Keadaan di dalam pejabat begitu sibuk. Dengan kerja yang berlambak mesti disiapkan secepat mungkin. Dia terlupa untuk sarapan pagi namun begitu ia tidak mematahkan kewibawaan Chad untuk terus menyiapkan tanggungjawab meskipun dibedil dengan sifat keras kepala Elya. Biarlah, tak makan pun tak apa, hati Chad seolah-olah kecewa.
Sedang yang lain sudah keluar untuk makan tengah hari, Chad masih setia di mejanya. Segala-galanya diteliti. Jika ia tersilap dalam menyelesaikan tugas yang selalu diminta oleh Elya untuk disiapkan maka sudah pasti Elya akan memarahinya. Dalam keadaan sekarang ni Elya memang sering mencari kesalahan Chad.
Di tepi meja Chad terdapat telefon bimbitnya yang berbunyi. Konsentrasinya terganggu untuk seketika. Di sebelah kirinya pula terdapat kotak tisu. Diambilnya sehelai tisu kerana lubang hidung terasa berair. Chad bersin pula. Kasihan nampaknya. Tubuh badan Chad tidak sihat. Dia barangkali terkena selsema memandangkan keadaan di dalam pejabatnya begitu dingin. Tambah lagi malam tadi dia berembun.
Ditekan punat hijau pada telefon bimbitnya setelah diperhatikan siapakah pemanggilnya. Dengan nafas yang kurang selesa Chad terus menghulurkan salam. Demikian itu terdengar suara gadis di hujung talian.
“Keluar lunch?”
“Not now.”
“Chad, dah lama kita tak keluar lunch sama-sama.”
“Maybe lain kali la Ayu.” Chad menolak pelawaan.
“Ada something aku nak beritahu kau.” Dari nada suara Ayu ia kelihatan begitu serius namun Chad tidak mudah tertarik untuk mengetahui lebih lanjut kerana dia tahu siapa Ayu. Ayu sudah berpunya lagipun kalau boleh dia tak nak mendekati Ayu. Sekiranya dia bertindak sedemikian sudha pasti tunang Ayu akan mengambil tindakan ke atas dirinya.
“Confirm about your novel ek? Mesti ada improvement kan?” Chad menahan rasa hendak bersin.
“Suara lain macam aje, tak sihat ke?” Ayu berdalih mencari penawar persoalan.
“Okey je.” Balas Chad perlahan.
“Jangan tipu.” Ayu menyangkal.
Terpulang pada Ayu untuk memikirkan apa sahaja tentang Chad, apa yang pasti Chad tengah banyak kerja sekarang ni. Kalau boleh dia tak nak diganggu. Namun Ayu pasti merasakan kelainan kerana Chad sudah susah untuk diajak berunding atau sukar untuk duduk semeja. Mungkin Ayu sudah lupa agaknya tentang tragedi yang berlaku di restoran. Ayu juga mungkin tidak mengerti akan perasaan Chad pada waktu tu. Payah kalau sudah ada yang lain dan bertembung pula di situ. Hati dan perasaan bagaikan dipanah petir.
Chad juga tak faham apa yang Ayu rasa. Bagi Chad, Ayu sudah melupakan tetapi Ayu takkan semudah itu melupakan keadaan genting itu tentang bagaimana Amran memarahi Chad sehingga hampir bertumbuk di situ. Mujurlah Ayu dapat meleraikan keadaan yang bertambah kusut itu.
“Aku ada banyak kerja sekarang ni.” Chad mahu menamatkan panggilan.
“Okey, maaf mengganggu. Jangan skip ubat.” Jawab Ayu dan segera panggilan dimatikan sendiri oleh Ayu. Seterusnya Chad menyambung kerja semula tetapi dia masih lagi diganggu dengan bunyi alat interkom. Segera Chad menekan punat.
“Masuk ke bilik I sekarang.” Suara Elya di situ.
Entah bagaimana pula Elya tahu bahawa Chad belum keluar rehat. Mungkin sudah diperhatikan daripada jauh. Chad bangun dengan rasa malas. Malas untuk berhadapan dengan Elya. Kalau hal peribadi aku cabut! nekad Chad.
