Entri Terkini :

Setia Untuknya - 8


Hari sudah jauh malam. Esok nak sambung kerja lagi tapi Elya sibuk bertanya itu dan ini. Dari tadi sampai ke kedai Mamak. Pekena roti canai pun tak habis gara-gara tak ada mood. Dia tak lenguh ke duk cerita fasal luar negara dia je? Tanya hati Chad sendiri. Terangguk-angguk aje Chad mendengar Elya bercerita.
“Awak tak nak balik lagi ke Cik Elya?”
“Boleh tak you jangan panggil I ni cik?”
“Nak panggil puan awak belum kahwin lagi…” Chad senyum kelat.
Elya melurut rambutnya kemudian menyedut Nescafe ais sampai sedikit. Chad merenung Elya lama-lama dan membuatkan Elya berasa tak selesa. Eyla terus berkerut dahi.
“Apa yang you tengok?”
“Dah habis bercerita ke?” Sengaja Chad nak tahu.
Elya mengerling. Pertanyaan Chad sebentar tadi tu seolah-olah menyindir Elya yang memang suka bercakap tak henti sejak dari awal kenal sampai sekarang. Chad sendiri pun hairan bagaimana gadis anak kepada tuan punya syarikat suka berkawan dengan dirinya. Ada kalanya dilihat dari sikap Elya begitu menjengkelkan namun ada pula saatnya Chad senang dengan perbualan Elya. Cuma, tengah malam ni Chad dah tak ada mood kerana Elya jenis yang suka memaksa. Suka suruh itu dan ini. Chad tak nak sakitkan hati Elya tetapi Elya pula senang-senang sakitkan hatinya. Mana adil!
“Okey, you nak balik kan? Boleh naik teksi tak? Sebelum tu you settlekan semua ni okey?”
“What?” Chad menjegilkan biji matanya. Dia tak sangka Elya nak kenakan dirinya. Chad check dompet memang tak ada dalam poket kerana dia tak bawa bersama masa bertemu dengan Elya. Elya main tarik aje masuk dalam kereta dan bawa pusing-pusing kota seketika kemudian berhenti minum dekat kedai Mamak. Cha dtak tahu pula niat tersembunyi Elya tu yang nak kenakan dirinya.
“Ye la. Balik la sendiri.” Elya angkat punggung.
“Elya? Kenapa dengan awak ni?”
“Jangan tanya kenapa kerana I tak ada jawapannya.” Balas Elya lalu mula melangkah.
“Saya tak bawa duitlah.”
“Itu masalah you!” Laju aje langkah Elya. Chad mengejar langkah Elya yang memang sengaja buat dirinya macam ni. Tetapi Elya tak boleh bersikap kebudak-budakan macam ni. Perkara ini tak adil  untuk Chad.
“Tadi elok je bercakap sekarang ni dah buat perangai.”
“Hei you. I kan banyak cakap. You pun tak suka kan? Lagi pula you kan sibuk sangat dengan hobi you yang tak berfaedah tu sampai I pun you tak peduli. Dari tadi asyik nak balik aje. Pergilah balik sendiri. I tau you dah bosan keluar dengan I kan? Dah tu pula suka mungkir janji.”
“Elya… kan dah saya dah beritahu awak saya terlupa. Dari dalam kereta pun saya dah jelaskan pada awak. Takkan awak masih tak faham?”
“I nak tau. Siapa lebih penting, I ke atau ebook you tu?” Elya melemparkan renungan tajam dengan tahap keseriusan yang begitu tinggi.
“Apa lagi yang awak nak? Saya tolong makcik saya dekat restoran pun awak membebel. Lepas tu pula dekat syarikat awak selalu bersikap garang macam ni. Awak tau tak cara awak tu melukakan hati saya?” Chad terpaksa melangkah laju dan memotong langkah Elya supaya berhenti dari terus meluru laju.
Elya menyilangkan kedua-dua belah tangannya rapat ke dada dan sekilas memandang ke tempat lain. Chad mungkin tidak mengerti apa yang Elya mahukan. Chad mungkin tak faham berkenaan perasaan Elya sekarang ni.
