Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 26)

Amaran : Cerita ini mengandungi unsur 18SX dan 18SG dan 18PL serta sikit-sikit Umum. Kepada yang masih menyusu memang dilarang sama sekali membaca cerita ini. Harap maklum. (Pesanan Penaja)


Bintang berkelipan di langit menambahkan lagi keindahan malam. Ditatap sinar itu bersama cahaya bulan terang. Lama-kelamaan sinar itu mula hilang kerana dipasung awan gelap. Siulan angin mula kedengaran dan dedaun berdesiran. Tidak semena-mena cuaca berubah wajah. Dari segar menjadi suram. Terdapat pantulan kilat membuatkan mata berpinar. Tubuh itu mula menerima sentuhan dingin dari tiupan angin yang mula perlahan berubah kencang.
Perasaan di awalnya menilik detik resah bertambah resah kerana keadaan ini membuatkan sifat gerun dan takut mula wujud. Di pandang ke kiri dan ke kanan menyesuaikan keadaan di bawah tempat menunggu bas.
“Jom kita balik, Fika.” Wanie mengajak Shafika balik kerana Wanie menjangkakan sebentar lagi pasti rintik hujan akan turun.
Shafika masih setia di situ dan enggan pulang. Dia masih mahu berada di situ kerana mengenangkan akan sesuatu yang pernah disampaikan kepadanya oleh Intan sewaktu dia belum berangkat ke luar negara dulu.
“Dekat sini Intan ada beritahu aku sesuatu.”  Kata Shafika dengan lirih sambil memandang ke lantai pondok menunggu bas itu.
Wanie melihat jam di tangan. Jarum jam pendek terarah pada angka sepuluh. Jarum panjangnya pula pada angka tiga. Malam kian larut. Kilat masih sabung menyabung. Wanie takut hujan nanti menyukarkan pemanduan ketika pulang. Kalau berlama dekat situ pula tempias hujan pasti akan membasahi tubuh.
“Aku tak faham apa yang cuba kau nak beritahu aku ni. Dari tadi aku tertanya-tanya Fika.” Wanie bangun bersedia untuk melangkah ke arah keretanya. “Marilah balik.” Wanie memujuk.
“Macam mana kau nak faham kalau kau asyik nak balik je.” Shafika meninggikan sedikit suaranya.
“Fika, kau ni kenapa?”
“Wanie, Intan kena rogol!!!” Satu halilintar turut mengiringi ucapan Shafika itu bersama guruh bertalu-talu kedengaran. Cuaca pun faham situasi ini. Ia amat tegang terutama dalam sekeping hati yang membengkak.
“Apa? Rogol?” Terkejut Wanie mendengar kata-kata Shafika itu. Terbuntang mata Wanie. Sungguh hak wanita diperlekehkan. Kenyataannya ia amat pahit. Kes begini amat digeruni kaum Hawa. Di atas nama wanita, ia menjadi sandaran lemah. Mudah diperkotak-katikkan dengan ura-ura ketakutan walhal pembelaan mesti berlangsung. Berderau darah Wanie. Terasa sesusuk tubuh pejal dan kaku. Itu baru Wanie, bagaimana pula Shafika yang sememangnya mengetahui kebenaran dari satu suara.
“Tapi dia tak beritahu aku siapa yang buat macam tu.” Shafika tunduk umpama menahan sebak yang tersedak di relung hati. Benar kenyataan wanita ini.
Menyusul pula satu benak yang berkata dalam kepala tentang hal itu. Wanie juga tahu siapa bekas kekasih hati Intan. Kalaulah benar pula dengan apa yang Shafika katakan itu, bagaimana dengan ingatan Wanie pada apa yang dilihatnya waktu di kolej dahulu? Hampir-hampir terperangkap dirinya yang terlihat Bakar diludah wajah oleh Intan. Itu hal tidak lama dahulu dan masih segar di ingatan dan mata hati Wanie.
“Dia ex Haris kan?” Dengan ketara Wanie bekerut dahi memandang Shafika. “Intan pernah digoda oleh orang lain.”
“Hah?”Mereka bercakap mengenai orang yang sudah tiada. Sukar Shafika percaya Intan mati membunuh diri. Dia tak menerima hakikat itu dan firasatnya menyatakan bahawa Intan tidak semudah itu untuk mengakhiri hayatnya. Bagi Shafika, tindakan Intan itu adalah mustahil.
“Erm.”
“Wanie, kalau dia ex Haris sekalipun, tak bermakna Haris kan?” Shafika jauh berfikir. Ke awan hitam sukar ditembus juga. Wanie berat untuk mengangguk. “Intan pernah beritahu aku siapa yang cuba menggodanya.” Sambungnya lagi.
Wanie tak jadi nak balik. Dia duduk semula. Di situ Shafika berkerut dahi dan otaknya masih tercari-cari punca sebenar. Memang satu hari ini dia seolah-olah hilang kawalan kerana sibuk menelaah akan kematian Intan yang dikatakan bunuh diri tu. Dia menduga itu semua tak logik. Akalnya langsung tak dapat menerimanya.
“Aku tak pasti. Dah lama aku tak nampak Haris. Serius aku tak terfikir apa yang kau sedang kau fikir ni.”
“Bagaimana dengan Bakar?” Sengaja Shafika menduga.
“Dia abang angkat kau kan?” Sarkastik Wanie dalam menempelak hakikat berkenaan.
“Wanie, aku tengah serius ni.”
Terbungkam Wanie seketika. Mereka diam selama dua minit melayani fikiran masing-masing. Sesudah itu Wanie cuba menyambung semula perbualan. Shafika seolah-olah meramalkan kemungkinan dengan menggigit jarinya sendiri.
“Selalunya orang yang desprate berpontesi melakukan jenayah. Siapa yang tergamak bunuh Intan?”
“Mesti ada orang yang berniat macam tu.” Ujar Shafika.
“Aku tak rasa dia kena bunuh Fika. Terbukti kejadian tu sebagai kes bunuh diri.” Sebenarnya Wanie tetap ragu-ragu. Masih menimbang kebenaran.
Beberapa detik kemudian perbualan mereka terganggu dek kemunculan dua buah motosikal dengan enjin berkuasa tinggi. Dua buah motosikal itu parkir di tepi tempat menunggu bas itu lalu turun dari motor masing-masing. Dua orang insan misteri itu masih memakai topi keledar sedang melangkah ke arah Shafika dan Wanie.
Fikir Shafika saat ini, dua orang itu mungkin ingin menumpang teduh dari hujan yang kian lebat itu. Wanie pula memandang dengan penuh curiga lalu mencuit lengan Shafika menunjukkan sesuatu yang cuba dikeluarkan oleh salah seorang insan misteri itu dari poket seluar.
“Opocot!!!” melatah pula insan misteri itu gara-gara telefon bimbit terlepas dari tangan sesudah diambil dari dalam poket.

