak mampus.” Ayob menghina Haris tanpa memikirkan apa-apa lagi. Haris seolah-olah mampu dijinakkan. Itulah sangkaan Ayob. Betapa gembiranya si hati itu setelah dendam kesumatnya akan terlunas biarpun hati sehitam asap tayar getah yang dibakar api terbang terus menjadi awan.
Dalam keadaan dingin dan tubuh sering digigit nyamuk itu membuatkan Haris betul-betul tak selesa. Dia juga terkedu dan merasakan begitu mudah diperbodohkan seumpama kata-kata lelaki tu.
“Ayu... kau tutup mulut harimau jinak tu. Nanti dia mengaum macam orang bodoh pulak.” Serta merta Ayu bertindak setelah menerima arahan.
Mulut Haris diikat supaya tidak perlu banyak bercakap. Ayob tersenyum sinis di hadapan Haris. Biarpun di luar gua itu hari sudah siang namun di dalam perut gua ini masih gelap dan hanya disinari kesamaran cahaya yang menembusi celah-celah bongkah batu. Cahaya menerobos masuk melalui ruang itu.
Ayob melangkah mendekati Haris lalu duduk mencangkung dan seterusnya lutut kanan dijatuhkan ke atas permukaan tanah. Satu botol air dituangkan ke atas kepala Haris supaya lebih kelihatan segar. Menggeleng laju Haris jadinya.
“Aku sebenarnya tak tahan dengan perangai kau ni. Disebabkan kau aku mendapat banyak kesusahan. Masa Mael Lambung cari kau, aku pulak yang jadi mangsa. Aku terima banyak ugutan. Mujur ada Ayu... dia banyak tolong aku berikan aku semangat nak hidup. Tapi kau!!! Kau macam sial!!!”
Haris merengus geram. Lantaran itu Ayob terus menumbuk muka Haris kerana Haris masih cuba untuk melawan dalam keadaan selemah itu.
“Kau ni hidup menyusahkan orang. Bekas kekasih hati kau sendiri mati kena bunuh pun disebabkan orang nak cari kau. Lebih baik kau mati aje baru aman semua orang dan kau kena ingat, kalau kau hidup pun kau akan terus diburu. Orang-orang Kampung Paras dah anggap kau pembunuh Pak Khalid.” Ujar Ayob lagi.
Haris hanya mampu merenung tajam ke arah Ayob dan dia tidak berpeluang untuk bercakap selagi mulutnya masih terikat. Ayob mesti beri peluang untuk dia bercakap.
“Kau ada apa-apa nak beritahu aku sebelum aku pancung kepala kau?” Tanya Ayob lalu Haris mengangguk.
Ikatan pada mulut Haris sengaja ditanggalkan untuk memberi peluang Haris memberikan ucapan terakhir sebelum kepalanya dipenggal.
“Apa masalah kau?” Soal Haris
“Bodoh!!!” Bentak Ayob dan...
‘Dush’ Ayob menumbuk lagi muka Haris dengan penuh rasa geram. Muka yang itu memang dah lama nak ditumbuk. Muka Haris menjadi sasaran. Biar lebam biar cacat kerana mampu memuaskan hati Ayob.
Haris menyeringai kesakitan akibat tumbukan padu itu. Itulah pertama kali Haris menerima tumbukan daripada Ayob. Rasa sakit itu membuatkan Haris merengus.
“Orang-orang Mael Lambung dah buat aku sengsara!!! Kau faham tak??? Aku bukan lagi lelaki sejati!!! Bodoh!!! Kau ni bodoh!!!” Pekik Ayob lalu menumbuk muka Haris bertubi-tubi sampai berdarah lubang hidung Haris. Bibir Haris juga turut pecah.
“A...aku tak faham.” Ucap Haris yang masih berani bersuara.
Kali ini perut Haris pula ditumbuk. Ayu memerhatikan sahaja tindakan Ayob tu. Ayu mengerti akan perasaan Ayob ketika ini. Biarlah Ayob melepaskan geram yang terbuku. Kemunculan Ayu semata-mata untuk membantu Ayob dan juga demi rasa cinta. Malangnya cinta itu terhalang kerana Ayob menghadapi tekanan perasaan dan emosi yang terlalu tinggi. Ayu berjanji untuk membantu Ayob.