“Okey, I nak you explain dekat I, siapa Nora pada you?” Elya dari tadi tanya mengenai hal itu tapi Chad tidak memberikan jawapan sehinggalah Elya terpaksa mengubah topik perbualan. Sekarang ni Elya tak puas hati. Elya nak dengar dari mulut Chad sendiri.
“Apa kaitan Nora dalam semua ni? Dia kan pekerja baru dekat Zumika Holding. Papa awak juga yang terima dia bekerja kan? Jadi apa masalahnya sekarang ni? Masa saya rapat dengan Ayu pun awak jealous, sekarang ni Nora pulak. Awak ni masih tak faham saya la Cik Elya.” Chad bersungguh-sungguh menerangkan hakikat sebenarnya. Elya tak boleh terima alasan tu.
“I cuma tanya, siapa dia pada you? Itu aje yang I nak tahu.”
“Just friends.” Beritahu Chad secara jujur.
“Kenapa you pindah rumah? Actually kerana dia kan? Awak nak hari-hari nampak dia kan? Dah suka sangat dekat dia tu? Habis siapa I ni?” Bertalu-talu pertanyaan diutarakan buat Chad yang terkelu tiba-tiba. Elya suka buruk sangka sampai begitu sekali. Chad pula terdiam di saat Elya marah-marah macam tu. Angin dah berubah. Ribut taufan mula melanda jiwa Elya. Chad sendiri pun tak faham apa yang Elya maksudkan. Hari-hari boleh nampak Nora dekat pejabat kecuali hari minggu sahaja.
Apa aku nak cakap ni? Hati Chad mula gelisah. Chad ingin sahaja memberitahu pada Elya bahawa tiada cinta untuk Elya. Elya masih tak mengerti. Chad mahu berkawan sahaja tetapi Elya dah perasan. Elya yang sukakan Chad dan Elya yang mengimpikan Chad. Chad tidak begitu. Namun Chad sukar meluahkan apakah hakikat yang sebenarnya.
“Saya ada sebab tersendiri.” Tutur Chad perlahan,
“Huh!” Elya mengerling.
Embun yang menitis membuatkan kulit kedinginan. Mereka masih berbumbungkan langit. Elya berdiri di hadapan Chad manakala Chad menggaru-garu kepalanya. Chad nak kata tak cinta. Chad mencari cinta bukan pada Elya. Elya bukanlah orangnya. Kau dah terlebih feeling ni Elya… kata hati Chad.
“Hurm…” Hanya satu keluhan yang panjang dari Chad.
“Kenapa gelisah aje? Betul kan? Dia very special untuk you kan?” Elya tenung Chad. Chad menggeleng perlahan. Dia bergerak sedikit ke sebelah kanan untuk memberi laluan pada orang yang melalui kaki lima itu.
“Elya, please jangan terlalu emo.” Chad cuba mengawal emosi Elya.
“You dah tau I ni mudah emo tapi masih nak permainkan I. But why Aqil?”
Ya Allah… kau ni Elya betul-betul buat aku nak ketawa. Dalam ramai-ramai lelaki kenapa aku yang kau pilih? Dah lah aku ni pernah kau gelarkan sebagai mamat kampung. Mungkin kau dah lupa agaknya apa yang pernah kau cakap dekat aku, kata hati Chad lagi.
“Okey, I balik sendiri.” Itu sahaja ucapan Chad kemudian berundur meninggalkan Elya. Ekor mata Elya memerhati langkah Chad yang masuk ke dalam restoran Mamak. Chad tak bawa duit tetapi dia kena selesaikan juga bayaran tu. Elya dah kenakan dirinya. Chad dah tak nak bertengkar atau pun menyambung bicara Elya tu.
Sungguhpun begitu Elya datang lagi mendekati Chad. Berubah fikiran agaknya. Chad tersenyum sahaja dalam hati. Dia tahu Elya dah sayang padanya. Elya memang mahukan dirinya tetapi Elya kena faham satu perkara. Cinta Chad. Cinta Chad terlalu mahal.