***

Dia sudah dibawa ke satu tempat yang begitu jauh dari kota dan juga dari sebuah kampung yang ditinggalkan dengan terpaksa itu. Semakin ke hulu jauhnya. Berjalan kaki pula sehingga beberapa meter meninggalkan kereta di satu tempat yang tersembunyi.
Haris masih memerhatikan insan misteri itu. Ketika ini dia bersandar pada batu besar di dalam sebuah gua. Malam yang gelap itu hanya ditemani unggun api. Nyamuk pula menjadikan tubuh Haris sebagai sasaran menghisap darah.
“Dari tadi kau tak buka topeng kau tu. Siapa kau sebenarnya.” Haris bertanya ingin tahu. Susah benar orang tu nak buka topeng. Sudahlah tangan dan kakinya diikat dari awal tiba di situ. Kalau Haris nak minum pun orang tu suapkan. Haris benar-benar tak percaya dengan ketangkasan orang tu yang mampu berdayakannya sehingga berjaya kaki dan tangan terikat sebegini. Nasib baiklah mulutnya tidak diikat sekali.
Haris dah mula geram. Geram kerana tiada satu ungkapan pun yang terpacul dari mulut orang itu. Memang sejak awal lagi dia tak mendengar walaupun satu patah perkataan.
“Kau bisu ke?” Tempelak Haris. Orang itu masih lagi memegang pedang samurai dan tangan yang satu lagi mencapakkan kayu ke dalam unggun api itu. “Kau memang bisu!!!” Bentak Haris lalu sepantas kilat pedang yang dipegang oleh orang itu terhunus dekat leher Haris.
“Aku tak bisu la sengal!” Fuh! Baru dengar suara.
“Woh! Perempuan kau ni.” Kata Haris kerana mendengar sebijik suara itu menyerupai suara perempuan.  Haris tak sangka rupa-rupanya perempuan yang telah menyelamatnya dari cengkaman orang Kampung Paras. Kini suara sudah kedengaran. Bagaimana pula dengan rupa? Haris teringin nak tengok.
“Boleh tak kau diam?” Orang tu mahu Haris mengunci lidah.
“Aku lapar!” Perut Haris kosong. Haris juga tak sangka dirinya pula dijadikan tebusan. Tapi Haris tak pasti tebusan daripada siapa. Cuma yang dia tahu dia ada di dalam gua setelah diselematkan oleh perempuan ni. Sudahlah diberikan ubat penenang sehingga Haris pengsan ketika tiba di kawasan hutan ni. Bila dah sedarkan diri terasa tak mampu untuk bergerak. Alamak... sudah terikat, itulah yang Haris gusarkan.
“Tunggu.” Orang tu yang masih bertopeng bangun dan mencapai satu bungkusan. Kemudiannya dihempas bungkusan itu di hadapan Haris. “Makan sendiri.”
“Agak-agak la, takkan kau nak suruh aku makan dalam keadaan macam ni.” Haris tetap tak puas hati tapi dia ada agenda tersendiri mahu memerangkap orang itu.
“Aku dah letak ubat takkan sakit lagi tangan kau tu?” Beritahu orang tu yang masih berdiri di hadapan Haris.
“Aku nak makanlah bongok!”
Zap!!! Terus pedang tu berada dekat leher Haris. Mulut Haris memang cabul. Suka benar buat orang marah. Kalau ya pun agak-agaklah, jika pedang tu terkelar dekat leher baru padan muka.
“Sekali lagi kau panggil aku bongok, aku potong lidah kau! Faham.”
“Amboi, kasarnya perempuan ni.”
“Kau makan sendiri!” Bentak orang tu. “Dah kasi betis nak paha.”
“Mana betis kau? Aku belum merasa lagi ni.”
‘Pang!!!’ tak pasal Haris ditampar. Tertoleh ke kiri muka Haris setelah ditampar dengan kuat oleh perempuan tu. Fikir Haris, perempuan ni kuat dengan tangan kiri.
