Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 25)

Amaran : Cerita ini mengandungi unsur 18SX dan 18SG dan 18PL serta sikit-sikit Umum. Kepada yang masih menyusu memang dilarang sama sekali membaca cerita ini. Harap maklum. (Pesanan Penaja)


PERGI KE RUMAH Ayob pun tak jumpa kelibat Shafika. Dicari tempat Bakar menyewa pun juga tak ada. Dengan Bakar juga dah pindah. Haris betul-betul merengus geram. Malam yang seharusnya dingin kini terasa hangat dan panas dari dalam jiwa Haris. Hati barannya mula meningkat secara mendadak. Ditumbuknya pintu rumah Bakar tu bila Pakcik Khalid tuan penyewa tu beritahu Bakar dah pindah awal pagi tadi.
Pakcik Khalid yang kira-kira berusia lima puluh tahun itu terkejut dengan tindakan Haris yang terus menumbuk pintu itu kerana melepaskan geram terbuku. Haris turun dari tangga dan melangkah ke hadapan Pakcik Khalid yang berwajah pucat.
“Maafkan saya pakcik. Saya terlalu marah tadi. Saya tak bermaksud nak buat pakcik rasa takut.” Lembut pula tutur kata Haris saat berbicara dengan orang tua seperti Pakcik Khalid. Baguslah kiranya Haris masih waras memikirkan penghormatan. Golongan yang lebih berusia mestilah dihormati bukannya dibuli ataupun disakiti hatinya.
“Tak apalah nak. Pakcik tahu darah anak masih muda.” Lirih nada Pakcik Khalid. “Orang muda seperti anak ni kalau tak dikawal marahnya nanti nampak cepat tua. Bersabarlah dan kalau anak tak keberatan ceritakan dekat pakcik apa masalahnya.” Sambung Pakcik Khalid lagi yang kelihatan begitu tenang pula berkata pada Haris yang masih lagi berwajah bengis.
Haris kelu seketika dan tidak membalas kata-kata pakcik tu. Dia hanya terangguk-angguk sahaja walhal langsung tak ambil peduli cuma ada kalanya timbul rasa kesal yang entah dari mana datangnya. Mengenali sifat sendiri mukan mudah melainkan dia bermuhasabah demi mencari punca. Haris sukar mengerti.
Pakcik itu melangkah dan secara automatik Haris juga melangkah seiring dengan pakcik yang berambut putih. Pakcik tu dah beruban satu kepala. Cara pakcik tu pula penuh dengan misteri. Muncul tanpa disangka dan kini mahu menyekolahkan Haris pula akan hal tindakan dan kewajaran dalam melakukan apa-apa sekalipun. Apa yang ditekannkan adalah soal marah. Memang Haris mudah melenting dan itu memang sifatnya.
“Dulu pakcik ada seorang kawan. Dia juga mudah melenting dan tak mampu untuk bersabar. Dia merupakan kawan baik pakcik. Pakcik ingatkan pakcik seorang yang penyabar tapi ternyata pakcik juga seorang yang mudah melenting apabila ditegur.” Tutur Pakcik Khalid lalu duduk dibangku. Semilir angin malam mula mengusik tubuh. Haris kian sejuk tatkala bulan juga dipasung awan.
Kata-kata pakcik itu yang membuka cerita membuatkan Haris berminat untuk mengikuti kisah selanjutnya meskipun hatinya tadi membuak-buak ingin mencari Shafika. Kehilangan Shafika begitu terasa sekali apatah lagi kehilangan tanpa pesan. Kehilangan tanpa meninggalkan tanda.
“Suatu hari isteri dia hamil dan dia tak mengaku itu adalah anaknya. Dia marahkan isteri dia tu dengan memukul dan menendang perut. Ditakdirkan Tuhan isterinya yang hamil menanti waktu untuk melahirkan anak  akhirnya mati. Tapi anak tu dapat diselamatkan. Isteri pakcik ambil anak tu. Pakcik pulak yang tak bersetuju. Tapi lama-kelamaan pakcik pasrah dengan kehendak arwah isteri pakcik tu yang sanggup jaga anak tu. Kami tak ada anak.
“Malangnya, umur isteri pakcik tak panjang. Dia meninggal akibat barah otak. Budak tu masih kecil dan pakcik dah tak tahu nak buat apa lagi. Ayah budak tu melarikan diri entah ke mana. Suatu hari, pakcik ke pekan dan pakcik tinggalkan budak tu dekat tepi warung tanpa dilihat sesiapa. Pakcik terpaksa tinggalkan dia dekat situ kerana tak sanggup diganggu roh arwah isterinya yang seringkali datang ganggu keluarga pakcik masa tu.” Pakcik Khalid menceritakan tindakannya pada waktu muda dahulu yang tidak berfikir panjang. Mudah pula mengambil jalan singkat tanpa memikirkan nasib budak kecil tu.
“Lepas tu apa jadi dengan budak tu pakcik?” Haris baru melabuhkan punggung sebelah Pakcik Khalid.
“Pakcik pun tak tahu. Lepas je pakcik tinggalkan dekat situ pakcik terus balik.” Jawab Pakcik Khalid dengan penuh rasa kecewa. Barangkali lelaki ini menyesali perbuatannya sendiri.
Haris mendengar cerita itu sampai terlupa apa yang perlu dia lakukan. Dia perlu meneruskan pencariannya. Haris mahu berundur dan dia berterima kasih kerana menceritakan hal lalu biarpun sememangnya ia tiada kaitan dengan Haris. Itulah yang Haris fikirkan. Tiada kena mengena dengan aku, hati kecilnya berkata-kata.
Baru sahaja lima langkah dia ke hadapan, dia teringin pula untuk mengetahui identiti bayi itu. Mungkin terlintas difikirannya untuk membantu pakcik tu mencari si bayi tu. Tapi sangat sukar, kalau bayi tu hidup sekalipun bayi tu memang sudah besar panjang.
“Bayi tu lelaki atau...” Belum sempat Haris menghabiskan kata-kata itu seraya menoleh, dia dapati pakcik tu dah tiada dekat bangku tu. Merinding juga bulu roma Haris setelah menyedari hakikat itu. Dia menampar pipinya sendiri. Apakah aku berilusi sendiri? Hati Haris bertanya.
Tanpa banyak berfikir Haris terus mendapatkan kereta dan berlalu dari situ. Kelibat Haris dilihat oleh orang kampung yang kebetulan lalu di situ.