“Mungkin kesakitan demi kesakitan akan buat kau lebih faham.” Ayob membuka zip seluar Haris. Sekiranya senjata itu kelihatan akan membuatkan Haris mengerti. Haris meronta dan dia meminta supaya Ayob tidak mengaibkannya di hadapan Ayu.
Namun semua itu Ayob tak endahkan. Biar Haris aib. Biarkan Haris malu. Dan biarkan Haris faham apa sebenarnya seksa bukan lelaki sejati. Ayob mahu Haris merasakan bagaimana sakitnya yang dirasakannya sewaktu menerima dugaan seperti itu. Menjadi kerakusan seks dari kaum sejenis. Menjadi alat memuaskan nafsu secara paksa. Sakit bukannya kepalang. Seksanya hidup apabila sering dihantui bayangan-bayangan hitam. Ia menjadi sejarah hitam dalam hidup Ayob yang tak mungkin dapat dilupakan.
Ayob menyalahkan Haris seratus peratus. Ayob hanya mahu Haris mati. Mahu Haris terseksa. Biarlah di akhir hidup ini mejjadi tanda kepuasan setelah melihat Haris merana. Melihat Haris mengemis dan mahu melihat Haris juga menerima perkara yang sama.
Ayu berpaling dan tidak mahu melihat tindakan Ayob yang tidak bermoral itu. Ayu tidak tergamak melihat cara yang sedemikian. Biarpun Ayu mengerti akan kepedihan Ayob rasakan. Namun sukar untuk ditonton.
“Apa kau cuba nak buat ni!!!” Haris sangsi. Haris dah cuak. Dia dapat merasakan Ayob serius kerana wajah Ayob sudah berubah seperti manusia yang tidak berperasaan yang hanya tahu untuk membunuh. Yang hanya mahu menebus kekecewaan.
“Diam!!! Kalau aku potong benda ni kau fikir kau layak jadi lelaki lagi ke?” Ayob menghadiahkan ugutan demi ugutan.
“Kau jangan buat gila!”
“Memang aku gila!!!” Ayob memberontak.
“Ayob!!! Jangan terburu-buru. Kau mesti bersama dengan aku hapuskan mereka.”
“Argh! Seeloknya aku hapuskan kau dulu! Aku dah kata kau jangan paksa aku.” Tiba-tiba sahaja Ayob mencebik pula. Wajah Ayob berubah-ubah. “Haris... aku dah gila.” Ayob menangis. Emosi Ayob tak menentu.
“Bertenang Yob.” Haris cuba mengawal emosi Ayob sedangkan emosinya juga tidak menentu. Keadaan betukar ganas pada bila-bila masa sahaja.
Udara pagi yang sepatutnya segar menjadi sesak. Sesak dengan keadaan yang begitu genting seumpama ini. Ia menjadi satu salah faham dan ia juga merupakan satu balas dendam di antara kawan dan kekejaman. Di antara hidup dan mati. Antara bahagia dan derita.
“Macam mana aku nak bertenang? Aku dah menderita.” Ayob tunduk mengesat air mata. Kemudian dia mengangkat semula kepalanya dengan biji mata yang terjegil. Nafas Ayob turun naik dengan laju. “Aku dah kena liwat!!! Aku dirogol!!! Dicabul!!! Kehormatan aku dah hilang. Semuanya kerana kau! Disebabkan kau aku jadi mangsa kezaliman musuh-musuh kau! Aku dah mati pucuk!!!” Bentak Ayob seraya menekan kuat pada alat sulit Haris menyebabkan Haris terseringai kesakitan. Dalam masa yang sama Haris terkedu mendengar luahan perasaan itu.
“Ayob!!! Arghh!!! Sakit lah bodoh!!!” Maki Haris.
“Jerit supo ponde!” Sinis Ayob.
“Hoi!!!” tiba-tiba kedengaran suara muncul. Ayob terhenti manakala Ayu pula terus menghunus pedang samurai dalam keadaan bersiap sedia.
p/s : tak tau la best ke tak bab kali ni... enjoy k... jika suka just klik 'LIKE' dekat bawah... SMILE [ V ]
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
p/s : tak tau la best ke tak bab kali ni... enjoy k... jika suka just klik 'LIKE' dekat bawah... SMILE [ V ]