Entri Terkini :

Teaser : Suamiku Gangster (Bab 23)

As salam. Dah lama x post entri baru tuk citer ni. harap2 reader setia citer ni x marah saye sbb skrg ni betul2 bz. lagi sedih bila karya ni terpaksa ditaip semula dari bab 23 ni. Harap pembaca tersayang yg rindukan citer ni dapat baca serba sedikit al-kisah yg dah lama terbengkalai ni... sikit je teaser bab ni semoga ia tak menghampakan...


Amaran : Cerita ini mengandungi unsur 18SX dan 18SG dan 18PL serta sikit-sikit Umum. Kepada yang masih menyusu memang dilarang sama sekali membaca cerita ini. Harap maklum. (Pesanan Penaja)

Dengan sisa tenaga yang ada, dia terus berlari dan berlari demi menyelamatkan diri. Sungguh bengang dan memang buat sakit hati. Debaran ini ditanggung sendiri. Dia nekad dan dia takkan benarkan sesiapa lagi menyentuh tubuhnya. Dia tak rela dan dia takkan menyerahkan dirinya semudah itu kepada lelaki yang sungguh tak berhati perut.
Langkah tiba di jurang sungai. Otaknya tak dapat memikirkan baik atau buruk buat masa sekarang ni. Apa yang penting dia perlu terjun ke dalam sungai itu. Air sungai yang mengalir laju itu sungguh dalam. Sekiranya dia bertindak melulu pasti parah menimpa. Di hening pagi sebegini terasa sungguh sesak. Tambah lagi dengan pakaian yang sudah koyak rabak begitu tidak memberikan keselesaan. Dan juga lencun segalanya kerana mengharungi kawasan berlopak sebelum tiba ke kawasan itu. Malam tadi juga hujan terlalu lebat bagaikan banjir kilat sedang berlaku.
“Fika!!!” Jerit suara di belakang. “Jangan terjun Fika!!!” Haris memujuk Shafika setelah mengejar langkah Shafika yang berlari seperti lipas kudung.
“Pergi!!! Jan...jangan kau sentuh tubuh aku!!!” Shafika termengah-mengah lagi  kerana nafasnya masih tersangkut-sangkut.
“Jangan jadi bodoh!!! Mari sini!!!” Haris mendekati Shafika. Kini Shafika benar-benar perasan ketika ini dia sebenarnya berada di jurang. Kalau dia tersilap langkah pasti jatuh. Di bawah tebing itu terdapat banyak bongkah-bongkah batu. Keadaan menjadi panik namun Haris masih cuba memujuk Shafika supaya jangan terjun. Biapun sekarang ni wajah Haris dah berubah seperti mahu menelan Shafika sahaja namun Haris masih setia memujuk meskipun agak kasar.
“Jangan kau dekat!!!” Shafika memberi amaran dan Shafika berundur lagi setapak ke belakang. Masih berbaki dua tapak lagi maka kakinya pasti akan tergelincir. Haris juga bimbang kalau-kalau Shafika nekad.
“Fika!!! Kau jangan jadi bodoh!!! Dengar dulu apa yang aku nak cakap ni.” Haris maju lagi dan Shafika sudah berpeluh-peluh. Keringat mula mengalir jatuh ke dahi dan terus mengalir sampai ke dagu.
Shafika tak nak dengar apa-apa lagi. Pergi mampus!!! Bentak hati Shafika biarpun dirinya sendiri dalam bahaya. Dia seolah-olah tidak menghiraukan malapetaka yang menimpa. Baginya hidup ini bagaikan sia-sia. Hidup dalam keadaan tertekan begitu terseksa sekali. Setiap detik dirinya dihantui dengan bayangan yang sungguh menyakitkan. Hatinya jadi parah. Luka yang ditanggungnya kini semakin merebak sehingga memaksa dia melupakan soal pembalasan.
Shafika terlalu kecewa dan Shafika sungguh tidak menyangka Haris tergamak dan Haris begitu kejam membunuh dan melakukan kejahatan demi kejahatan temasuk cuba menyentuh dirinya. Tanggapan baik terhadap Haris selama ini meleset sama sekali.
“Aku tak tahu apa yang kau nak dari aku!!! Lebih baik aku mati!!! Hidup aku dah tak ada makna lagi!” Bentak Shafika terus menerus dan dia berundur. Haris terus maju mahu menerkam dan mendapatkan Shafika yang sudah tidak waras itu. Mahu bertindak membunuh diri sendiri. Sungguh tak masuk akal! Haris terus mencuba melembutkan hati wanita yang dah meradang.
“Fika!!!” Jerit Haris gelisah dan terkejut perut serta perasaan cuak kalau-kalau Shafika tidak dapat diselamatkan. Shafika menjerit! Haris melompat terus mencapai tangan Shafika.
“Fika!!! Kenapa kau nak bunuh diri?” Haris memaut tangan Shafika. Sedaya upaya cuba menyelamatkan Shafika.
“Lepaskan aku!!! Lepaskan aku!!!” Bentak Shafika yang sudah tergantung setelah dipaut tangannya oleh Haris. Shafika meronta-ronta agar genggaman tangan Haris dilepaskan. Biarlah aku mati! Biarkan aku mati!! Shafika bersungguh-sungguh.
“Haris!!! Fika!!!” Dalam keadaan genting seperti itu Ayob muncul dengan bibir yang berdarah. Baru lepas ditumbuk oleh Bakar. Agaknya Bakar sudah pengsan setelah kepala dihempuk dengan kayu. Ayob terpaksa buat macam tu sebab Bakar naik gila. Tapi malangnya Ayob tidak sedar Bakar tidak mudah pengsan. Bakar juga telah mengejar langkah Ayob dan memaut tangan Ayob. Bertumbuk mereka berdua. Apa yang pasti Ayob bertubi-tubi terkena tumbukan.
Haris menoleh. Kini dia sudah tidak tahu siapa yang patut diselamatkan. Shafika atau Ayob! Argh!! Haris dah frust!
“Sial!!!” terpacul makian itu dari mulut  Haris. Dengan serta-merta tenaga berkumpul pada pegangan tangan lantas sedaya upaya dikerahkan tenaga itu untuk menarik Shafika naik semula. Terbuntang mata Shafika setelah tangannya ditarik bagaikan rasa nak tercabut je.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.