Tombol pintu dipulas perlahan sebaik sahaja kaki yang melangkah itu tiba betul-betul di hadapan pintu pejabat Elya. Jadi dia terus menjengul kepala melihat apa yang sedang Elya lakukan. Tersentak Chad setelah mendapati Elya tercegat di hadapan matanya.
“Ketuk pintu dulu tak boleh ke?”
“Erk?” Chad terlupa untuk mengetuk terlebih dahulu.
“Masuk.” Arah Elya. Chad menyusun langkah dan di hatinya menjangkakan seribu satu macam. Kalau dia tak sibuk di meja kerja barangkali hal peribadi, bisik hati Chad yang membuat telahan.
“Sorry.”
“No more time to say sorry. You buat I macam orang bodoh tau tak? You kena berterus-terang dekat I, you pilih yang mana?”
“What can I do?”
“Do something Aqil.”
“About what?” Chad memasukkan tangan ke dalam poket seluar.
“Hubungan kita.” Elya terus menghempas punggung ke atas kerusi. Chad masih berdiri dan memandang Elya lama-lama dengan pandangan serius. Dah agak dah mesti hal peribadi. Chad dah bosan.
“Tak habis lagi ke?”
“I need your help.” Ujar Elya. Tercengang Chad ketika ini. Elya memerlukan bantuannya. Chad tak faham. Apa sebenarnya yang berlaku sehingga wajah Elya beriak resah? Fikri Chad tertanya sendiri.
“Apa dia?”
“Nora.” Elya terus senyum segaris. Ini yang Chad pelik sangat ni, tadi wajah panik gila sekarang ni senyum seolah-olah sarkastik. Elya tak seolah-olah tidak terlihat keadaan Chad yang selsema itu. Mungkin Chad masih stabil.
“Apa kena pulak yang awak babitkan nama Nora sekarang ni? Saya tak faham la.”
“Sit down Aqil.” Suruh Elya. Elya lebih senang memanggil nama Aqil berbanding Chad.
Chad terus duduk dan berkerut rapat dahi Chad memandang wajah Elya yang begitu beriak sinis. Mesti ada apa-apa yang ingin dilakukan Elya. Sungguh gelisah hati Chad. Elya pula terus perhati dari gaya Chad. Elya sudah faham akan apa yang Chad fikirkan. Sudah tentu bimbangkan sesuatu pada Nora.
“Apa dia yang sibuk sangat bincang fasal Nora dalam pejabat ni?”
“I nak berhentikan dia bekerja di sini.”
“What? Are you crazy Elya?” Terbuntang mata Chad. “Lebih baik awak buang saya aje. Jangan libatkan dia dalam masalah kita. Be professional Elya.” Ujar Chad lagi terus bangun dari tempat duduk. Dia mula rasa tidak selesa.
“See… you memang lebih risaukan dia dari I. I dah dapat apa jawapannya.” Elya menggoyang-goyangkan kerusi sambil bermain dengan jari-jemari. Mata masih setia memandang Chad.
“Maybe Zumika Holding tak memerlukan orang macam saya lagi.” Chad berpaling wajah. Kata-kata Chad itu membuatkan wajah Elya berkeruh. Elya terjerat sendiri. Dia mahukan Chad setia di Zumika Holding tapi sebaliknya pula yang berlaku. Chad pula yang mahu diberhentikan sekiranya itu terpaksa.
“Aqil!” Panggil Elya lalu bangun mengejar langkah Chad. Cepat-cepat tangan Chad ditarik. Tubuh Chad terhenti. Dia membatukan tubuhnya pula dan sementara tangannya masih dipegang oleh Elya.
“I love you Aqil. Apa yang I buat ni untuk kebaikan kita jugak” Ujar Elya bersungguh-sungguh.
“Haram hukumnya seorang perempuan menyentuh kulit laki-laki dengan sengaja. Jadi tolong lepaskan tangan saya.” Lirih nada Chad bersuara. Kata-kata itu membuatkan Elya tersentak. Memang benar pun bahawasanya selama ini Chad tidak pernah mengambil kesempatan ke atas diri Elya sendiri apatah lagi untuk memegang tangannya sekiranya keluar ke mana-mana. Hanya memegang bahu pada bahagian yang berlapik sewaktu bertengkar kelmarin.