 SATU KEDIAMAN ditatap. Berdiri mereka berdua diluar rumah teres. Wanie merenung ke arah rumah itu yang pernah dia ke situ bertahun dulu. Shafika mencuit bahu Wanie meminta agar melangkah masuk. Sinar matahari pagi terus memancar dan menghangatkan kulit mereka berdua.
“Jom masuk.”
“Masuk? Aku fikir tak ada orang.” Jawab Wanie yang masih keliru. Shafika mengajak Wanie untuk datang ke rumah itu. Rumah teres itu seolah-olah tidak berpenghuni. “Kau cari siapa ni?” Soal Wanie.
“Kau tak kenal ke ni rumah siapa?” Shafika menyoal pula. Shafika ingat Wanie kenal akan tuan rumah tapi masakan Wanie sudah lupa? Hati Shafika bertanya.
“Fika, kau nak jumpa Intan ke?”
Shafika terus mengangguk.
“Intan dah lama meninggal.” Beritahu Wanie.
“Meninggal?” Terkejut Shafika mendengar berita itu.
Sekembalinya Shafika ke kawasan ini membuatkan dirinya sudah berhadapan dengan bahaya. Dia tidak patut meninggalkan Haris begitu sahaja kerana Haris mahu melindunginya. Jika begini tindakan Shafika maka akan mengundang padah.
”Ya Fika. Dia mati bunuh diri.” Ujar Wanie berkata dengan apa yang diketahuinya sahaja melalui akhbar dan televisyen.
“Sebenarnya aku ingin dia hidup bersama Haris.”
“What? Haris? Fika, apa sebenarnya yang berlaku?" Laju Wanie mengoncang tubuh Shafika. Wanie menaruh syak. Ada perkara penting menjadi rahsia.
Shafika hampa setelah mengetahui akan kematian itu, Wanie memberitahu Fika bahawa Intan mati membunuh diri dalam keadaan tragis.
“Wanie, please.” Shafika meminta Wanie jangan mendesak.
Wanie diam.