***

Kita akan senyum pada perkara yang tak terjangka iaitu perkara yang membahagiakan dan kita juga akan lupa pada sebuah tangisan setelah mengecapi nikmat kehidupan. Tidakkah kita akan rasa rugi setelah melupakan kedukaan yang mengajar kita erti sebenar kehidupan? Kalau kita tidak sayang, takkan ada perhatian untuk orang lain. Percayalah akan cinta yang mampu mengubah seseorang yang zalim menjadi penyayang. Mengubah padang yang tandus menjadi taman terindah dan mengubah malang menjadi tuah. Aku akan cuba melenyapkan kisah duka seorang perempuan dan aku akan membaiki diri aku untuk dia menyayangi orang lain. Aku akan cuba berkongsi kasih sayang dengannya hanya sebagai seorang sahabat.

Terkedu Ayu membaca ungkapan tersebut dari sebuah laman blog. Terfikir pula dia ingin cuba meyakini dirinya untuk bergelar seorang sahabat. Cepat-cepat dia menghubungi seseorang.
Hello…” Perlahan sahaja.
“Bey, kau dah tidur ke?”
“Siapa ni?” Tanya Abey dengan suara serak-serak basah terjaga dari lena kerana tidurnya telah diganggu.
“Aku la, Ayu. Kau tengah pejam mata ke?”
“Laa kau ke? Aku tengah tidur la. Ada apa kau telefon aku pepagi buta ni? Aduh, aku tengah membuta ni, esok nak kerja.”
“Bangunlah. Kau buka la internet kejap.”
“Kau ni dah sewel ke Ayu? Aku nak tidur ni.”
“Okeylah kalau macam tu. Sorry ganggu.”
“Tak ada sorry. Siap kau esok!” Marah Abey lalu terdengar Ayu ketawa halus. Talian telefon dimatikan. Ayu pun satu hal. Si kawan tu dah tidur dibuai mimpi diganggunya pula. Sekarang dah pukul dua pagi. Kalau ya pun agak-agaklah. Esokkan masih ada.
Ayu terus tersenyum sendiri tapi Ayu mencebik pula sebaik sahaja melihat Spongbob yang terkena kotoran. Sedih rasanya hati Ayu setelah melihat kesan kopi pada kaki Spongebob. Ayu bangun dari meja komputernya. Saat ini matanya masih belum mampu dilelapkan atas alasan sakitnya hati. Fikiran berbuahkan cinta tertukar pula dengan harapan yang berkecai. Mana boleh jadi macam ni. Aku kena jadi kawan dia aje ke? Tapi aku suka dia, bisik hatinya.
Di saat kepala otaknya bersimpang siur itu, ingatan terus kembali pada zaman kolej. Teringat dia di saat menjadi insan misteri kepada seorang jejaka. Jejaki tampan memikat hati. Namun seumur hidup Ayu, dia tak dapat melupakan peristiwa yang sangat memalukan. Di dalam perpustakaan.
“Kau kentut ke?”
“Tak.”
“Kau kentut! Aku dengar tadi.”
“Tak tak tak tak!” Laju Ayu menafikannya.
“Baiklah, kalau kau tak dapat jawab soalan aku bermakna kentut tadi kau yang punya dan kau kena…” Lelaki yang bernama Aqil Akasyah itu terus menulis sesuatu pada kertas kosong dengan marker pen. “Kau kena gantungkan ni pada leher kau.” Sambung Chad lagi atau nama sebenarnyan Aqil Akasyah.
Ayu tercabar. Demi mempertahankan kebenaran maka dia perlu menyahut cabaran. Bukan main ramai pelajar di dalam perpustaan itu kenapa Ayu pula yang dituduhnya. Memang tak berhati perut sungguh. Diri Ayu diperhatikan oleh banyak mata. Terasa sangat dimalukan.
Ayu telan air liur melihat perkataan yang ditulis pada kertas itu. Tak sanggup rasanya untuk digantung pada lehernya sekiranya dia gagal menjawab soalan daripada pelajar senior itu.
“Baiklah, apa dia?” Ayu berani-berani takut.
“Kau dah ready ke? Kalau belum aku bagi kau masa sepuluh saat untuk kau tarik nafas dalam-dalam.”
“Tak perlu.” Balas Ayu geram melihat gelagat pelajar senior yang berdiri di hadapan matanya. Ayu sebenarnya sedang berdebar-debar. Jantungnya berdetak laju.
“Dalam reban ayam mesti ada ayam, kalau dalam lubang hidung ada apa?”
“Kacang je tu.” Ujar Ayu dengan penuh keyakinan. Ayu tersenyum kerana dia begitu yakin bahawa Aqil Akasyah memberikan seolan yang begitu mudah. Budak tadika pun boleh jawab.
“Yakin nampaknya.” Balas Chad disusuli dengan ketawa kawan-kawan Chad dekat belakang. Perpustaakn itu macam mereka sahaja yang punya. Buat bising sesuka hati langsung tak hiraukan pelajar lain yang turut menggunakan kemudahan di situ.
“Memang yakin pun. Jawapanya adalah tahi hidung.”
“Alamak!!!” Chad mempamerkan riak wajah kecewa. Ayu sudah mula senyum bangga. “Alamak!!! Kasihannya kau. Kau terpaksa didenda… jawapan kau salah. Dalam lubang hidung bersarang bau kentut kau yang tadi tu!” Berderai tawa Chad termasuk kawan-kawan yang lain. Pipi Ayu dah merah padam. Dirinya dimalukan begitu sahaja.
“Gila!!!” Bentak Ayu.
“Pakai ni.”
“Tak nak!!!” Ayu melawan.
“Jadi kau tak sayangkan aku la ye?” Soal Chad. “Dekat sini kan ada tulis I Love Aqil Akasyah… tolong la tolong la… sayangkan aku please… aku pasti kau takkan lupakan aku selepas ni.” Sindir Chad. Ayu hampir menangis tapi ditahan-tahan sahaja.
“Dan aku pun yakin kau tak akan dapat lupakan aku.” Ayu terus merampas kertas tu lalu dikoyak-koyakkannya. Cebisan kertas itu dihempas di hadapan muka Aqil Akasyah yang dianggap hero di kolej itu oleh pelajar lain. Tidak pernah ada seorang gadis pun yang berani bertindak begitu melainkan Ayu seorang sahaja.
Begitulah betapa Ayu membenci Chad pada zaman kolej tetapi kini lain jadinya. Kini dia mencintai lelaki itu. Kebencian menjadi cinta akhirnya tetapi Chad seolah-0lah tidak melihat cinta yang bersinar itu. Sekarang ini Ayu sedang dibuai mimpi. Dia terlena juga di atas tilam setelah tadi matanya sukar dilelapkan.

p/s : terima kasih kerana sudi membaca karya yang tak seberapa ini... klik butang "Like" sekiranya menyukai cerita ini... jika ada sebarang komen atau perkara yang nak diudulkan, nyatakan pada ruangan komen facebook di bawah ini ya.... (bersambung)

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.