“But I still loving you.” Elya melepaskan pegangan tangan.
“Awak tak kenal siapa saya sebenarnya. Awak hanya kenal saya pada hari ini dan bukannya saya sebelum saya bekerja di sini. Saya tahu awak bahagia dapat melihat saya di mata awak tapi tak mudah untuk kita membeli cinta. Fikirlah Elya, selagi awak terus macam ni, cita-cita awak untuk meraih cinta seorang lelaki tak akan tercapai melainkan seorang lelaki itu hanya ingin mengambil kesempatan ke atas diri awak sahaja. Secara jujurnya saya beritahu awak, hati saya telah dimiliki.” Chad berpaling dan terus melangkah. Elya tercegat sahaja. Tidak semena-mena Elya jadi kaku.
“Aqil!” Hanya bibirnya sahaja mampu memanggil nama itu sedangkan langkahnya membeku. Chad pula tidak lagi berpaling. Baginya, kini sudah tiba masanya untuk dia beredar dari Zumika Holding. Tentang apa pula tanggapan Dato` Hamidi nanti tidak pula Chad fikirkan.
***
Tangan didepakan. Menghalang laluan Ayu. Ayu macam sedang marah. Memarahi orang lain dilepaskan pada orang lain. Abey terus menarik tangan Ayu setelah Ayu main langgar sahaja tubuh Abey. Ayu terkocoh-kocoh sendiri untuk balik kerja. Dia turun tangga dengan laju. Kalau dia ulang lagi perkara yang sama, Abey mungkin jatuh tergolek.
“Rileks la, yang kau nampak bengang sangat ni kenapa?”
“Aku benci la dengan Encik Taufik tu.”
“Habis tu takkan aku pun kena sekali?”
“Dia kan syok dekat kau, tapi sorry la aku tak sengaja tadi.” Ayu menggelabah. Dia tak berniat main langgar sahaja tubuh Abey tadi. Dia bengang sangat. Jadi dah tak terfikir apa lagi melainkan rasa sakit hati.
Pada petang yang hening itu Ayu benar-benar tidak puas hati dengan bosnya itu. Geram sungguh! Ayu mengumam geram sambil membetulkan tas tangan untuk diperkemaskan pada bahu.
“Wo… apa masalahnya?”
“Kau tak nampak ke tadi?” Soal Ayu terangkat kening. Ayu terus menyambung langkah. Abey ikut dari belakang. Setibanya dekat bahagian bawah Ayu menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan perlahan-lahan. Ayu cuba bertenang dan ingin menerangkan pada Abey apa sebenarnya yang berlaku.
“Cuba jelaskan.”
“Aku nak sue dia!”
“Erk? Kenapa kau nak saman bos kita sendiri?”
Ayu merenung tajam ke arah Abey. Pandangan itu sangat serius. Abey terkedu melihat tahap keseriusan Ayu yang beriak marah.
“He is stupid person!” bentak Ayu.
“Ayuni!” Tiba-tiba kedengaran suara dari belakang memanggil Ayu. Abey turut menoleh. Encik Taufik berada di belakang sedang laju mengatur langkah mendekati Ayu. Ayu terus melintas jalan di kawasan pejalan kaki tanpa menghiraukan panggilan Encik Taufik seorang bos yang berkepala botak.
Abey menahan Encik Taufik. Segera langkah Encik Taufik terhenti setelah Abey berkerut dahi. Seorang bos tidak terkejar anak buah yang langkahnya melaju.
“Ada apa ni bos?”
“Tak ada apa-apa, Bella…” Perlahan kedengaran suara Encik Taufik kerana lelah mengejar tadi.
Abey terpaksa menggeletis untuk mencungkil rahsia. Abey yang kelihatan feminin itu terus menggosok dada Encik Taufik sebagai umpan agar Encik Taufik menceritakan apa sebenarnya yang terjadi selepas Encik Taufik memanggil Ayu masuk ke pejabat.
Tanpa disedari Abey, muncul seseorang di sisi. Belum sempat Abey mencungkil rahsia terus tercengang setelah terlihat kelibat itu.
“Memang dah lama saya agak dan tak syak lagi Kak Bella bukan jenis perempuan yang setia!” Nora merenung tajam ke arah Abey. Terkedu Abey.