SEKALI lagi rumah Ayob ingin didatanginya pada waktu pagi. Dia berhajat untuk ke rumah kawannya itu. Tapi hajatnya itu terhalang pula. Haris malam tadi tidak dapat tidur. Sekarang matanya membengkak lesu. Tanpa diduga orang kampung berpusu-pusu datang ke halaman rumahnya pula. Ada yang bawa parang dan ada yang bawa cangkul. Ada sesuatu yang membuatkan dirinya curiga. Apa hal dorang ni? Hati Haris tertanya-tanya sambil memandang raut wajah orang-orang kampung tu seolah-olah memendam rasa marah yang teramat sangat.
“Hoi budak luar! Turun kau!” Salah seorang daripada mereka memanggil Haris yang sedang mengosok mata dengan siku lengan.
“Apa kes ni?” Soal Haris selamba dan dengan tenang dia melangkah turun sambil membetulkan jaket hitam. Cap di atas kepalanya yang senget itu dibetulkan juga. Haris tunduk sekejap dan dengan perlahan-lahan dia angkat semula kepalanya setibanya kakinya memijak tanah.
“Kau bunuh Pak Khalid!!!” Kedengaran sebulat suara daripada mereka yang ramai itu.
“Mati?”
“Kau jangan buat-buat tak tahu. Sekejap lagi polis sampai tapi sebelum polis tiba dekat sini, kami nak bantai kau cukup-cukup!!!” Lelaki kepala botak bersuara.
“Huh! Ada hati nak bantai aku. Apa buktinya aku yang bunuh Pak Khalid?” Haris berani kerana benar.
“Meor! Sini kau!” Lelaki yang memakai songkok memanggil lelaki yang bernama Meor pula. Dengan segera lelaki bernama Meor muncul di hadapan dari kelompok itu. “Betul kan kau nampak budak luar ni depan rumah Pak Khalid malam tadi?”
“Ye Pak Jais. Malam tadi saya nampak dia. Muin dan Mamat pun nampak jugak. Kami lalu depan rumah tu tapi rasa curiga. Bila kami ke arah belakang rumah tu, kami nampak mayat Pak Khalid dan mayat juga mayat lelaki tu.” Jelas lelaki yang bernama Meor tu. Haris masih berdiri statik di hadapan mereka.
“Bodoh!!! Siapa lelaki tu?” Dengan lantang Haris bersuara.
“Wei sengal!!! Kau jangan nak pura-pura. Kau jangan nak tunjuk berani dekat kampung kami. Kau dah bunuh orang kampung kami. Kau ingat kami nak duduk diam?”
“Bangsat!!! Aku tak peduli apa pun berlaku. Kau datang depan rumah aku lepas tu kau nak libas aku pulak? Kau ada bukti ke? Setakat nampak aku apa cer bhai? Aku ke rumah Pak Khalid tu sebab nak cari kawan aku.” Beritahu Haris lalu melangkah mendekati sekumpulan orang kampung itu. “Jadi kau orang nak bunuh aku pulak tanpa bukti?” Sambung Haris lagi sambil merapatkan kepalanya dengan lelaki yang bernama Meor. Meor betubuh sasa dan wajahnya berjerawat batu.
Haris memerhati lama wajah Meor. Meor telan air liur. Wajah Meor dibasahi peluh. Haris dapat merasakan nafas Meor begitu laju keluar masuk.
“Kau fikir aku tak tahu siapa kau?” Bisik Haris dekat telinga Meor. Meor terus terajang Haris tapi Haris cepat bertindak dengan memaut kaki Meor. Orang kampung bagaikan tergamam dengan tindakan Meor yang gelabah tu.
“Sial!!!” Meor cuba menumbuk muka Haris pula dan dengan sepantas kilat Haris menepis lalu sikunya terus menghentak lutut Meor. Kedengaran tulang patah. Meor terseringai kesakitan. Orang kampung cuba masuk campur. Muin menghunus parang manakala Pak Jais berundur sedikit ke belakang. Pak Jais tak menduga pergaduhan telah dicetuskan oleh Meor.
Sebaik sahaja Meor terjelepok di atas tanah menahan kesakitan. Ada di antara mereka menghulurkan bantuan pada Meor. Muin lelaki berkulit gelap terus menyerang dan dengan tindakan pantas Haris terus melompat dan memanjat kuda-kuda Muin. Lantas siku tangan kanannya dihentak ke atas ubun-ubun kepala Muin. Tersembur darah keluar dari mulut Muin pula.
Seorang yang bertopeng muncul lalu membantu dengan sebilah pedang samurai. Libasan demi libasan menghentak pada muka penduduk kampung itu. Pak Jais pula terkesima melihat ketangkasan orang yang bertepeng itu. Meor yang masih kesakitan itu pula mencapai parang yang terlepas dari tangan rakan yang lain. Meor terus menghunus parang itu secara curi dan terkena lengan Haris. Orang yang bertopeng itu terus menikam kaki Meor dan menarik tangan Haris pula ke arah sebuah kereta Evo yang telah diubahsuai enjinnya.
Orang itu terus memecut laju kereta tersebut dan pergi menjauh. Haris masih terseringai kesakitan dan darah yang mengalir keluar telah membasahi tampat duduk sebelah pemandu itu. Haris memerhati orang itu dengan penuh tanda tanya.
Saat ini Haris masih keliru, bagaimana Pak Khalid pula boleh mati? Itulah yang Haris bingung dan masih tergiang-giang ucapan di antara mereka pada telinga Haris yang mengatakan terdapat lagi satu mayat. Siapa? Haris ingin tahu. Dan Siapa pula dia ni? Haris merenung tajam orang yang sedang memandu itu.

p/s : tatau la bab ni best ke tak.. kalau suka like la. kalau tak suka tak yah wat pepe... sorry pada pengikut citer ni sebab lambat update......

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.