“Okey, terima kasih untuk kesedaran ni. Pedang kau tu cukup cantik kenapa tak gunakan pedang kau tu untuk tikam hati aku sahaja?” Sengaja Haris mencari jalan agar pedang itu didekatkan lagi padanya. Dia mahu melihat sebenar-benarnya pedang itu meskipun debaran masih terasa kerana masih ragu-ragu.
Dari belakang, Haris cuba melepaskan ikatan dengan sebilah pisau kecil yang terselit pada pinggangnya. Memang di tempat itu Haris meletakkan senjata kecil berkenaan secara rahsia.
“Tak perlu aku buat macam tu.”
“Boleh tak kau dekatkan bungkusan tu? Itu yang kau kena buat.”
“Huh!”
“Kalau ia adalah makanan tak elok aku menggunakan kaki untuk merapatkan ia pada aku.” Jelas Haris yang meminta bungkusan itu didekatkan lagi.
“Kau ingat aku bodoh ke? Sekarang ni kau cuba nak lepaskan diri kan? Kalau kau buka ikatan pada tangan kau sekalipun, kau memang tak ada otak. Kau tengok la kaki kau tu. Kau ingat aku ikat pakai tali ke? Tu besi. Kalau besi takkan kau boleh potong guna pisau! Tu dekat leher kau tu ape? Rantai besi la bro... aku dah ikat kau serupa anjing tau tak.” Tertawa perempuan tu menyebabkan Haris berkerut dahi. Tak sangka dirinya diperbodohkan begitu.
“Celaka betul kau ni. Kalau kau berani one by one la!” Haris mencabar orang tu.
“Dengan perempuan pun kau nak lawan ke. Apa kata kau lawan dengan babi hutan aje.” Sinis perempuan tu.
“Macam sial la mulut kau ni. Aku ingat kau ikhlas tolong aku tapi aku tak sangka pulak kau buat aku macam ni. Apa motif kau selamatkan aku dari orang kampung tu hah, Ptuii!!!” Haris tak puas hati dan meludah ke sisi kanan.
“Ha ha ha... sebelum Mael Lambung dapat kau, lebih baik aku dapatkan kau dulu. Biar aku siat-siat kulit kau tu.” Tawa perempuan tu yang enggan membuka topeng. Haris pula dah mati akal. Tak tahu macam mana lagi caranya nak tewaskan kebijaksanaan perempuan ni yang mendahului dirinya.
“Kau ni siapa sebenarnya?”
“Kau nak tahu siapa aku ke?”
“Kalau aku dah tanya memang aku nak tahu la bongok!”
‘Dush!’ kepala Haris terus kena hempuk dengan belakang pedang. Memang cari nahas sungguh Haris ni. Sudah diingatkan jangan sebut perkataan tu tetapi masih lagi setia meniti di bibir.
“Ada jugak yang bisu nanti ni.”
“Erm.” Gumam Haris tunduk dengan panas hati. Dia merengus geram.
Perlahan-lahan orang tu buka topengnya. Sedikit demi sedikit kelihatan wajah itu. Mula-mula rambut yang terselindung itu mula menjalar turun. Haris masih lagi tunduk dan tidak melihat tindakan perempuan tu.
“Kau nak buka ke tak?” Soal Haris seraya mengangkat kepalanya semula. Lantas dua pasang mata tu tertancap pada seraut wajah yang disinari cahaya dari unggun api yang jelas nampak kemerah-merahan. Tergamam Haris melihat wajah orang tu. “Kau?”

p/s : tq reader krn masih sudi ikuti bab seterusnya. jika awak suke citer ni leh la klik la butang 'LIKE' dekat bawah ni dan klu x suke nak wat cane, saya tulis sekadar termampu je... maafkan la saya yg mana ada kekurangannya. Saya penulis sekadar di pinggaran memerlukan sokongan awak... Selamat Hari Raya AidilAdha...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.