“Erk?!” Abey tak mampu berkata apa-apa. Biji mata Abey membulat besar. Jantung berdetak laju. Selaju angin taufan yang mengganas.
***
Abey ajak Ayu lepak dulu dekat taman rekreasi. Duduk sambil memrhatikan orang di kala petang begini. Abey nak tahu sangat apa yang Ayu bengang tu sampai tarik muka ketat. Ayu melangkah ke hadapan dan Abey mengikut dari belakang. Ayu mengeluh seketika dan Abey jalan beriringan pula dengan Ayu. Beberapa langkah lagi akan tiba dekat bangku. Sempat lagi Ayu mencuit lengan Abey.
“Mari la duduk sini.” Ayu meminta Abey juga duduk bersama.
Mereka diam seketika selepas duduk di bangku. Tasik yang tenang di hadapan mata mendamaikan sedikit keluhan di hati. Sinar mentari senja begini tidak begitu menghangatkan suasana memandangkan sesekali angin datang menyapa tubuh.
“Aku nak berhenti kerja.” Tiba-tiba Ayu buat keputusan drastic.
“Berhenti kerja? Tapi kenapa?”
“Actually aku tak berkenan dengan sikap Encik Taufik. Kalau aku cerita dekat kau tolong jangan fikir yang bukan-bukan pulak okey?” Ayu menoleh dan memandang wajah Abey yang sedang berkerut dahi tu.
“Apa yang dia buat sampai kau marah sangat?”
“Dia merendahkan martabat aku. Terutamanya kita sebagai perempuan. Aku tak akan maafkan dia.” Ujar Ayu yang mula tundukkan kepala memandang ke bumi.
“Terus terang aje Ayu.”
“Ganguan seksual!” Wajah Ayu berubah garang sambil merenung tajam ke dalam mata Abey.
Tercengang Abey mendengar kenyataan itu. Benar ke? Betul ke? Hati Abey masih sangsi. Lantas Abey berdiri dengan sendirinya kerana benar-benar terkejut.
“Dia raba kau ke?” Tanya Abey bercekak pinggang. Ayu mengangguk perlahan. Memang keadaan ini salah. Encik Taufik dah keterlaluan. Ayu terpaksa berterus terang kepada Abey. Ayu tidak mampu lagi untuk menahan resah yang timbul. Selama ini tak ada mana-mana lelaki yang berani meraba dirinya kecuali Encik Taufik. Amran si tunangnya tidak pernah buat begitu setakat ini. Kalau dia ceritakan perkara ini kepada Amran maka mati Encik Taufik dikerjakan oleh Amran yang panas baran tu.
“Amran dah tahu?” Tanya Abey lagi. Ayu menggeleng menandakan Amran tidak mengetahui hal itu. “Nak aku settlekan ke?” Abey sudah mula tak senang kerana Ayu diperlakukan begitu oleh Encik Taufik. Ayu pun menggeleng lagi.
“Ayu, kau tak boleh terus macam ni. Aku tak boleh biarkan Encik Taufik tu! Mari aku ajar dia!” Abey dah mula merengus geram. Saat Abey mahu melangkah Ayu terus menyentap tangan Abey dan dia menggeleng lagi.
“Belum masanya lagi.” Ujar Ayu. Abey statik.
“Bagaimana kalau perkara ni pulak sampai ke pengatahuan Chad?”
“Melainkan kau yang beritahu. Please…. jangan Bey. Aku tak nak dia tahu mengenai perkara ni. Aku tak nak sesiapun jugak tahu melainkan kau seorang sahaja. Memang emosi aku terganggu Bey gara-gara sikap biadab Encik Taufik tu. Jadi sebab tu la aku nak berhenti kerja. Aku nak cari kerja lain aje.” Ayu menerangkan hakikat perasaannya. Abey pula mengeluh. Abey kadang-kadang tidak dapat memahami fikiran Ayu. Susah untuk dijangkakan. Ada kalanya terlalu tegas dan ada kalanya terlalu lemah. Apa yang pasti perkara yang terjadi tidak boleh dipandang ringan. Ia masalah yang terlalu serius.
p/s : enjoy reading. TQVM ~
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)