Huk! aku takut untuk melahirkan sebuah harapan kerana harapan mungkin akan tinggal harapan dan aku juga takut memberikan harapan pada seseorang yang aku cintai. Selalunya keadaan macam ni akan buat aku tertekan. Aku tak tahu apa pula yang korang rasa. Aku selalu cakap pasal cinta, cinta, cinta padahal aku tak pernah terasa hebat dengan CINTA. Mungkin aku terlepas dakapan cinta pada hidup laluku dan kini ia memanggil aku untuk memulangkan rindu.
Bahagia dirasakan dengan ungkapan manis yang menusuk masuk secara halus ke lubang telinga. Tafsiran otak mengatakan ia cukup indah. Ia terlalu istimewa tapi ada kalanya ia tak seindah apa yang kita bayangkan apabila berhadapan dengan masalah dalam realiti kehidupan.
Sememangnya saat bercinta ia sangat manis. Yang buruk tak terlihat kerana segala-galanya nampak indah dan aku pulak begitu. Namun lama-kelamaan apabila salah seorang sudah mula bosan maka kesalahan jua yang terlihat. Itulah yang seringkali terjadi dalam hidup aku. Bila aku dah sayang gila-gila maka aku jugak yang putus harapan. So macam mana aku nak cakap lagi sekiranya wujud insan lain pula yang cuba merawati luka di hati setelah aku ditinggalkan? Aku pasti akan kata, "Tak apalah" dan aku juga kata "Terima kasih" pada setiap kebaikan insan itu hulurkan.
Janji macam-macam tapi last hampeh! itu yang aku tak nak. Aku tak nak kecewa berulang kali kerana sakitnya sangat-sangat mencengkam jiwa rasa macam nak mati. Oleh sebab tu aku kena berhati-hati. Aku lebih kenal siapa diri aku berbanding kamu yang baru hari ini cuba mendekatiku. Maka cubalah belajar kenali diri sendiri sebelum kau cuba mencintai aku. Aku tak mahu yang tidak sempurna menjadikan kau dan aku saling bertengkar mencari khilaf itu dan ini. Aku di sini takkan dapat membaca apa sebenarnya mahu mu dan aku juga tidak tahu apa yang bakal berlaku dikemudian hari nanti. Maafkan aku...
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)